Tuesday, 30 April 2013

Cara Pengiraan Harga Kabinet Dapur - Sediakan Pen, Kertas dan Kalkulator ya!

Pengalaman pasang kabinet dapur ni sebenarnya tiba-tiba je... Selalu dengar cerita orang pasang kitchen kabinet ni sampai berbelas-belas ribu. Sampailah satu hari ofismet MMS gambar kabinet dapur yang baru dipasangnya. Cantik tetapi murah harganya seperti di entry Kabinet Dapur 3D Murah.

Kitchen cabinet yang harganya murah ni ada beberapa faktor yang tentukan tau... yang utama adalah JENIS KAYU. Makin berkualiti kayu makin mahal harga. Kemudian SAIZ iaitu makin panjang kabinet makin mahal harga. Jadi cara nak dapatkan harga murah ialah --->> kurangkan saiz dan ambil jenis kayu yang tak berapa berkualiti. Senang je kan? As simple as that.

Saiz untuk kabinet dinding (wall unit) mesti MURAH sikit berbanding saiz kabinet lantai (base unit) atas faktor kedalaman. Sila beli tali tape ye, rekod siap-siap ukuran dapur anda sebelum pergi kedai...

Harga keseluruhan meliputi harga kabinet, handler, penyedut asap, dapur, pili paip, rak pinggan, spoon tray, sinki dan labour cost plus delivery.

Ini contoh kabinet dapur ofismet saya. Dibuat oleh kedai yang sama. Harga dalam pakej untuk kabinet 3D ialah RM4,500 untuk 10 kaki atas dan 10 kaki bawah. Ofismet saya tambah 2 kaki lagi untuk kabinet bawah menjadikan harga keseluruhan mencecah RM5,090.

Tips:

1) Harga kabinet kita survey dengan cara pengiraan harga satu kaki"Berapa harga kabinet 3D untuk satu kaki base unit? Wall unit berapa" dari jawapan itulah kita boleh tahu outlet tu mahal ke murah. Same goes if you survey to wardrobe and book case price. Contohnya kedai yang saya pergi tu:

Kabinet 3D berharga RM 230 satu kaki untuk base unit.
Solid Nyatoh dan Fomika berharga RM 195 satu kaki untuk base unit.
Melamin ABS berharga RM 180 satu kaki untuk base unit.

Kenalpasti berapa RM beza wall unit dengan base unit. Kalau tak banyak beza better ambik 3D sebab cantik sikit.

2) Rancang kedudukan peralatan dapur untuk tahu keperluan kita.
- Paling kritikal kedudukan tingkap dan saiz tingkap sebab bila dah ada tingkap... peti ais dan dapur gas berhud kena taruk tempat berdinding.
- Untuk dapur sempit, sebenarnya dapur panjang lebih mudah diurus berbanding dapur empat segi sebab balance dengan kedudukan tingkap. Faktor ini akan tentukan kedudukan sinki either 2 bowl or 1 bowl. Dapur Masreena tak boleh pasang 2 bowl sebab beri kesan unbalance pada kedudukan tingkap yang terlalu besar pada dapur yang sempit.
- Stove tak boleh locate di tingkap, hanya boleh pasang di dinding je sebab kena tebuk hud (penyedut asap).
- Punca elektrik pun satu faktor kritikal which you need to consider.

Leceh tau tak.... unless kalau buat renovation mungkin keadaan boleh diperbetulkan... tapi aku tak koser nak renovate sebab takde duit hahaha....

Mula-mula designer tu buat macam ni. Harga RM 3,850 (Kayu melamin). Tapi Masreena tak setuju bentuk L memandangkan sebelah kiri ada dua power supply (untuk periuk nasi dan oven). Jadi kena ada base unit juga. 

Then dia betulkan design buat bentuk U. Sinki daripada 2 bowl jadi 1 bowl je sebab ada design isu (corner). Dengan pertambahan base unit dan wall unit... harga melonjak jadi RM 5,480! Terus berbelah bagi nak buat bentuk L ke U??

