Friday, 26 July 2013

Resort World Genting berwajah baru 2015

*This is backdated entry*

Mesti setiap orang ada kenangan tersendiri dengan Genting Highland kan.... especially zaman-zaman belajar dulu pernah keluar dengan kawan-kawan naik bus dengan belanja tak sampai RM40 untuk bermain semua permainan outdoor. Hari ni, keluar berita rasmi bahawa Resort World Genting akan diubahsuai dan bertukar wajah menjadi Taman Tema Twentieth Century Fox Pertama di dunia... fuhh hebat tak hebat kan? Projek ubahsuai itu akan menelan belanja RM30 billion.

Dengan itu bermakna Taman Tema Luar iaitu Roller Coasters bagai tu semua akan ditutup untuk memberi laluan kepada projek mengubahsuai hinggalah tarikh dijangka siap pada tahun 2015. Masreena tak sabar nak tengok perubahan yang bakal dibuat oleh Genting Malaysia Berhad tu... pastinya banyak perubahan yang dilakukan dan apa yang pasti... kenangan bersama kawan-kawan di Genting Highland Theme Park takkan terpadam... gambor-gambor lama hilang entah ke mana, tapi if dah jumpa boleh update sini.. yang ada ni cuma sekeping dengan Nik masa naik Flying Coasters


Teringat masa ajak Nik pergi Genting, masa tu hari Rabu, masa tu ala-ala meroyan pasal kerja stress sangat terus ajak pergi Genting masa office hour besoknya tu (Khamis). Dan pulang on time pukul 7 petang. Memang release la even sekejap je tapi lengkap dapat main semua Outdoor! Siap 3-4 kali beratur naik Pirate Ship! 

Sebab masa ni lepas raya... semua orang dah kehabisan wang agaknya maklumlah lepas raya kan.... tu pasal la lengang je Genting Highland masa tu. Lagipun hari weekdays, nak tunggu cuti masing-masing sibuk dengan urusan keluarga masing-masing.. hari kerja je lah dapat keluar dengan kawan-kawan pun =)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...