Friday, 6 June 2014

Bingka Suji / Sooji

Jangan silap faham ye walaupun saya guna acuan kuih bakar, yang ini bukan kuih bakar tetapi bingka suji / sooji iaitu tepung suji ni banyak digunakan oleh orang India & Pakistan untuk membuat dessert. Saya sengaja beli tepung suji ni untuk buat resipi sebab banyak khasiat suji ni kan? lebih baik dan padat nutrisi berbanding tepung gandum.. adeh dah macam Dietitian pulak

Saya guna acuan kuih bakar sebab saya tengok kebanyakan orang buat diorang letak biji bijan (resipi asal tiada bijan) so saya pun guna acuan tu supaya nampak cantik sikit

                                         

BINGKA SUJI
(credit recipe Joe's & Deli)

Bahan-bahan:

220 ml jus pandan - 3 helai daun pandan besar diblend dan ditapis jusnya
2 biji telur
suku cawan & 2 sudu besar gula kastor
1/2 cawan tepung suji
1/2 cawan santan - I changed it to evaporated milk
secubit garam
2.5 sudu besar tepung gandum
3.5 sudu besar butter

Cara-caranya:

1. Panaskan oven 180C dan saya gunakan api bawah (kerana saya guna acuan tembaga yang tebal)
2. Gaul telur dan gula hingga larut
3. Buka api sederhana dan masukkan suji, santan, jus pandan & garam kacau non stop sampai pekat. Dah pekat tutup api dan ketepikan

Saya tambah 2 sudu besar lagi gula dari resipi asal sebab saya rasa tawar (mungkin disebabkan daun pandan)
4. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan butter.
5. Tuang hingga penuh dalam acuan yang telah disapu minyak dan bakar setengah jam. Kemudian tukar api atas bawah selama 15 minit.
6. Tunggu sejuk dalam setengah jam bolehlah dikeluarkan.

Resipi ni boleh buat 2 kali bakar guna acuan yang sama. Tapi saya masuk freezer untuk next time boleh bakar lagi






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...