 Last sekali Masreena request model Fomeka bentuk L berharga RM 4,897 iaitu meliputi:

Base unit RM 195 x 11.5' = RM 2,242.50
Wall unit RM 175 x 9' = RM 1,575
Dapur = RM 370
Sinki 1 bowl = RM 180
Tap = RM 90 
Plumbing = RM 160
Laci = RM180 

Kalau perasan Masreena dah potong penyedut asap sebab boleh install kemudian, cuma push kabinet naik atas je kasi terjongket sket untuk pasang hud tu... bukan apa, dapur ni dibuat sebagai dry kitchen je since Masreena buat yard masak belakang rumah, that's why penyedut asap belum diperlukan lagi buat masa ni. Bagi saya sebenarnya lagi best masak dan sidai baju kat open air... aku siap planning nak beli kukur kelapa lagi nak letak kat yard taw!

Tapi Masreena nak jugak ada base sebelah kiri sebab rugi tau... situ kan ada dua power supply. Tapi, kalau nak tambah base unit nanti makin mahal jadi. Sudahnya.... Masreena dapat idea gantikan base unit dengan tambah counter bar!

3) Harga counter bar sepanjang 3 kaki cuma RM 240 instead of RM 585 kalau pasang base unit. 

Maka jumlah semua sekali RM 4,897 + RM 240 = RM 5,137.50. Mintak diskaun dapatlah RM 5,000.00. 

Inilah gambarnya dah siap pun. Sengaja pilih atas bawah lain-lain warna untuk kesan ceria.. cewahh

Kaunter bar kena rendah sikit ikut tinggi meja makan, tak boleh sama aras dengan base unit nanti susah nak cari kerusi yang sesuai. Mak tak koser susahkan diri tau nyah...

Sinki 1 bowl sebab kalau 2 bowl tak boleh suit dengan corner. Tu laa design tingkap dengan space dapur memang teruk tau... apa punya developer laaa

Blind ni pun satu hal nak install... Nasib baik ada Mc Guyver tolong pasangkan, aku siap beli Drill ko tahu tak?

Tengok tu, tanda harga langsir pun belum sempat buang, excited ko nak amik gambar sampai tak menyempat-nyempat.... hehehe

Masreena harap entry ni akan bagi manfaat kepada pembaca sebab saya tahu, ramai berminat nak pasang kitchen cabinet tapi tak tahu costing nak kira camane untuk dapatkan harga murah dan mampu milik. Kitchen cabinet ni CRITICAL issue untuk storage management. So after this korang akan buka lembaran baru untuk dapur masing-masing (amin).

Optimize your space, Organize your storage, and Enjoy your cooking! Bye!




Wednesday, 24 April 2013

Design Painting From RM0.00

This is Wordless Wednesday entry. 

 Design painting is the best way to turn on your dull wall as a focal point - besides architectural and interior design. 


It also the cheapest option to make over your private space instead of wallpaper installation. From RM0.00 you also can reached the same effect.

Thus design painting is one of the convenient, lovely and the cheapest way of wall makeover. 





Tuesday, 23 April 2013

Dinding Dapur Kembali Cantik

Mesti awak semua confuse sebab tajuk entry ada perkataan 'kembali'. Seolah-olah dapur tu pernah buruk lak kan?

Serious ni.... memang dapur saya pernah hodoh rupanya tau. Kalau you masih ingat lagi entry lepas, saya bagitahu bahawa saya terpaksa cat rumah sendiri kan? Masalahnya, master bedroom sebelum ni Ok je cantik... Tapi untuk dapur, tiba-tiba nampak hodoh sesangat! Puncanya, saya cat dapur guna warna gelap. 


Cuba tengok ni, masa saya cat warna pastel elok je jadi...

