Abaikan tudung yang jatuh tu hehe..
Pada bulan May lepas kebetulan dalam website Groupon ada advertise pasal Flight Introductory Program. Memandangkan Masreena memang penggemar aktiviti-aktiviti udara (air pun suka juga) jadi Masreena beranikan diri untuk beli voucher tu.. Besides already 85 persons bought that voucher. Insya Allah takde pape lah kan...
Konon-konon patutnya redeem baucar bulan July tapi memandangkan jerebu telah melanda negara kita dan negara jiran, flight terpaksa ditangguhkan. Tangguh punya tangguh akhirnya dapat juga dilaksanakan pada hari ni. Untung ko FAS Udara Flying Club tu, duit dah dapat seawal bulan May tapi service nya belum pun proceed lagi... bulan September baru proceed.
Terletak di D'NEST Aviation Hanger, SAAS International Airport Subang... FAS Udara Flying Club adalah akademi yang melatih pilot-pilot air craft dan maybe untuk menjana pendapatan sampingan mereka turut buka penyertaan untuk Flight Introductory Program ni kepada orang ramai. In this package we would be exposed, how to fly require lessons, wing training and a apair of floats. Then.... there you go!
Inilah dia Cessna 150 Aircraft yang memuatkan 2 orang pemandu. Ada juga air craft yang boleh bawak 2 penumpang, 4 penumpang dll.
Masa nak naik ni kecut perut... tetiba ingat mati jew... alamak =S
Inilah komponen-komponen kat dashboard air craft ni. Tapi sebenarnya, route semua flight di control daripada pusat kawalan jadi pilot tak banyak sangat kerjanya.
Untuk menghilangkan kegusaran Masreena pura-pura tenang ambik gambar diri sendiri. Oh ya, bila naik air craft kena pakai headset even untuk berkomunikasi dengan pilot sebelah. Masa ni Captain Gana tengah sibuk rojer-rojer wasps dengan pusat kawalan.
"Are you ready? Jalannnn"
Ini baru jalan-jalan je ni belum terbang pun lagi... 10 minit jugaklah air craft ni dok pusing-pusing di treck Subang Airport ni. Untuk pengetahuan, FAS dan beberapa syarikat penerbangan kargo yang lain (Spirit Aerosystems dan Sky Park Terminal) berkongsi litar yang sama dengan Subang Airport yang ada Fire Fly tu. Masa tu nampak la beberapa buah flight Fire Fly tu bersusun di Sultan Abdul Aziz Shah Airport (Subang Airport) tu.
Kecik-kecik je flight Fire Fly tu rupanya. Lebih kurang muatan untuk 80 orang penumpang. Berbeza sangat dengan flight Malaysia Airlines (MAS).
Siap sedia untuk terbang!!
Now you are fly! hahaha... Masa ni Masreena lupakan kamera sekejap. Peluang ni kan bukan selalu untuk menikmati feeling air craft tu nak naik camane. Tengok-tengok... biasa je... naik gitu jew... tenang je tak berdebar pun. Berbeza sangat masa naik Tandem Paramotor dan Helikopter hari tu, punyalah berderau... rasa nak melompat jantung. Menurut kawan-kawan yang belajar aerospace, helicopter memang agak menakutkan masa nak naik ke udara sebab helikopter bergantung pada bilah heli di bahagian atas.. manakala bilah air craft kan kat depan pesawat. Lagipun, air craft ni macam kapal terbang ada treck bukan macam heli dia main terjah terus terbang je. Senang citer technical design setiap pesawat tu yang bagi effect macam tu
Dah nampak pemandangan dari atas langit.
Saujana mata memandang. Kamera tu bukan blur ye, memang focal pointnya adalah wing pesawat tu jadi imej back ground nya dikaburkan.
