Tuesday, 6 March 2018

Tiramisu (Basic)

Tiramisu - the Italian dessert served chill with black coffee

Tiramisu again! Tapi kali ni aku malas nak guna whipping cream. Manis, muak dan tak berapa kena dengan selera aku. Tiramisu dah jadi manis walaupun ada salutan kopi pada biskut-biskut

Kalau ikut resipi original Itali, ada kuning telur yang kena dimasak atas double boiler

Tapi kemudiannya whipping cream digunakan sebagai ganti kepada telur. Tapi bagi saya, whipping cream boleh digantikan dengan santan / susu sejat untuk resipi lain. Contoh: Bread and Butter Pudding. Santan memang versatile dalam masakan mahupun manisan tapi untuk resipi tiramisu susu sejat lebih sesuai.

Negara-negara mat Salleh kebanyakannya adalah pengeluar susu lembu dan bukannya kelapa, jadi whipping cream (berasal dari susu lembu) ini sesuai dengan diorang. Bagi kita orang Asia Tenggara, kelapa/santan lebih praktikal sebab mudah didapati sekeliling kita. Sedangkan dari segi rasa, santan lebih sedap hasil perbandingan yang saya buat. Tak caya cuba letak santan dalam bread butter pudding mahupun dalam lempeng, nescaya akan sangat sedap.

Untuk resipi ini, saya gunakan susu sejat jenama IDEAL yang sangat creamy boleh dibeli dengan harga 3.60 setin

I used Tatura, by rights need to use Mascarpone every time to prepare Tiramisu

Memandangkan tiramisu ni dapat pujian dari husband "very nice" maka bolehlah saya kongsi resipi 😊😊😊

TIRAMISU

Saiz hidangan: 5 gelas
Tempoh penyediaan: 20 minit

Bahan-bahan

Sebungkus biskut ladyfinger
Serbuk koko
1 sudu besar Serbuk kopi/Nescafe Gold - bancuh dengan secawan air panas dan ketepikan

Bahan-bahan krim:

Seketul cream cheese berat 250g (Mascarpone) atau jenama lain pun boleh
Setengah cawan susu sejat IDEAL
Setengah cawan gula kastor atau kurang
sesudu teh ovalette
2 sudu besar butter Anchor

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan dan putar hingga creamy
2. Rasa adunan kalau dah cukup manis dan creamy boleh ketepikan (hati-hati takut muak)
3. Untuk lady finger, potong ikut saiz gelas
4. Celup sekali lalu biskut pada air kopi dan susun

                       
Potong lady finger dan celup ke dalam bancuhan kopi dan susun (boleh juga sudukan air kopi dengan penuh hati-hati)

5. Buat layer krim dan ulang semula (4) sampai habis dan akhiri dengan krim.


6. Last sekali ayakkan serbuk koko (garnish) dan kalau ada coklat boleh lah diparutkan
7. Sejukkan semalaman sebelum dimakan. Saya prepare dessert memang selalunya malam sebelum tidur tu, sebab kalau siang dok bukak tutup peti ais entah bilalah nak sejuk dan sebati


Done! Tiramisu kena dihidang dengan kopi panas ye!







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...