Tapi tang warna gelap hamik ko... memang tak leh belahh. Bersiap sedialah ye untuk ketawa dan mengutuk.

See, ko tengoklah first coat camane.... dalam hati aku ada sixth sense, macam tak jadi je aku mengecat kali ni... Sebab warna pekat sangat, kalau berbelak boleh nampak jelas berbanding warna pastel. Saya pasti sangat pembaca sumer sedang tersenyum kambing bila tengok gambar ni kan? kan? 

Ingatkan bila buat second coat pastilah akan elok cantik je macam biasa.... sekali, haa... berbelak-belak rupanya. Dah touch up pun tapi masih juga sama! Masa ni dalam hati rasa maluu sangat sebab this week kabinet dapur akan sampai... mesti mamat yang datang install kabinet tu gelakkan aku bila tengok wall rupa ni. 


 
Sedih sangat masa ni... Ingatkan boleh settle cepat lah dapur ni.... sebab masa dah suntuk sangat, Sabtu ni nak install kabinet dapur. Nak tak nak kena settle kan last week jugak tapi bila nak cepat lain lak jadinya... family dah tengok tapi diorang ikut decision saya je, sebab takde pengalaman pada perkara macam ni... Maklumlah mengecat rumah selalunya orang suka upah skilled painter je kan?

Suatu petang masa Masreena ikut ofismate turun minum di mamak... salah sorang designation dalam satu group tu nampak Masreena sedang bersedih tengok pic ni dalam handphone. Dia tanya saya kenapa sedih, Masreena pun ceritalah apa yang berlaku... lalu beliau pun menawarkan pertolongan sebab katanya ada pengalaman mengecat rumah.

Jadi untuk mengecat kali ketiga... saya tawakal je dengan mamat ni nak buat apa... Either nak cat warna putih balik ke, nak cat warna lain ke or the worst case re-start balik semula buat first coat and second coat ke, saya redha. Kalau kena re-start painting, siap sedia jelah duit untuk beli setong lagi cat warna yang sama... Dah la mahal cat warna gelap ni, RM80 untuk setong 5 liter tu.

He said no need to restart, just need the amendment of the existing coated 

Then beliau pun mula mengecat. 

Stylish sangat painter nya, siap pakai baju kemeja dan cap. Mr ni sebenarnya Project Manager di company sebelah, kami baru je kenal dalam training iaitu tak sampai pun dua minggu lepas... tapi even baru kenal beliau dah menawarkan diri untuk membantu. Saya rasa sangat terharu kerana di KL ni masih ada lagi insan membantu secara sukarela  =)

Inilah dia dah siap pun... bahagian bawah tu sengaja Masreena tak bagi touch up sebab dah tahu nak pasang kabinet dapur di situ, jadi tak perlu touch up sebab membazir cat nanti. 

Sekata je cat dia kan?  n_n 

Cantikkk dah... pandai dia buat.... Masreena ada hantar MMS kat kawan-kawan bagitahu masalah ni. Ada ke patut diorang cakap tangan saya pengkor.... asalkan painting je berbelak, so kena bantuan orang lain gak untuk rectify, haha...

Btw Masreena dah tahu penyebab utama kenapa Masreena cat dinding jadi berbelak;

1) Sebelum rolling atas dinding, kena roll dulu atas basin untuk ratakan kepekatan cat yang tersalut pada roller. 

2) Semasa sedap-sedap me-rolling atas dinding, pastikan pressure yang digunakan adalah SAMA semasa menekan roller supaya cat tersapu dengan sekata. Apabila cat disapu sekata dinding akan kurang berbelak-belak. Dalam hal ini kekuatan fizikal sangat diperlukan untuk dapatkan pressure level yang konsisten pada roller. 



Monday, 22 April 2013

Pleasure: Kegilaan terhadap Multi-purpose-furniture

Since shifted out, finally I admit that currently I feel obsessed towards multi purpose gadget. Eh, dah lama giler aku tak skiping dalam blog...

