Ingat lagi tak entry saya set up yard saya tu? Daripada kerja-kerja menebuk tap, merancang dan memasang kedudukan sinki, membuat paip sambungan ke luar untuk sinki dan pili mesin basuh hinggalah membuat sambungan pembentungan saya telah menguruskannya seorang diri.... Ini telah memberikan 1,001 pengetahuan untuk saya terutama sekali bidang mekanikal rumah ni kan, macam plumbing dan wiring tu. Daripada tak terfikir nak ambil tahu sekarang terus tahu dah... inilah namanya pengalaman hidup.
Hari ni pula saya happy sangat sebab saya dah selesai pasang awning (bumbung) supaya lebih selesa buat kerja-kerja utiliti setiap hari seperti memasak, mencuci pinggan, membasuh pakaian dan sidai pakaian di yard. Dan taklah 'garing' mesin basuh tu sebab asyik kena jemur
Tahukah awak bahawa memasak di OPEN AIR seperti di kampung sebenarnya lebih bagus dan BEST berbanding memasak di dalam rumah? =)
Inilah dia abang yang pasang awning tu. Kenal kawan atas kawan
Mereka ambil masa dalam 5 jam untuk pasang awning ni. Masa ni saya baru balik kerja dah siap dah kerja-kerja pemasangan, tinggal lagi masa ni dia pasang balik tali penyidai.
Siap dah! Tadaa. OK tak? bersinar-sinar awningnya kan? hihi... pasni bolehlah start mengecat yard belakang ni, kasi ceria sikit & protect gril-gril yang dah berkarat tu
Masa saya tengok kualiti awning ni memang nampak nipis sikit berbanding yang saya oberved awning jiran sebelah rumah. Bila saya tanya kawan-kawan project memang kualiti awning di klasifikasi ikut ketebalan. Kalau awning nipis macam ni selalunya ada masalah apabila skrew yang sepadan akan memerangkap air hujan dan mengalir pada frame (besi) awning yang menyebabkan berkarat... Jadi besi awning tu nanti cepat reput dalam 3-4 tahun. So mereka mencadangkan Masreena cover tudung skrew dengan silikon. But for me, janji MURAH sudah, tak kisah nipis pun sebab lepas 3-4 tahun belum tentu masih stay rumah ni lagi.... the worst case buat je baru, sekarang pun dok berulang weekend ke rumah satu lagi =)
Bagaimana menentukan harga awning?
Harga awning dikira pada keluasan awning yang nak dipasang. Lebar selalunya sampai ke longkang supaya air hujan terjun elok masuk longkang.. takdelah memercik air kena simen. Untuk saiz Masreena ni, ukuran 5 1/2 kaki x 18 kaki. Darab dapatlah keluasan.
Maknanya, perkara yang perlu tahu cuma 2 je, iaitu
1) Berapa panjang dan lebar nak pasang awning tu, amik ukuran siap-siap dengan tali tape.
2) Harga awning untuk 1 kaki persegi.
Selalunya untuk keluasan 1 kaki persegi harga awning dalam lingkungan RM12-20 ringgit ikut ketebalan. Jadi darabkanlah ikut berapa harga sekaki. That's why lah kalau nak survey harga awning, soalan yang perlu ditanya pada peniaga ialah ''berapa harga awning untuk satu kaki persegi?'' Daripada situ ko cariklah yang termurah ok?
Masa dok survey harga awning kat flyers-flyers dan banner sekitar rumah tu.... Ada yang caj RM2,200. Ada yang RM1,200. Then Masreena rasa macam tak munasabah je nak buat awning yard harga mahal-mahal macam tu... tiba-tiba teringat sorang kenalan yang jumpa sekali bertiga kat kedai mamak, dapatkan contact number dan dia pun carikan harga pada peniaga. Bila dia datang bawak abang awning tu, diorang pun ukur keluasan tu. Sebenarnya... dah exceed ukuran yang saya bagi (aku silap ukur lah tu kikiki)....
Even macam tu pun, dia tetap kasi adjustkan (kat mana entah) untuk kekal jugak harga awning tu tanpa sebarang hidden charge. Tolong kawan-kawan je katanya (even hakikatnya cuma jumpa pandang pertama di kedai mamak je... hihi)
Berapa harga? RM980 untuk 5.5 kaki lebar dan 18 kaki panjang. Maknanya tak sampai pun RM10 untuk harga satu kaki persegi bagi gred ni... murah kan? =)
Inilah rupanya yard yang dah siap berbumbung tu... In the future boleh pasang tile, tengoklah keadaan macam mana. Sekarang ni nak sambung cat pulak
Nampaknya best lah memasak lepas ni, rumah dalam tak kotor, yard rumah fully utilised tanpa ada mana-mana pembaziran fungsi.. kalau memasak dalam rumah memang tension kan? rasa terkurung gitew...
Alhamdulillah settle dah satu lagi benda =)