Semenjak balik dari Hat Yai, teringin nak tengok perbezaan antara urut Thai yang asli di Thailand dengan servis yang ditawarkan di tanah air kita. Oleh itu Masreena pilih Thai Odessey Spa memandangkan Traditional Thai Massage Centre ini dapat award dari:
Kementerian pelancongan dah bagi award pada Thai Odessey ni maknanya bagus lah spa nya tu. Seingat Masreena seumur hidup belum pernah masuk lagi spa-spa mewah sedemikian rupa... yang mana dapat layanan 1st class ni, kalau pernah pergi spa dulu pun cuma zaman-zaman student.
Malaysia Spa & Wellness Award 2010 by Ministry of Tourism Malaysia as "Best Family Spa"
Mari kita terjah Thai Odessey Spa di The Mines.
Penari gelek Thailand menyambut ketibaan tuan-tuan dan puan-puan.
Mula-mula sampai dia akan cuci kaki kita dulu dengan air suam.... kasi bersih dan lembut sikit kaki, senang nak urut nanti.
Cantikk laa sinki dia... ada letak batu-batu, bunga lagi.... nak buat jugak kat rumah boleh?
Ini bilik-bilik yang disediakan untuk mengurut. Customer boleh lelaki mahupun perempuan, dia akan bagi sorang satu bilik, kita kena pakai towel je dan disposable panties.
Inilah dia rupa biliknya... simple but nice. Sebelah pintu ada cermin dan storage untuk sikat. Cute sangat meja dan storage box tu sebab diperbuat daripada rotan je.
Saya diurut selama sejam dengan oil massage. Minyak boleh pilih ye nak minyak yang macam mana, Masreena tanya setiap satu minyak tu apa functionnya, jadi boleh decide ikut preference kita.
Tapi rasanya lebih juga sejam dia urut, sebab terasa lama pulak. Urut dia, memang SETARAF dengan urut thai yang saya dapat semasa di Betong, Thailand. Entry bakal menyusul kemudian. Di Hat Yai saya cuma cuba Thai Massage yang tidak guna minyak tapi basically Thai Massage memang keringg je ye, bukan macam urut tradisional Melayu yang sentiasa gunakan minyak...
Kalau pergi Thai Massage, kena request kalau nak urut guna minyak ye. Kalau tak diorang akan assume you nak urutan kering, haa nanti badan korang akan ditekan-tekan dan dipeleot-peleot je... kaki pula akan dicucuk-cucuk dengan kayu ye... nanti tak rasa pun urat korang dibelai-belai. hahaha... Faham ke tak ni?
Dekorasi dalam Spa tu
Tempat menyambut tetamu/pelanggan.
Sambil-sambil menunggu boleh baca majalah.
Ini dia founder Thai Odessey Spa.
Secara keseluruhannya Thai Odessey Spa ni memanglah bagus kan, empat bintang.... Sesuailah dengan duitnya pun empat bintang jugak sebab harganya bermula dari RM100. Quiet pricey I know, tapi ini bukan Masreena yang bayar, koserr sangat orang biasa macam kita ni nak perabihkan duit gaji semata-mata nak ke tempat eksklusif macam ni kan? Jalan senang ko cariklah suami/boifren bujang & berduit ye hahaha... tapi kalau berduit je tapi kedekut dengan isteri terchenta, tolonglah jauhkan ye.... sebab bahaya untuk masa depan =)
Untuk diri Masreena even spa ni cukup bagus dan SETARAF dengan urut dari Siam, Masreena tak rasa akan jadikan aktiviti spa ni sebagai CULTURE atau ROUTINE sebab money constrain. Masreena lebih suka ikut kawan-kawan outstation dan menikmati urut Thai yang murah je dengan harga RM20 tapi tak perlulah expect nak ada dekorasi mewah macam spa-spa di Malaysia. Janji badan aku sihat sudah, save RM80 what?? boleh simpan duit untuk tabung travel ye kawan-kawan. Lagi satu, Masreena masih merasakan urut tradisional Melayu sebagai yang TERBAIK dan TERSEDAP, hehe...
Btw, Masreena ucapakan terima kasih dan syabas kepada pihak Thai Odessey Spa disebabkan servis bagus mereka, insya Allah Masreena akan berkunjung lagi pada masa depan.. Sehingga bertemu lagi =)
1 comment:
kalau urut thai yang RM20 tu, kat mana ye tempat nye?
Post a Comment