Wednesday, 8 April 2015

Regalodge Hotel, Ipoh yang sangaaattt best!

Assalam semua, lama sangat dah Masreena tak update blog. Kali ni saya nak story pasal Hotel yang menarik di Ipoh. Saya booking hotel melalui Agoda.com.

Hari tu Masreena dah stay di Hotel Golden Roof iaitu hotel 3 bintang. Masa booking di Agoda hari tu ternampak hotel ni 3 star. Saya expect semua hotel 3 bintang ada bath tub. So main booking je lah hotel lupa nak tanya petugas hotel dulu. Last-last bila dah check in rupa-rupanya takde... that's why second time datang Ipoh memang study web Agoda tu untuk cari hotel yang biliknya ada bath tub tapi dengan harga terendah. Kebanyakan hotel lain kebanyakannya 200 ke atas untuk bilik yang ada bath tub. Bukan apa aku nak buat Milk Bath, tu yang nak hotel ada tab mandi. Rumah kan takde... sekali sekala dapat peluang stay hotel lah baru nak merasa buat Milk Bath sendiri, kalau buat kat SPA mahunya RM 70.

Study punya study akhirnya, dapatlah Hotel Regalodge ni. Itupun bilik DELUXE tau, kalau SUPERIOR bilik yang paling basic. Takde bath tub. Harga RM 130 satu malam, aku book untuk 2 malam. Dah campur tax semua sekali RM 286 untuk 3 hari 2 malam.

Sebelum tu nak tunjukkan harga asal bilik-bilik dalam ni sebelum korang kena tipu dengan Agoda.com. Aku dah terkena masa Golden Roof Hotel.


Lantai kayu tiruan. Ada cupboard & display cabinet. Rasa macam nak tiru je kalau renovate rumah nanti

Ada bench untuk letak lap top beg aku semua. Beg baju masuk almari. 


Masuk bilik je terus landing barang-barang atas bench ni

Seriously aku suka ambik inspirasi hotel-hotel yang aku pergi untuk renovate rumah kecil aku tu satu hari nanti :)

 

Welcome drink :)

Bed yang cozy


Kriteria yang buat aku impress bila dia rak TV siap ada list channel yang kita boleh tonton. Barulah ada idea apa nak tengok. Kreatif & kritis sangat pemilik hote ni & patut dicontohi oleh hotel-hotel lain =)

Desk penting sebab aku nak buat kerja... terkejut tak korang tengok aku siap bawak printer lagi? hehe

Cantik ar toilet dia.... mesti tiru ni



Bath tub nya even plastik & kecik je saiznya, ok lah.... dah nama pun hotel 3 bintang... janji ada bath tub aku nak ber mandi susu, hehe

Pemandangan dari luar tingkap yang mengadap lobi utama. Hotel ni terletak bersebelahan dengan Regency Hotel, dari jalanraya agak terlindung dengan rumah orang yang klasik giler ni. Aku suka!

See? Terlindung di sebalik rumah lama ni. Padahal terletak di tengah Bandaraya Ipoh =)


Ada senarai menu. Maaflah terbalik. Tapi menu nya kurang menarik untuk aku order... berpuluh kali gak aku belek fikir nak order apa. Last-last petang tu aku start enjin kereta pergi Majlis Bandaraya Ipoh order Pataya Banjir, hahaha


Bath tub dengan warna putih airnya tu aku dah letak bancuhan Milk Bath.. berendam puas-puas aku malam tu!

Aku amik shower gel ni campur dalam Milk Bath tu kasi wangi.. lupa la bawak minyak aromateraphy

Shower dia lebat puas hati

 


Pastu dari segi kemudahan, kat situ standard lah macam hotel yang lain ada Spa, Reflexology, Restaurant, Laundry. Petang tu balik aku pergi buat Reflexology, alhamdulillah sedapnya dan selesa aku rasa pastu. Murah je cuma RM 58 je untuk sejam. Rasa nak tertidur je

Ni pic tempat Reflexology tu. Ambil gambar ni dari website.

Tukang urut hari tu, dari Chiang Rai, jauh giler. Cantik orangnya.... umur 36 tahun, anak dua orang. Datang kerja Malaysia untuk setahun kumpul duit hehe....

Lagi satu yang suka hotel ni pagi-pagi diorang bilaskan windscreen kereta kita bagi clear.... bagus tak? Pandai diorang ambil hati. Pastu pagi-pagi ada suratkhabar diorang hantar. Tak sempat pun baca, tapi aku kutip je bawak balik rumah buat stok suratkhabar untuk alas apa-apa hehe.....


Aku cadangkan kalau korang nak cari hotel 3 star yang ada bath tub, boleh ambil Hotel Regalodge ni. Puas hati dengan kemudahan dia lengkap walaupun sederhana, tapi semua benda ada. Ada meja buat kerja, bangku tempat landing barang, ada drinks. 

Aku faham ada yang tak sanggup spend untuk 4 star, jadi aku cadangkan ini hotel yang terbaik & selesa dengan bajet korang. Pasni kalau pergi Ipoh lagi, ini antara hotel yang aku akan pilih :)


Semoga bermanfaat untuk pembaca :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...