Golf Club Subang
Semakin jauh meninggalkan Subang, kita menuju ke Damansara. Kelabu sebab sedikit berjerebu
Sesi pembelajaran pun bermula. Pedal ni bertujuan menentukan ARAH AIR CRAFT ye kawan-kawan. Ko nak ke kiri, tekan pedal kiri. Ko nak ke kanan, tekan pedal kanan. Amboi free-free je aku ajar ye =D
Ketinggian flight adalah 1,500 kaki atas udara ye kawan-kawan.. Elevator ni untuk adjust ketinggiannya. Tengoklah 2 pasang kaki tu, macam pasangan bercinta kan?
Sempat ambik video
Dengan ketinggian 1,500 ft aku nampak Ikea.
Depan Ikea ada tasik warna teh tarik! Kantoi! Dan jugak Ikano, The Curve, E-curve, Tesco semua nampak pemandangan daripada atas.
Bukit Lanjan. Ala yang ada menara Gamuda dan Mustapha Kamal di Tol Sg. Penchala tu.
The other side of Bukit Lanjan. Tarah jangan tak tarah... asalkan ada tanah je ko nak pacak bangunan kan...
Jangan lupa ambil gambar Long Shot untuk describe tentang aktiviti yang kita buat =)
Untuk cruising air craft ni, pull out untuk naik ke atas dan pull down untuk turunkan pesawat ke bawah. Kalau kau corner stereng tu ke kiri, pesawat akan mengiring ke kiri. Jadi kalau nak menghala ke kiri, jangan lupa yang Captain gana ajar tadi iaitu tekan pedal kiri. Ke kanan pun sama. Diulangi, stereng tu cuma untuk pergerakan BODY pesawat manakala pedal untuk ARAH pesawat. Tapi jangan risau, kalau aku tersilap, Captain Gana boleh betulkan di stereng dia.
Nampak tak senget flight ni... aku lah yang buat ni, kikiki
Captain Gana cakap saya bertuah sebab pilih flight awal pagi. Masa ni sesi 8.30 pagi. Sebab kalau tengahari atau petang, haba panas daripada bawah akan naik ke atas dan menyebabkan gegaran pada air craft tu, jadi jangan haraplah boleh ambil gambar dengan tenang.
Cantik kan tengok langit... kalau guna DSLR mesti lagi cantik ni... bila laa ada bajet nak beli ni
Tengok rumah sebesar kotak mancis ni terasa macam pergi showroom house launching pulak.
Masa untuk turun selepas setengah jam atas udara.. lama tuhhh
Masa turun tuh Captain Gana yang touch down kan. Dia cakap touch down memang bahaya, even cuma tarik je controller tu untuk touchkan tayar atas track, tapi kena orang yang qualified je buat.
Ini video masa touch down tu. Berderau gak terhentak macam tuh
Pastu kena tunggu sekejap sebab ada Fire Fly tengah melintas... camane kami tahu, Captain Gana sentiasa terima signal dari pusat kawalan... tu pasal pilot kena pakai headset.. boleh rojer-rojer kan
Sebut pasal qualified ni, lesen air craft tak sama kelas dengan lesen kapal terbang, helikopter, jet dll. Captain Gana ni boleh bawak semua jenis air craft. Masreena tanya kenapa tak ambil lesen helikopter sekali? Dia cakap lesen heli mahal... RM80 ribu. Air craft murah sikit iaitu RM40 ribu.. huh? Terkejut Masreena dengar!
4 bulan masa yang diperlukan untuk ambik lesen air craft dengan harga RM40 ribu. Belum campur lagi kalau kau ada repeat ke. Harga ambik lesen setanding dengan harga Ijazah untuk pengajian 4 tahun di IPTA! Perghhhh.. memang orang-orang kaya je laa yang ambil ni sebab boleh digunakan untuk pelbagai kepentingan perniagaan! Orang biasa jangan mimpi laa!!
