Assalam.. lama giler dah tak update blog... tapi sebagaimana yang pernah Masreena bagitahu, blog ni dah jadi blog travel, so Masreena cuma update tentang travel je.. same goes to my Instagram juga, personal life memang dielakkan sama sekali..
Baiklah kali ni accidentally Masreena bercuti di Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh, Perak. Datang Ipoh sebab ada urusan yang perlu diselesaikan sebenarnya. Jadi, alang-alang dah sampai tu sempat lah masuk Lost World Of Tambun yang famous ni. Balik hari pun boleh, sebab operation hour bermula 11 pagi hingga 6 petang. Untuk accommodation seperti biasa, Hotel Regalodge di Ipoh City. Dekat dengan Greenwood.
Try nak ambil hotel lain, konon nak cuba yang baru tapi mahal sangatlah yang lain... so last-last hotel yang sama jugak jadi pilihan, cuma RM119 je satu malam. Ok lah kan, hotel bajet tak berani lah. Lagipun memang dah puas hati dengan Hotel Regalodge, pagi-pagi ada newspaper free. Air tin free. Mineral water free. White Coffee free. Milk tea free. Amboi semua nak free je hehe....
Sebenarnya semua tu compliment dengan harga bilik hotel. Bukan free, still kena bayar. Bezanya hotel 3 bintang yang lain takde yang provide semua pakej tu.
Lepaskan penat di hotel sekejap, then malam tu dinner, makan di Greenwood.
Selfie macam budak-budak, kikikiki
Sebenarnya Ipoh ni susah cari makan Melayu. yang ada pun gerai-gerai di Greenwood ni je... iaitu berdepan dengan Majlis Bandaraya Ipoh. Selebihnya banyak kopitiam cina je.
Kitorang berdoa supaya gerai yang kitorang pilih ni sedaplah masakan dia.. Sheols order Nasi Goreng Chicken Chop manakala iols order Kueh Teow Goreng.
Alhamdulillah, sedap.
Masa nak pergi Lost World ni persiapan tak rapi sangat pun.... selain bawak bagasi untuk tidur hotel, i bawak beg sandang. Bila masuk Lost World barang yang lain tu tinggal dalam kereta, i cuma bawak handbag dan beg sandang tu je. Jangan lupa bawak mineral water sekali... takut haus dalam tu nanti.
Harga asal tiket RM57 tapi rupa-rupanya tiket cuma RM50.40 je seorang selepas guna kad diskaun Student. Kawan i ni orang Ipoh, celah mana dia ada student card ni entah lah... sebenarnya dia Staff yang i deal masa berurusan di Ipoh ni. Sekarang dah jadi kawan berjimba. Sanggup amik replacement leave sebab nak ikut i bercoti sakan hahaha...
So jangan lupa bawak baju basahan untuk main air dalam Lost World. Bawak bikini pun boleh hahaha...
dan jangan lupa bawa towel.
We ols.
Sampai-sampai je kitorang naik Pirate Ship ni. sama macam di Genting, tapi yang ni kecik sikit. Lepas naik ni naik plak buaian tu, tapi terus rasa nak muntah... Dah tua kowt
Tak ramai orang pun... so freedom lah enjoy dalam tu.
Syok oooooo
Lepas tu i siap pergi toilet & muntahkan balik nasi lemak pagi tu... kitorang pun tukar baju, nak main air plak
Pantai buatan. Nampak kembang betul iols dalam ni.. kikiki
Pantai buatan dan kolam-kolam ni semua terletak centre of the Lost World. Pantai buatan ni kurang suasana pantai, cuma ada ombak je... kalau ada pulau ke... mesti lagi best kan?
Depan Pantai pula ada Ipoh Street untuk korang makan.
Susah betul nak pilih sebab semua nampak sedap je... last-last beli mi kari Ipoh. Harga RM 8.
Sebenarnya iols tengah berdiet... tu yang nak makan pun termenung kira kalori. Tapi kena makan gak, sebab nak sambung main air lepas ni.
Selain pantai buatan, ada banyak kolam korang boleh main... ada section kanak-kanak korang tak boleh main, tak boleh guna gelongsor air kanak-kanak, nanti petugas akan tiup wisel.
