Ya Allah.. serius aku dah terlupa terus nak publish pic aku di Betong, Thailand iaitu Sempadan Perak/Siam ni. Hari ni lepas ternampak memory card baru teringat dengan pic-pic tu semua... kang tak masuk internet kang takut rosak memory card ni, berputih mata aku... hilang pic tu nanti... baik aku publish kan je
OK hari tu citer pasal Hatyai iaitu sempadan Kedah/Thailand sekarang sempadan Perak/Thailand pulak. Masuk melalui mana? Kali ni aku masuk melalui PANGKALAN HULU, GERIK, PERAK.
Camane aku ada kat sini? Masa ni I outstation ke site ni iaitu ada meeting dengan JKR Gerik ni. Selalu pergi dengan officer sorang ni, selalu pesan kat aku "dik... next month pergi meeting jangan lupa bawak passport... boleh shoping ke Betong, murah!"
*motif sangat officer tu panggil aku 'dik'. Tapi memang akak tu senior beberapa tahun daripada iols.
Tapi tulah... setiap kali outstation manjang tak sempat kami nak masuk ke Betong tu. Sebabnya masing-masing sayang nak ambil cuti spend masa ke sana. Tapi nak dijadikan cerita, pada satu hari meeting tu dijadualkan start pukul 9 pagi dan berakhir pukul 11. Awal daripada biasa. Kebetulan staf iringan kali ni staf lelaki, so ada keberanian nak masuk Betong. Sebab,
1- Along the way driving 5 hours from KL tu staf lelaki ni yang drive. Aku? Membuta kat sebelah. So dah banyak reserve tenaga kat situ.
2- Ada staf lelaki baru berani sikit nak masuk Thailand

OK guys.. ini sepanjang jalan ke Lenggong, Perak. Dari KL masuk PLUS Highway menuju ke utara, keluar tol Kuala Kangsar. Then lalu jalan Lenggong ni dalam sejam untuk sampai ke Gerik.
Dah sampai Gerik, sambung lagi setengah jam nak sampai tempat meeting di Pangkalan Hulu tu. Lepas habis meeting, dari Pangkalan Hulu menuju Betong/Perak tu lagi tambah setengah jam.. ok takpe, bukan aku yang drive *_*
Sampai sana naik teksi ke pintu masuk border imigresen.
Macam ni lah suasananya.
OK, dah sampai.
Lepas keluar imigresen Malaysia, tempuh pulak imigresen Thailand.
Tengok ni... perbezaan masa antara dua negara. Masa ni aku sampai pukul 3 petang.. lambat jugak tu... Dan pintu ni dibuka sampai 9 malam. So kami memang plan masuk sekejap je asalkan sempat merasa masuk negara lain hehehe....
Inilah dia officer aku tu... trip kali ni aku berdua dengan dia.. kadang-kadang dengan officer perempuan tu.. kadang-kadang sorang.. terpaksa lah kan, tengok keadaan. Btw, #ilovemyjob
Nak pergi pekan Betong tu kena naik tuk tuk... tapi mahal laa.. RM20 untuk dua orang... siot je...
Sepanjang perjalanan...
OK dah sampai
Ni rupa tuk tuk tu dari luar...
Terus kami pergi berurut kaki la tangan la badan la... semua perempuan dan murah je tak silap 200 bath je (RM20) sejam... 1/3 lebih murah dari kadar negara kita..
Ni model kita.
Tempat urutan tu. Kat Thailand memang murah & banyak benda-benda yang berkaitan spa & kecantikan ni... berbeza dengan negara kita....negara kita kalau nak cantikkan diri, kena spend kos yang tinggi. Tapi Thailand tak, spa & beauty ni sebahagian daripada culture diorang je... sebahagian daripada rutin harian diorang je.. Bagus kan? Orang Malaysia, suami dah carik lain barulah sibuk nak ke Spa & Salun.
Suasana kedai-kedai kat situ. Yang aku perasan JARAK ANTARA SHOPLOT semuanya dekat-dekat... rapat-rapat.. terasa sempit.. syok ooo dapat tengok kelainan kat negara orang
Betul, Thailand terkenal dengan pusat hiburan. Ini bukan disko tapi pusat karaoke... meja tu belum dikemaskan lagi ye... bukan aku yang minum botol hijau tu...
Aku snap pic wiring ni sebab nak tunjuk perbezaan wiring diorang dengan negara kita. Nampak tak diorang punya banyak giler dan serabut? Kalau tempat kita wayar tu cuma 4-5 line je kan?
Kami tak lepaskan peluang bergambar....tapi pic dia nampak perfect sebab long shot... aku half shot je.. Elo, bukan aku crop gambar untuk hide lemak ye, memang dah mamat ni yang pandai-pandai snap aku half shot je... harap maklum
Happy muka dia ni...
Nampak tak? awek diorang slim-slim je semua
Pastu modified & mekap motorsikal memang meluas kat Thailand ni... murah kot... dan banyak tawaran.. apa pun, memang cute sangat
Nampak??
Pastu bila dah lapar... dan since nak kejar masa sebab gate tutup pukul 9, kami tak teruskan rondaan. Takut gate tutup. So, habiskan masa lewat petang dengan makan masakan panas...
Sekali imbas nampak macam sama je dengan masakan panas kat Malaysia kan?? Tapi tak sama tau.. beras dia, beras wangi. Padahal makan tepi jalan je punn..special kan?
Lagi satu masakannya pun tak sama... sebab ingredients semuanya besar-besar. Lengkuas besar dan tebal, serai besar, pendek kata saiz tumbuhan dioarng besar-besar belaka.. dan itu yang menjadikan masakan diorang sedappp dan puas dimakan
Nampak tak besar saiz serai?
Serious... sampai sekarang aku masih teringat-ingat lagi keenakan tom yam Betong ni.. rasa macam nak pergi lagi je sekali ke sana... rindu kau, nak rasa tom yam puas makan macam ni... dengan isi tebalnyaaa
One more thing..
Yang seronok tu, masa tengah makan, kami nampak ada anak gajah lalu dengan kain ala-ala nak pergi show sarkis. Bestnyaa momen tu... kat jalan raya je anak gajah tu berjalan... macam perkara biasa je.. tak sempat nak snap pic...sebab tengah makan.. takpelah, as long as enjoy that moment =)
Selesai je makan, kami pun gerak balik... lebih kurang 5 jam je kami dalam Betong ni, pasar eksotik pun kami masuk jugak, tapi aku cepat-cepat kuar sebab nampak lipan panggang.. aduhh... tak leh imagine aku...
Dalam pukul 8 malam kami pun sampai border. Pastu terus gerak balik KL. Letihh siot... tapi lelaki tak suka perempuan bawak kereta.. so OK lah, aku duduk tidor je kat sebelah. Tahu-tahu je pukul 2 pagi sampai KL.
Rindunya nak outstation lagi... :)
No comments:
Post a Comment