Menurut Captain Gana, sebenarnya ground training taklah mahal iaitu sekitar RM6 ribu je. Yang mahal sebenarnya flight training, sebab kos menerbangkan air craft bergantung pada keperluan tank, manakala bahan api yang digunakan adalah minyak mahal & berkualiti tinggi iaitu FGas
Masreena tanya la kalau waktu biasa berapa RM harga Flight Introductory Program ni? Captain Gana jawab, SAMA JE.... haha.. Masreena sengih je sebab dah agak dah. Bukan sekali ni je Groupon advertise servis yang sebenarnya sama je dengan harga asal. Banyak kali! Sebenarnya terpulang pada penerimaan masing-masing. Maybe you can downgrade your expectation kot?? Bagi Masreena, melalui website diskaun lah lebih mudah dan berkesan untuk peniaga promosikan servis dan produk diorang. Kalau tak sapa nak ambik tahu kan? Pengguna cuma akan ambil kisah bila ada perkataan "diskaun" walau hakikatnya sama je dengan harga asal. Tricky!
Bergambar kenangan di depan Cessna 150 Aircraft bersama Captain Gana. Aku siap bawak beg sandang naik air craft ni. Kalau ikutkan camera or recording digital is prohibited tapi Captain Gana consider aku boleh ambik gambar dengan air craft yang aku nak bawak ni *eceh*. Masa ni Masreena turut nampak Air Craft kepunyaan Tony Fernandez dan Ananda Krisnan parking di sekitar pangkalan FAS ni.
Terima kasih kepada Captain Gana dan FAS Club atas pendedahan terhadap dunia penerbangan ni. Ramai yang tanya berapa harga ni? Harga baucar Groupon ni hampir RM300. Memang agak mahal, tapi definisi mahal tu bergantung pada individu. Zaman sekarang ni ramai orang spend hingga RM300 untuk beli baju raya, kalau tak takkan penuh PKNS Shah Alam tu masa raya. As for me, Masreena tak sanggup spend baju semahal itu... cukuplah sekadar baju kurung kain cotton yang dibeli di Jalan TAR je. Selebihnya berjimat cermat. Masreena pernah baca nasihat pakar psikologi dan penulis Stumbling on Happiness, Daniel Gilbert (PhD), ''Apabila terpaksa memilih antara shopping dengan aktiviti, pastikan kamu memilih tawaran yang kedua".
Kebanyakan orang berpendapat memiliki sepasang suit adalah tindakan yang bijak, kerana aktiviti santai mempunyai tempoh terhad berbanding branded stuff. Tetapi bezanya, memori itu akan sentiasa bermain di fikiran =) Berbanding barang yang dibeli (suit, handbag, kasut) akan hilang keistimewaanya bila sudah kerap digunakan.
Alhamdulillah, I already explore the beauty of hidden view in my life before. =)
13 comments:
wow...suspend yer..naik heli ke ni..cepat update..JM nk baca :-)
Salam perkenalan. Macam terbang di awan tinggi.
dah update kak.. lambat sikit sebab nak prepare presentation =)
Wah Masreena ni kecil-kecil cili padi ye... kalau kak ila... tobatlah tak... ai gayat u... syabas!
WOW!! This is really cool beb!
p/s: TQ sudi singgah blog saya :)
esok nak beli kapal terbang sebijik arrr,,, nak terbang jugak,,, :)
wah...sangat daring try activity macamni..goood...!!
anyway kalola harga sebenar tu dikatakan diskaun..ini dah kes menipu pengguna..unless kalo dia mention introductary price....still acceptable lagi sbb tu harga sebenar...just my 2cent :-)
Mizzura, I agree to you. Ini sebenarnya salah satu bentuk penipuan sebab harga sama je dgn asal (RM299), kononnya harga asal lebih kurang 500 . Sekarang ni kalau bukak website diskaun yg lain, harga asal program ni RM700 pula! Senang cerita, mereka sesuka hati letakkan harga asal dan main pada discount % padahal retail rate tetap sama iaitu RM299
cara makeup sgt cantik.tambah2 warna biru bawah mata.manpak vogue sangat.
thanks, sebenarnya nakj sesuaikan dgn warna tudung =)
wow cool gile! sukeee
Tak sangka. Mmg tak sangka. Palapes rupanya. Orgnyer kecil molek je.
keep typing..=)
Post a Comment