Sunday, 24 March 2013

Siapa di USJ 19?

Hari ni pergi USJ... Tapi terkejut tengok traffic light T-junction depan One City tu dah terbalik iaitu kereta-kereta menghala ke Puchong! Semalam saya dah perasan arrow marking dilukis terbalik, tapi traffic still macam biasa.

Rupa-rupanya sign board USJ dah berkuatkuasa  hari ni. Lepas ni... kalau nak pergi USJ kena ikut sign board baru - iaitu kita akan passing through lingkaran One City sebelum masuk ke USJ.

Ini dia sign board yang dah berkuatkuasa tu. Sebelah kiri tu USJ, maaf gambar tak centre

Keluar hari ni sebab nak teruskan pencarian cari bulu ayam/dust remover sebab tak jumpa carik di semua kedai hardware mahupun hypermarket. So try-try la nak cari dalam USJ19 City Mall kot-kot ada... berapa kali cari daa

Masa kat traffic light USJ 21 (Petronas KFC Drive Thru) saya rasa tak sedap hati je tengok construction MRT (mass rapid transit) kat situ......

Korang tengoklah sendiri, takde barrier apa-apa pun.... bahaya betul

Dah la takde barrier, ada lubang besar pulak tu, warning signage tak appear.... barricade pulak tu boleh guna batang besi je. 

Buatnya penunggang motorsikal tak perasan, kan sangat bahaya tu?  Langsung takde tanda amaranWonder jugak, company apa ni ye?

Then saya pun U-turn la traffic light tu.


Nak dijadikan cerita tiba-tiba ada mobile crane sedang beroperasi di depan. Flight man nya berdiri di tengah-tengah jalan raya sambil pegang bendera merah... Mamat tu buat isyarat suruh berhenti sebab ada kren di depan yang sedang pindahkan material to the other side. Alaa, lama lagi ke ni? ish.

Nasib baik sekejap je. So kereta pun dah boleh jalan. Bila semakin dekat, tiba-tiba rasa macam kenal je flight man tu... eh?

Laaa.... ko ke Zulfaizal? Spontan je saya turunkan cermin tingkap tegur dia... Wei.... Apasal ko SH Officer tiba-tiba tukar position jadi flight man??

Nampaknya Zul pun terperanjat tengok Masreena! amboi, hari Ahad pun kau kerja ek, banyak lah Replacement Leave kau pasni.

Dah la last week 14 Mac baru je terserempak dengan dia di Pullman Hotel....  sebab ada Coordination Meeting. Bila tanya konon rahsia arr tak nak bagitahu sekarang dah dapat kerja kat mana. Kini awak dah tak perlu bagitahu Masreena OK!


Oooo... Rupa-rupanya Zul kerja Sunway Construction! Hahaha... kantoi!

Kepada Zul, kerja rajin-rajin tau! Ada masa kita mengeteh ek



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...