Aku risau sangat dengan Maisarah ni.. sebab dia buat perangai samseng. Kat nursery sebelum ni, pengasuh cakap dia suka tarik rambut kawan. Nursery yang baru ni pulak suka gigit tangan kawan… dari mana dia belajar benda ni semua aku pon tak tahu. Bukan apa, aku risau parent kanak-kanak lain complaint nanti coz anak diorang selalu kena gigit =(
Pastu baru-baru ni Wan overnight kat rumah aku. Tengah-tengah kitorang baring sambil sembang-sembang, Maisarah datang ke arah kami dan ketuk kepala Wan dengan toys… dan berlalu dengan muka yang maha selamba. Ya allah, aku rasa dia sebenarnya jeles aku tak layan dia, sebab aku leka borak dengan Wan je.
Wan dulu amik course Pembangunan Manusia dan belajar tentang psikologi manusia. Aku pernah tanya, camane psycology effect pada seorang anak tunggal perempuan. Malangnya Wan tak belajar pasal position dalam family ni. So macam biasa aku akan buat observation sendiri, kikiki.
Satu hari nanti kalau Allah murahkan rezeki untuk aku mengandung lagi, aku harap salah sorangnya baby girl (lagi). Sebagai peneman Maisarah. Sebab bagi aku, kebanyakan anak tunggal perempuan (BUKAN ANAK TUNGGAL jangan salah faham ye, hempuk kang) akan menerima psycology effect yang tak berapa bagus dari segi karakter.
Hal ini terjadi disebabkan hidupnya DIKELILINGI ADIK-BERADIK LELAKI yang sentiasa mengalah dengan dia. Dan dia TAK BIASA BERKONGSI dengan female siblings seperti orang lain. Dia juga sama sekali tak mengalami siblings rivalry. Situasi inilah yang reflect pada pembentukan karakter anak pempuan tunggal ni tadi.
Kesannya apabila semakin dewasa, anak perempuan tunggal cenderung memiliki karakter yang dominan seperti ego, bossy, besar kepala, tak nak mengalah, dan tak boleh orang lain lebih dari dia. Yang mana ciri-ciri di atas tak manis dimiliki oleh wanita. Keadaan semakin teruk apabila dewasa dan sudah berkeluarga apabila dia hanya memiliki KAKAK IPAR atau ADIK IPAR PEREMPUAN yang sentiasa kena ikut arahan dia. Ada beberapa kawan aku yang anak pempuan sorang, kalau kami bercakap.. dia ajelah yang betul, orang lain salah belaka.
Namun kita tak boleh nak salahkan diorang 100% kerana itu adalah natural effect pada situasi diorang. Karakter setiap orang berbeza berdasarkan POSITION dalam keluarga namun IA TETAP BERGANTUNG PADA INDIVIDU. Jadi yang penting sekali, didikan keluarga diperlukan untuk minimakan impak natural effect tu tadi.
Tu pasal aku harap boleh dapat baby girl lagi. Amin.
Tengok, jauh sangat pemikiran seorang ibu kan? Berfikir sampai 20 tahun terkehadapan, semuanya demi kebaikan si anak je… Berbeza seorang bapak, bila anak dah umur 20 tahun, yang dia fikir anak dah boleh berdikari so boleh lah nak nikah lain. Nampak tak siapa yang lebih pentingkan diri? Lu pikir la sendiri!
POPULAR POST
- IS AVRIL LAVIGNE Really Dead & Has Been Replaced By Her Look-Alike??
- Sebab Utama Air Asia Lantik NEELOFA Sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
- Sebab Utama Kenapa Visa Waiver Malaysia Ditolak Oleh US
- PRIYANKA CHOPRA - Traveler Celebrity Between India & Hollywood
- Tips Of Dating Life From TAYLOR SWIFT - Important To All Of Woman Outside There!
- Tips Of DIET From Miss Universe 2015 PIA ALONZO WURTBACH. Super Easy!
Wednesday, 20 April 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
eeiii..comelnya anak ko.*hugs*
wah comel maisarah bertudung ye..tolong kiss utk dia ya ;)
thanks u olls.. *hugs utk korang
adikk....ololo adik tak maw ketuk kakak ok....nati kakak dukung ok...ololo comey nye la baby akak ni.....maisarah ek nama die..hai maisarah....kiss untuk maisarah..muah
hehe.. thanks mira.. =)
Post a Comment