Zaman dulu-dulu ramai orang tak berani beli barang elektronik dan IT yang all-in-one macam printer sekali dengan scanner dan fotostat. Sebab takut rosak atau tak tahan lama tapi itu semua tanggapan lapuk je... kini pengguna semakin banyak pilihan untuk dipilih dan celik dengan hak mereka sebagai pengguna.

Sekarang ni printer all in one siap ada sekali dengan fax. Handphone pulak lagilah.... dah boleh combine dengan kamera dan GPS.... pakai je smart phone semua benda kau boleh buat kan?

Camane pula dengan saya.... saya suka Multi purpose gadget. Tak kira laaa travel gadget ke, kitchen gadget ke... Kalau furniture ini dia, produk yang baru sahaja sampai pada hari Sabtu lepas.



Sekali imbas memang nampak macam cermin biasa je kan? 

Bila bukak.... tadaa! Order daripada hujung bulan 3, nama produknya Full Length Mirrored Jewellery Cabinet. 

Ini dia dalam nya, ada space untuk simpan aksesori. Comes with a key lock, this is very creative product to store your custom jewelleries, cosmetics and accessories. 

Plenty of room and drawer for my necklace, finger ring, perfume, pearl, sunglasses, contact lens, and handkerchief!

Space to store brooch, earrings and getah rambut on the horizontal rode. 

Hang your key chain and bracelet here.

Or if blur sangat, you also can refer this manual and instructions.

 Look nice and match when we put it beside the wardrobe with the same tone. =)

Sebenarnya ada dua pilihan untuk kabinet cermin ni, stand mirror (macam saya beli) manakala satu lagi wall mountain. Mula-mula nak ambil wall mountain, sebab bila melekap dinding konon-konon boleh jimat space laaa. Tapi tak jadi sebab fikirkan kabinet cermin jenis berkaki ni boleh alihkan ke mana-mana jua yang ada tricky space. Selalunya kedudukan perabot dalam bilik kita akan dialihkan dari semasa ke semasa, jadi kabinet cermin ni  sesuai sangat digunakan untuk tutup kelemahan pada apa jua ruang.


Saturday, 20 April 2013

Bajet Pindah Rumah dan Cat

Seminggu lamanya saya tak update blog kerana sibuk uruskan rumah yang baru diduduki untuk bulan April. Sebenarnya pindah masuk dengan short notice je sebab tiba-tiba tenant lama keluar mengejut, nak tak nak saya terpaksa masuk awal sebulan daripada perancangan asal sebab tak nak rugi bayar sewa untuk dua rumah pula.

Nasib baiklah tuan rumah sudi terima keputusan saya walaupun minggu pertama bulan April telah berlalu. Terima kasih banyak-banyak ye Mak Ngah... jasamu dikenang.

Urusan loading dan unloading pula saya terpaksa buat keputusan pantas dengan pick up satu nombor telefon sahaja di mudah.my, tanpa survey mana-mana lori lain sebab dah urgent  to shifted out. Mungkin sudah rezeki, saya menikmati kadar lori serendah RM150 untuk lori 5 tan dan upah untuk dua orang RM100. Sebenarnya saya required lori 1 tan je, ingatkan nak angkut sendiri kotak-kotak tapi apabila tiba hari kejadian, lori yang sampai sebenarnya sebesar 5 tan! Sebab next trip mereka ada urusan dengan penyewa 5 tan, jadi mereka pun bawa terus untuk angkut barang-barang saya tapi masih dengan kadar asal.

"Memperkasa Ekonomi Ummah"

Inilah motto yang membuatkan saya pilih syarikat lori tersebut dalam banyak-banyak iklan lori sewa yang dipaparkan. Syukur lah Allah permudahkan semua urusan saya.