Dalam banyak-banyak game air, gelongsor air paling thrill sekali. Takde gambar sebab takde sapa boleh ambikkan. Masa main tu serious aku rasa nak tercampak keluar je... takutttt... tapi best! Kitorang ulang main 2 kali =D
Selain tu ada jacuzzi jugak. Jacuzzi ni air panas 43 darjah celcius.
Lepas jacuzzi, kitorang pergi petting zoo. Malas nak tukar baju, tapi kalau ada selipar time ni lah nak pakai. Tapi kitorang maybe nak mandi lagi, so malas lah nak tukar baju. Terus masuk zoo.
Zoo dia semua jenis haiwan ada... yang terkejut tu penyu duduk sama kolam dengan buaya kecik tu... aku suka tengok ular... walaupun takut.. ular yang diorang display tu besar giler, lagi besar dari peha Masreena... rasanya ular tua yang besar-besar ni.. tapi tak syok tengok sebab melingkar je.... badan berat sangat dah, tak larat nak bergerak agaknya
Sekali syok tengok ular baru perasan atas kepala ada ular sawa... takotttt
Kawan iols ni sibuk main dengan monyet kecik ni... penat menunggu... nasib baik tak rushing pun... biarlah dia main asalkan bahagia
Tin Valley. Sekadar pameran sahaja. Oklah buat menambah pengetahuan.
Kawan i bergambar depan rumah hantu. Kalau nak masuk ada additional charges RM 10. Tak nak masuk sebab iols bukan peminat benda-benda seram.
Tiger Valley. Tapi kecewa sebab harimau nya senyap je... tak mengaum pun
Overall, Masreena rasa puas hati dengan Lost World of Tambun ni. Dah la murah, tapi lengkap. Semua ada. Contohnya:-
1. Water Theme Park ada banyak section... kalau bawak budak-budak memang seronok lah...
2. Ada Tin Valley.... bagus untuk pelajar sekolah mengenali sejarah negeri Perak yang terkenal dengan sektor Perlombongan satu ketika dahulu
3. Ada Lagtitude, Longitude muzeum... betul ke spell ni... sebagai negeri yang terkenal dengan gua batu kapur, Lost World of Tambun menyerlah kan identiti negeri Perak ni... again sesuai untuk pelajar sekolah yang tengah belajar semua ni dalam Kajian Tempatan dan Geografi sebab boleh membantu pelajaran korang. Senang nak ingat.
4. Petting Zoo... lengkap semua haiwan ada. Harimau ada, Buaya ada, Ular ada, Racoon ada, Merak ada, semua lah... Staff pun friendly sesangat dan tak kekwat macam theme park lain di KL.
5. Food Centre... murah dan semua jenis signature dish of Perak ada macam Mi Kari Ipoh, Dim Sum (i loveeee dim sum), dll....
6. Apa yang saya rasa sepanjang di Lost World, staff dan management di sini tak kekwat langsung... baik & peramah... tak berkira. Contohnya, masa di kaunter mereka tanya ada Kad Mesra Petronas tak, kad student ada tak, sebab nak bantu guest dapatkan harga diskaun. Aku rasa kalau Sunway Lagoon mesti tak macam ni. Sunway Lagoon langsung tak boleh bawak masuk air mineral, tapi Lost World dibenarkan. Ok lah kan? Maybe sebab ini bukan KL... tapi Ipoh...kalau KL mesti kena gigit sampai ke tulang punyerr
7. Parking RM 1 per entry. Murah!
So far Thumbs Up lah untuk Lost World Of Tambun ni!!!! Memang puas hati sesangat.... Satu hari nanti boleh datang lagi dengan family pulak =D
4 comments:
Terima kasih atas info. Untuk lebih mudah, boleh cuba tempah tiket bas awal di ww.malaysiabus.com. Tiket KTM/ETS juga boleh ditempah secara online!
Best kan kat sini. I pergi sini masa company family day. Main air sakan betul mase tu :p
http://www.fatindays.com
Dear penginapan ni dekat ke dgn lost world tambun theme park tuh..
wah bagus entri ni...lengkap dan bermanfaat
Post a Comment