Tuesday, 21 December 2010

Kenangan bersama Zaquan Adha

Terlebih dahulu saya minta maaf pada pelakon Ayu Raudhah kerana mungkin coretan kisah silam saya ini akan mengguris hati dia.




Mohd Zaquan Adha Abd Razak, siapa tak kenal dia? Mungkin anda hanya mengenali beliau sebagai seorang pemain skuad bola sepak Negeri Sembilan dan kebangsaan. Di mana baru-baru ini pasukan beliau telah berjaya menumpaskan Vietnam dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Laos. Beliau berasal dari Seremban, berumur 23 tahun dan merupakan adik kembar kepada abangnya Mohd. Aidil Zafuan dalam pasukan yang sama.


Berbeza dengan saya. Saya mengenali beliau lebih rapat. Hati saya pernah dimiliki oleh Mohd Zaquan Adha. Kami pernah bercinta. Perkenalan yang bermula di suatu temasya di Seremban lima tahun lalu telah membuahkan bibit cinta. Kisah duka dan suka kami kongsi bersama, tiada rahsia antara kami.


Zaquan pernah beritahu saya bahawa mereka boleh dibezakan melalui perbezaan wajah mereka. Sila lihat gambar di bawah.


Zaquan sebelah kanan. Siapa lebih cute?? ;-)


Bekas kekasih saya ini memiliki wajah yang lebih tirus berbanding abangnya Aidil yang berwajah penuh. Selain itu Zaquan memiliki tahi lalat di pipi. Itulah rahsia mereka yang dia beritahu.


Mengenali dia merupakan satu detik indah yang tak pernah saya terfikir. Zaquan seorang lelaki yang bukan sahaja tampan tetapi juga gentleman. Dia juga pandai memujuk ketika saya berduka.


Kenangan yang paling saya tak boleh lupa. Sewaktu kami berkelah di tepi pantai (nama pantai dirahsiakan). kami main kejar-kejar macam budak-budak (Tapi maaf ya, tiada gambar. Masa tu saya baru guna Nokia 1100). Semua orang kehairanan melihat aksi manja kami. Kami bentangkan kain piknik petak2 macam dalam cerita mat salleh. Sambil menjamu selera kami bergurau senda, bergelak ketawa… Dia membelai rambut saya manakala saya pula suka cubit dia! Ohh indahnya saat itu.


Itulah kenangan percintaan kami. Walaupun tempoh masanya agak singkat, namun indah dan manis.


Percintaan paling singkat itulah yang membuatkan saya teramat kecewa... Kerana ianya berlangsung pada satu malam sahaja. Akhirnya saya terjaga dari tidur dan kembali ke dunia realiti.

Jangan marah ye... Ampun! =P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...