Lebih setahun rupanya kini saya kembali menulis sesuatu di blog travel saya. Seperti yang telah saya maklumkan sebelum ini, saya telah menghentikan semua penulisan peribadi dan hanya akan update sekiranya ada gambar travel terbaharu ataupun isu baharu tentang pelancongan. Saya gembira berkongsi tips di sini.
Ini adalah perbualan saya dengan legal exect & despatch saya di ofis.
Exec: "Awak dah vaksin ke belum?"
Despatch: "Saya belum tahu lagi nak ambil ke tidak...."
Saya: "Huh? Dah namanya pun Program Vaksinasi Nasional, camane boleh tak confirm? Ini kan system standardize satu negara kena ambik?"
(kalau ada smiley mata buntang dah lama dah letak, huhu....)
Kerajaan dah elok-elok sediakan program & system yang membolehkan kita menurut sahaja & tidak perlu inittiate sistem tersebut malangnya ramai yang tidak mengendahkan.
Rakyat Malaysia type macam ni memang agak sukar difahami, maaflah agak harsh tapi itulah hakikatnya.
Baiklah - bukan tugas saya untuk menghalang sesiapa yang lebih suka menjerumuskan diri ke dalam kemudaratan - baik saya enjoy life sendiri kan?
Berbalik kepada proses vaksinasi, saya memang tidak sabar untuk melengkapkan dose kedua memandangkan kami akan diberikan Sijil Vaksinasi Digital selepas itu yang akan membolehkan kami travel seperti biasa. Itulah misi sebenar.
Jika tidak urusan kehidupan bakal tergendala jika travel dihalang kerana tiada vaksinasi. Saya dengar tempoh kuarantin bakal dipendekkan kurang 5 hari untuk vaccinated person, tapi saya harapkan supaya tak perlulah kuarantin langsung kerana ia akan impak Cuti Tahunan (annual leave) masing-masing.
Sehingga tarikh hari ini, cuma Phuket sahaja yang memberikan jaminan tidak perlu kuarantin cuma kena stay 14 hari sahaja sebelum ke wilayah seterusnya. Berita di sini.
Ini sudah bagus bagi pelancong Barat kerana mereka akan tinggal di Phuket selama 14 hari sebelum ke Bangkok, Chiang Mai atau negara-negara berikutnya.
Bagi saya pula, saya akan berada seminggu di Phuket selepas saya dapat Sijil Vaksinasi Digital nanti iaitu bulan Ogos. Yang paling saya takuti adalah tempoh kuarantin sekembalinya ke KL, huhu... harap-harap tak perlu la.
Beberapa plan travel lagi sedang menunggu:
-Bali dengan group Sheryl & Alex. Sambil-sambil tu boleh melawat Darren
-Jakarta untuk custom-made baju kebaya
-2022 ke Jerman dengan Mak Ngah & Pak Ngah. Mereka mempunyai sepupu yang sedang bekerja di Konsulat Malaysia di Frankfurt, Germany dan mempelawa kami untuk buat road trip bersama.
Jadi, rakan-rakan...saya harap pembaca blog memberikan sambutan pada Program Vaksinasi Kerajaan yang sedang berjalan. Sehingga bertemu lagi =D