Dalam kelas tarian baru-baru ni membuatkan aku asyik teringat je dengan kawan2 Navy aku masa masuk PALAPES dulu.
Belajar tarian moden membuatkan aku membandingkan perbezaan aerobik, kawad kaki, kawad bersenjata dengan tarian. Dalam banyak2 tu kawad/perbarisan adalah paling sistematik, jitu, dan padu. Semua pergerakan mesti dikira masa supaya tangan, kaki, dan movement kelihatan sama dan sharp. Aku paling jatuh cinta dengan latihan kawad senjata.
Kawad senjata yang selalunya guna senapang M16 dan beare memerlukan fokus yg tinggi supaya peka dengan arahan komander. Alhamdulillah aku rasa bertuah sebab aku tak pernah ponteng latihan kawad senjata dan aku syukur sangat sebab telah menikmati setiap detik2 indah latihan yang cuma berpeluang sekali seumur hidup...
Selain kawad bersenjata masa pentauliahan diRaja PALAPES di UiTM pada tahun 2007 kami ada buat persembahan pada malam tu menggunakan lagu Rock and Roll Soniye. Persembahan tarian tu diketuai oleh Kak Ben. Persembahan tu mendapat tepukan gemuruh para penonton dan aku rasa begitu terharu... kerana ia adalah kenangan terindah pertama kali bergelar Dancer.
Malang sekali rekod persembahan telah hilang (dalam lap top). Bila abang aku guna je lap top habis jahanam fail2 penting aku termasuk gambar2 kenangan kami.. Sedih kan? =(
Lantaran mengikuti tarian moden baru-baru ni, aku teringat pada kenangan lalu.. membuatkan aku try search youtube dan akhirnya aku terjumpa klip vedeo asal untuk lagu ni. Cukuplah untuk mengubati rindu di hati pada kawan2.
POPULAR POST
- IS AVRIL LAVIGNE Really Dead & Has Been Replaced By Her Look-Alike??
- Sebab Utama Air Asia Lantik NEELOFA Sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
- Sebab Utama Kenapa Visa Waiver Malaysia Ditolak Oleh US
- PRIYANKA CHOPRA - Traveler Celebrity Between India & Hollywood
- Tips Of Dating Life From TAYLOR SWIFT - Important To All Of Woman Outside There!
- Tips Of DIET From Miss Universe 2015 PIA ALONZO WURTBACH. Super Easy!
Saturday, 8 October 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)