Thursday, 6 March 2014

Kuih Kaswi

Ok lagi satu sructured look dessert yang aku buat iaitu kuih kaswi. Masreena guna acuan plastik supaya ia kecil dan boleh dimakan dalam portion yang kecil sebab iols sekarang tengah diet... ahakss!!

sukatannya saya beli di Mr DIY dan saya buat separuh sukatan sahaja dari resipi asal.

KUIH KASWI

Hiasan: Secawan kelapa parut, setengah tsp garam dan daun pandan dikukus 5 minit

Bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 cawan gula merah - saya guna gula Melaka terus cairkan 
1/2 cawan gula kastor - optional
1/2 cawan air kapur
4 cawan air

Cara-caranya:

1. Panaskan kukusan, balut tudung kukusan dengan kain dan sapu minyak pada bahagian dalam acuan

2. Campurkan semua bahan dan blender hancur jangan sampai berbuih

3. Tapis adunan dan tuang acuan sehingga penuh dan kukus 15 minit.

4. OK dah sejukkan keluarkan dari acuan dan golek-golekkan dalam kelapa parut hehe...


Dessert Melayu ni paling senang nak buat kalau dah ada acuan. Blender & kukus & golek! Tu je.

Acuan tu beli je sekaligus sebab murah-murah tak sampai pun 10 ringgit tapi bila-bila masa nak buat kuih terus on je

Saya tengah diet, so memang makan 3 biji sahaja, yang lain anak beranak dah ngapp


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...