ABOUT ME


Yuhuuuuu.... =D

Hellooo guys!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca sekalian.... Terima kasih sudi singgah ke blog saya yang tak seberapa ni =)

I am Masreena... tapi kalau nak panggil Siti Nurhaliza pun boleh, haha! Umur saya 28 tahun semasa entry ni ditulis iaitu 16 Oktober 2013 bersamaan 11 Zulhijjah 1434.... I am Malaysian and happily married. Currently I living in Kuala Lumpur (KUL) which the capital city of Malaysia country.

My background

Blog Name: Masreena 
Location: Kuala Lumpur, MALAYSIA
Education: Degree of Civil Engineering, University Putra Malaysia (UPM), MALAYSIA
Status: Married
Language: English & Malay Language & Arabic
Nationality: Malaysian
Race: Malay / Asian

I don't mind for you to inspired from whatever my experience that I went trough along my journey of life, but I need you to credit all of the pictures and ideas to my blog. If you have question / discussion / proposal you may contact me via my email for immediate response:

aidamastura25@yahoo.com


Dengan stafmate masa di Putrajaya... rindu laa ='(

Tujuan buat entry Introduction ni nak bagitahu sejarah blog ni sebab banyak pembaca lama yang bertanya... Sebenarnya satu ketika dulu blog ni dikenali dengan nama MaS PuTRI... tapi kemudian link blog asyik bertukar-tukar je atas sebab tertentu.. contohnya URL panjang sangat laa... URL tak berapa 'catchy' laa... Masreena pun dah tak ingat dah URL lama sebab asyik bertukar je, sampailah dapat URL sekarang iaitu yangkecilmolek.blogspot.com ni. Insy takkan tukar lagi dah lepas ni.

Asalnya blog ni adalah blog PERSONAL Masreena, kalau pembaca masih ingat lagi =). Tapi demi menghormati advice keluarga Masreena akur untuk tidak lagi publishkan kisah keluarga dan pendapat peribadi untuk tatapan umum. Bukan apa sekarang ni banyak perkara buruk berlaku dan takut kalau salah tulis takut secara tak sengaja melanggar undang-undang cyber pulak. dan bimbang kot-kot pendapat peribadi itu akan menyentuh sensitiviti masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. That's why... beberapa bulan blog ini terbiar sepiii je tanpa khabar berita... sampailah selepas Masreena menyertai company trip ke Hong Kong tahun lepas. Terasa sayang kalau tak abadikan kisah pelancongan dalam blog, iye lah bukannya selalu dapat melancong kan? Maka terciptalah TRAVEL & TOUR BLOG ni.

Inilah tempat pertama yang Masreena lawati. Ceritanya boleh klik di link ni: DISNEYLAND, HONG KONG

Tujuan TRAVEL & TOUR BLOG ini untuk abadikan kisah pelancongan Masreena dan juga aktiviti-aktiviti feveret Masreena sebab sekarang ni banyakkk sangat masa lapang..  so senanglah sikit. Lagipun, Masreena memang dah biasa dengan aktiviti cergas sejak bergelar PSS TLDM =)

Antara aktiviti-aktiviti yang selalu dibuat termasuk hiking, berenang, kawad senjata, menembak senjata, modern dance dan macam-macam lagi... Ini entry tentang background Masreena, silakan membaca:  PSS TLDM

 Ni pun salah satu jugak daripada aktiviti Masreena... mendaki Broga Hill tahun lepas. Mendaki gunung tak mampu dah kot pasal aku dah tua... kikiki


Oh ya, sebelum terlambat saya nak ucapkan Salam Aidiladha kepada semua. Semalam korang ada melapah daging ke tak ni? hahaha =)

So dengan adanya TRAVEL & TOUR BLOG ni Masreena akan update citer travel je lah ye.. Jadi kalau pasni blog ni sepii je tanpa khabar, maknanya takdelah tu agenda pelancongan... takkan lah nak update blog punya pasal sanggup buat citer tipu pulak kan =)

When I was 26!!!
Oleh itu untuk update kisah seharian, Masreena ada create blog baru untuk urusniaga sehari-hari. Mungkin pembaca boleh check di link ini:



Happy Reading =)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...