Since I shifted out in short notice.... memanggg lah tak sempat mengupah cat rumah segala. Bila dah ada barang dalam rumah memang susahlah nak cat dah... sebab semua proses akan jadi lambat. Skilled painter no hal, saya memang kerja dalam sektor construction jadi memang banyak pilihan untuk ambil upah mengecat ni. Paling mahal RM1500, dan paling murah boleh dapat RM450 untuk rumah setingkat, luar dan dalam. Murah kan? Mungkin disebabkan saya adalah staf main kon jadi sub kon nak jaga hati..... tapi, kenalah bijak, mesti ambil skilled worker melalui site. Jadi kalau nak murah dan mudah, cuba contact kawan-kawan di sektor construction ni lagipun workers boleh mengecat waktu malam sebenarnya. Tak perlu tunggu weekend pun

Cat pula saya beli dengan bajet RM360 untuk satu rumah termasuk dinding luar dan dalam, syiling, cat grill dan pintu. Setiap satu berlainan jenis cat dan harganya berbeza-beza, dan standby je duit kalau kena top up. Tempat nak beli cat juga kena pandai pilihhh kedai sebab cat sekarang dah mahal

Saya rancang minggu ni boleh start mengecat malangnya ada beberapa insiden telah berlaku membabitkan kabinet dapur dan Ikea Delivery.... nak tak nak pada hari Ahad lepas saya terpaksa proceed cat URGENT memandangkan perabot akan sampai hari Selasa.... Maknanya, saya CAT SENDIRI okeh... cuba ko imagine kualiti dia camane? miahahaaa....

Untuk bilik saya pilih warna hijau. Untuk dapur, saya plan buat rona gelap memandangkan dapur adalah tempat yang paling cepat kotor. Proses mengecat ni sebenarnya tak perlukan skill rupa-rupanyanya, baru ku tahu. As long as double coated. 

Hasilnya.







Tuesday, 16 April 2013

Pengalaman Pertama Beli Perabot Di IKEA


Sejujurnya memang tak dinafikanlah, perabot Ikea ni overprice bagi saya untuk kualiti kayu macam tu... at the 1st place memang produk mat salleh. Kedua IKEA dah jelaskan pada kita di setiap advertisement board dan websitenya bahawa, harga setiap barangan tidak dijual lump sump... Kalau kedai biasa, sebuah almari dikira RM500 sebuah! Katil queen RM500 sebuah! Ikea lain... bersesuaianlah dengan tujuan asal Ikea diwujudkan iaitu:

Untuk pelanggan customize sendiri perabot yang kita inginkan bersesuaian dengan saiz ruang/preference kita. 

That's why harga perabot di Ikea ni... dikira dengan cara mengambil kira setiap kompenen yang terkandung dalam perabot tu... ataupun design sepertimana yang kita hendak. Kalau nak frame 100 cm, harga tak sama dengan frame 75 cm dan 50 cm... Jadi komponen-komponen (interior fitting) dalam tu ada 3 saiz jugak seperti rel baju, drawer, shelf dll. Pintu warna putih harga lain, pintu cermin mahal sikit, takde pintu lagi murah, togel je hehehhe..... berhabuk baju-baju dan almari ko larat ke nak maintain?ahaha

Pulak tu siap ada surcaj iaitu:

1) Caj pemasangan 8% bagi setiap komponen.
2) Caj penghantaran RM75 per trip.
3) Caj dril lubang RM65 untuk 5 lubang pertama dengan RM10 untuk lubang-lubang seterusnya

Masak kan harga dia? haha... tuu diaaa...  kalau kau beli perabot di IKEA! Nak beli terpaksalah bayar kan!

Plan awal nak buat built in wardrobe je iaitu tinggi standard 10 kaki dengan lebar 4 kaki (RM1,200)... Berbanding Ikea, tengoklah sendiri harga yang terpampang dalam katalog tu.... RM1,200 tu cuma dapat frame dengan pintu je baru, hahahahaa

Macam ni lah rupa built in wardrobe. Nampak lebih kemas, organize dan range harga normal sebagai produk tempatan.

