Kitchen cabinet yang harganya murah ni ada beberapa faktor yang tentukan tau... yang utama adalah JENIS KAYU. Makin berkualiti kayu makin mahal harga. Kemudian SAIZ iaitu makin panjang kabinet makin mahal harga. Jadi cara nak dapatkan harga murah ialah --->> kurangkan saiz dan ambil jenis kayu yang tak berapa berkualiti. Senang je kan? As simple as that.
Saiz untuk kabinet dinding (wall unit) mesti MURAH sikit berbanding saiz kabinet lantai (base unit) atas faktor kedalaman. Sila beli tali tape ye, rekod siap-siap ukuran dapur anda sebelum pergi kedai...
Harga keseluruhan meliputi harga kabinet, handler, penyedut asap, dapur, pili paip, rak pinggan, spoon tray, sinki dan labour cost plus delivery.
Ini contoh kabinet dapur ofismet saya. Dibuat oleh kedai yang sama. Harga dalam pakej untuk kabinet 3D ialah RM4,500 untuk 10 kaki atas dan 10 kaki bawah. Ofismet saya tambah 2 kaki lagi untuk kabinet bawah menjadikan harga keseluruhan mencecah RM5,090.
1) Harga kabinet kita survey dengan cara pengiraan harga satu kaki"Berapa harga kabinet 3D untuk satu kaki base unit? Wall unit berapa" dari jawapan itulah kita boleh tahu outlet tu mahal ke murah. Same goes if you survey to wardrobe and book case price. Contohnya kedai yang saya pergi tu:
Kabinet 3D berharga RM 230 satu kaki untuk base unit.
Solid Nyatoh dan Fomika berharga RM 195 satu kaki untuk base unit.
Melamin ABS berharga RM 180 satu kaki untuk base unit.
Kenalpasti berapa RM beza wall unit dengan base unit. Kalau tak banyak beza better ambik 3D sebab cantik sikit.
2) Rancang kedudukan peralatan dapur untuk tahu keperluan kita.
- Paling kritikal kedudukan tingkap dan saiz tingkap sebab bila dah ada tingkap... peti ais dan dapur gas berhud kena taruk tempat berdinding.
- Untuk dapur sempit, sebenarnya dapur panjang lebih mudah diurus berbanding dapur empat segi sebab balance dengan kedudukan tingkap. Faktor ini akan tentukan kedudukan sinki either 2 bowl or 1 bowl. Dapur Masreena tak boleh pasang 2 bowl sebab beri kesan unbalance pada kedudukan tingkap yang terlalu besar pada dapur yang sempit.
- Stove tak boleh locate di tingkap, hanya boleh pasang di dinding je sebab kena tebuk hud (penyedut asap).
- Punca elektrik pun satu faktor kritikal which you need to consider.
Leceh tau tak.... unless kalau buat renovation mungkin keadaan boleh diperbetulkan... tapi aku tak koser nak renovate sebab takde duit hahaha....
Mula-mula designer tu buat macam ni. Harga RM 3,850 (Kayu melamin). Tapi Masreena tak setuju bentuk L memandangkan sebelah kiri ada dua power supply (untuk periuk nasi dan oven). Jadi kena ada base unit juga.
Then dia betulkan design buat bentuk U. Sinki daripada 2 bowl jadi 1 bowl je sebab ada design isu (corner). Dengan pertambahan base unit dan wall unit... harga melonjak jadi RM 5,480! Terus berbelah bagi nak buat bentuk L ke U??
Last sekali Masreena request model Fomeka bentuk L berharga RM 4,897 iaitu meliputi:
Base unit RM 195 x 11.5' = RM 2,242.50
Wall unit RM 175 x 9' = RM 1,575
Dapur = RM 370
Sinki 1 bowl = RM 180
Tap = RM 90
Plumbing = RM 160
Laci = RM180
Kalau perasan Masreena dah potong penyedut asap sebab boleh install kemudian, cuma push kabinet naik atas je kasi terjongket sket untuk pasang hud tu... bukan apa, dapur ni dibuat sebagai dry kitchen je since Masreena buat yard masak belakang rumah, that's why penyedut asap belum diperlukan lagi buat masa ni. Bagi saya sebenarnya lagi best masak dan sidai baju kat open air... aku siap planning nak beli kukur kelapa lagi nak letak kat yard taw!
Tapi Masreena nak jugak ada base sebelah kiri sebab rugi tau... situ kan ada dua power supply. Tapi, kalau nak tambah base unit nanti makin mahal jadi. Sudahnya.... Masreena dapat idea gantikan base unit dengan tambah counter bar!
3) Harga counter bar sepanjang 3 kaki cuma RM 240 instead of RM 585 kalau pasang base unit.
3) Harga counter bar sepanjang 3 kaki cuma RM 240 instead of RM 585 kalau pasang base unit.
Maka jumlah semua sekali RM 4,897 + RM 240 = RM 5,137.50. Mintak diskaun dapatlah RM 5,000.00.
Inilah gambarnya dah siap pun. Sengaja pilih atas bawah lain-lain warna untuk kesan ceria.. cewahh
Kaunter bar kena rendah sikit ikut tinggi meja makan, tak boleh sama aras dengan base unit nanti susah nak cari kerusi yang sesuai. Mak tak koser susahkan diri tau nyah...
Sinki 1 bowl sebab kalau 2 bowl tak boleh suit dengan corner. Tu laa design tingkap dengan space dapur memang teruk tau... apa punya developer laaa
Blind ni pun satu hal nak install... Nasib baik ada Mc Guyver tolong pasangkan, aku siap beli Drill ko tahu tak?
Tengok tu, tanda harga langsir pun belum sempat buang, excited ko nak amik gambar sampai tak menyempat-nyempat.... hehehe
Masreena harap entry ni akan bagi manfaat kepada pembaca sebab saya tahu, ramai berminat nak pasang kitchen cabinet tapi tak tahu costing nak kira camane untuk dapatkan harga murah dan mampu milik. Kitchen cabinet ni CRITICAL issue untuk storage management. So after this korang akan buka lembaran baru untuk dapur masing-masing (amin).
Optimize your space, Organize your storage, and Enjoy your cooking! Bye!
Optimize your space, Organize your storage, and Enjoy your cooking! Bye!