Tapi tak jadi ambil built in wardrobe sebab teringin nak customize perabot sendiri, ngada-ngada tak =)

Kebetulan pulak sekarang ni ada diskaun, setiap pembelian RM1,200 ke atas ada 10% rebate untuk PAX wardrobe ni... apa kata kita try.

Haa ko... sebulan saya study katalog Ikea tu tau.. nak dijadikan cerita saya pun pergi la ke Ikea untuk buat pembelian... Sebelum ni tak pernah terfikir pun nak jadi ahli ke apa, tiba-tiba rasa ringan tangan je nak sign up, bukan apa alang-alang nak beli beribu-ribu, better jadi membership. 

Temporary membership card. Terus guna hari ni untuk convert jadi Permenant Membership, kad kekalnya kena tunggu pula selepas 24 jam. Bila datang balik nak tuntut  customer svc kata nak pos ke rumah, pulak dahh..... Mengong kan?

Gift card ni untuk simpan semua nilai diskaun you. Contohnya saya beli RM1,200 almari baju, dapat diskaun  RM120, tapi you still kena bayar harga penuh untuk almari baju tu. The cumulated discount will be divert into your next purchased. 

Saya teringin sangat katil BRIMNES Day Bed ni... sebab ada storage, kedai kat luar design hampir sama tapi platform berbeza

dan paling penting,... boleh buat saiz Queen segera! 

Ikea suruh kita beli banyak2 barang dia... Tak boleh belahh punya nasihat.... 

Pembelian pertama saya adalah wardrobe department sebab lepas bayar nak carry forward discount RM120 tu ke katil. 

Staff akan advice you untuk design, depend on keluasan ruang you camane. Thanks Cik Diana. Free je tak jadi beli pun takpe bukan dia tahu punnn... 

Satu perkara yang saya perasan, rupa-rupanya wardrobe frame 75 cm memang takde pintu.. Ahh frustt

Pintu cuma ada untuk almari 50cm (1swing door) dan 100 cm (2 swing door) je. Kalau nak jugak pintu, kena pakai sliding door. Bila sliding door, kena beli 2 buah almari dengan frame 75 cm. Kaya sangat, dan besar sangat bilik ko kan....

Mula-mula 800 lebih je harga almari tapi alang-alang dah boleh diskaun kau sumbat je lah mana-mana komponen yang useful... I planned this wardrobe only to stored the ironed attire, jadi dah tahu apa komponen nak pasang. Dah siap staf tu akan print kan Post Order untuk katil dan almari (same department). Masa nilah you akan tahu total cost... Takpun, u bawak design tu tunjuk pada designer kat luar sebagai sample pun boleh.. jimat 

Untuk dapatkan diskaun masa tu jugak, you pergi cashier bayar hanya almari je dulu ye... dan JANGAN LUPA TUNJUK MEMBERSHIP CARD. Diorang tu pantang je korang lupa, maka akan burn lah point korang nanti

Dah bayar almari, pergi ambil gift card di customer service. Then patah balik ke cashier untuk bayar katil... selepas ditolak diskaun tadi, saya cuma bayar RM609 untuk BRIMNES Day Bed instead of RM729.

Lupa nak bagitahu.... masa bayar tu cuma tunjuk post order je, sebab perabot tu semua tak dijual di rak biasa. 

Dah bayar.... barulah bawak resit dengan post order tadi ke Ikea Delivery Department untuk penghantaran dan pemasangan.... Sebab produk-produk yang ada waranti selalunya didatangi required assembled juga. Bayarlah ikut caj yang telah disebutkan tadi. Ikutlah apa yang disoal oleh petugas untuk mudahkan penghantaran dan tunggulah lori Ikea sampai rumah 



Kita sambung pula di entri lain, tajuk Siapa Kata Pusat Perabot Mat Salleh Bersistematik? Jeng jeng jeng, tungguuuuu