Tuesday, 27 February 2018

EDISI SIASAT: Betul Ke Avril Lavigne Dah RIP?? Sedihnya Lahh T_T

Avril Lavigne - the most beautiful Canadian singer
Ingat lagi tak berita konspirasi bahawa Avril yang tulen telah meninggal dunia? Semenjak aku baca teori konspirasi tu, aku macam susah giler kott nak tidur! Walaupun bukanlah Masreena ini seorang peminat tegar artis Hollywood, rasa sedih dan kecewa terhadap berita kematian seseorang apatah lagi zaman universiti dahulu membesar dengan wajah & suara lantang Avril Lavigne, sudah pastilah membuatkan aku bersedih :(

Nampak hampir sahih :(

Keadaan bertambah buruk apabila aku cari instagram Avril bagi mendapatkan kebenaran, malangnya peminat-peminatnya sendiri pun komen di IG beliau " RIP " yang bermaksud Rest In Peace (untuk orang Bukan Islam yang telah meninggal dunia). Kalau Islam kan Al-Fatihah.

Instagram Avril Lavigne
Malahan ada peminat bergaduh mempertahankan pendapat masing-masing sampaikan aku jadi goyang dengan pendapat aku sendiri selepas membaca komen-komen tersebut (aku agak percaya pada mulanya selepas tengok video nyanyian Melissa). Ada juga yang komen 

"Avril was dead 13 years ago"

.... my God! *_*

Separuh dari fan of Avril mempercayai konspirasi bahawa Avril telah mati dan diganti dengan Melissa... tak percaya ko pergi komen di IG Avril... nescaya akan berduyun-duyunlah peminat seluruh dunia yang akan bagitahu ko... samaada diorang percaya atau tak & kenapa! Aku dah try memang menjadik!

Antara komen peminat yang bergaduh di IG Avril

Hampir setiap kali ada gambar penuh wajah Avril, komen yang dibaca pastinya pertengkaran antara peminat-peminat dalam tu ada yang tidak bersetuju dengan cosnpiracy tersebut. 3 minggu gak la masa aku dihabiskan menonton video-video Avril... sedih punya pasal T_T

Jadi untuk menawar hati aku yang terluka tu... aku cubalah CSI dan baca di internet untuk dapatkan maklumat tu betul ke tak. Menurut konspirasi tersebut, AVRIL LAVIGNE COMMIT SUICIDE JUST RIGHT AFTER SHE RELEASED HER SECOND ALBUM. Kalau macam tu, boleh agak tahun bila Avril dikatakan membunuh diri tu.

Jom tengok Wikipedia. Kita siasat ikut cara reverse engineering.

Dah dapat!
Jom Aku listkan

First Album: Let Go  released at 2002
-lagu contoh seperti Let Go, Skater Boy, Mobile

Second Album: Under My Skin released at 2004
- lagu hit Nobody's Home, My Happy Ending, Don't Tell Me

Third Album: The Best Damn Thing released at 2007
- Hit song like Girlfriend, When Your'e Gone, Keep Holding On

Fourth Album: Goodbye Lullaby released at 2011

Fitfh Album: Avril Lavigne at 2013

Sampai ke list album ketiga tu aku adalah whatttt??? Maknanya zaman aku dah kenal lagu Avril di corong-corong radio masa di UPM (2007) dulu tu dia adalah Melissa Vendella sebenarnya?? Yang terkinja-kinja nyanyi lagu Girlfriend yang meletop kami tengok di TV tu...  sebenarnya adalah Melissa Vendella??

So masa ni lah... aku dah mula percaya konspirasi ni. Nampak tak??

Rasa macam mimpi sekejap... pastu, aku mula tengok balik video-video klip album pertama dan bandingkan dengan album kedua (sebab Avril dikhabarkan meninggal sebelum sempat album kedua dilancarkan) jadi maknanya nyanyian live lagu-lagu dari album pertama dan kedua, aku tengok dan bandingkan... telek segala jenis rambut mata suara gaya Avril dan semualah! haha... gigih betul! demi sebuah kebenaran, why not?

Skater Boy from First Album

When You're Gone from third album, I can't belived how come she actually Melissa Vendella (different person)

Avril Lavigne in Japan 2014 

Tapi pastu cepat-cepat aku tepis atas sebab yang kuat:

1 - Setiap kali ada tour concert ke negara lain di dunia, contohnya Eropah atau Japan, mesti akan melepasi tapisan imigresen malahan jika ada permohonan visa, takkanlah takde mana-mana sumber dalaman yang boleh sahkan bahawa pemegang passport tu bernama Melissa Vendella yang berwajah seiras Avril kan?? Betul tak? Mestilah setiap kali ada konsert artis antarabangsa semua orang akan teruja, takkanlah berpuluh-puluh staff imigresen atau kedutaan takde sorang pun tak excited dengan Avril? Jadi itu satu petunjuk...kalau betul itu Melissa Vendella dah lama ada dilaporkan di media ataupun komen-komen di Youtube / Instagram... government officer is just a human

2 - Takkanlah semasa kematian Avril yang lepas takde acara pengebumian dan sudah pastilah akan dapat dihidu oleh paparazzi kan? knowing their paparazzi camane

3 - Camane pulak dengan ahli keluarga Avril Lavigne? Malahan Melissa pun? Aku masih percaya kewujudan Melissa sebagai double stand Avril tu, berdasarkan bukti-bukti video terutamanya ketinggian Avril, ada aku pernah terjumpa video/pic Avril berdiri dengan lelaki yang sama, tapi tiba-tiba Avril lagi pendek berbanding sebelumnya. Aku percaya Avril mungkin masih hidup seperti biasa cuma kadang kala dia pernah menggunakan double stand (Melissa) untuk gantikan dia kalau tak sihat atau untuk sesi fotografi je.

What say you? Still don't have any confirmation yet either denial from Avril's family or any documented evidence! :'(

Aku siap cakap dengan adik aku. Since aku 'kenal' Avril since lagu girlfriend yang mana dia adalah Melissa sebenarnya, andainya konspirasi ni betul maka aku redha.. sebab aku tahu kewujudan Melissa hakikatnya. Bukan Avril.

Cuma peminat-peminat Avril dari lagu Skater Boy yang hurt feeling, kerana insan yang diminati telah 'bertukar' dan bukan lagi yang asal.

Jumpa lagi dengan penemuan baru (soon)



Saturday, 24 February 2018

5 Tempat Dalam Malaysia Yang Aku Berangan Nak Pergi

Lupakan sejenak restoran bawah laut atau aquarium yang aku berangan nak pergi tu. Adoi Masreena, kuat betul kau berangan kan! Bimbang dikata berhidung tinggi atau high expectation, aku buat entry ni, haha!

Tempat-tempat cantik dalam Malaysia, aku berangan nak ada percutian mewah. Ya, mewah sebab dah penat percutian miskin. Kalau tak percaya, bukak cerita-cerita saya yang sebelum ni. Travel kerja atau holiday, semua nya tema yang sama - BAJET T_T

Eloklah travel bajet... takde orang nak dengki kan? haha... sebabnya saya bukanlah orang kaya, Tetapi untuk percutian dalam negara, saya merancang untuk pergi ke destinasi berikut dengan keluarga tercinta ye - -

Image result for grand lexis
Lexis Hibiscus view from sky

Image result for lexis hibiscus
Gambaran bilik-bilik Lexis Hibiscus. Minat sebab ada kolam dalam bilik manakala chalet nya pula atas air (special rate). Mewah kan? Harga bermula 800 ke atas
Image result for grand lexis
Grand Lexis - hampir sama cuma yang ni senior sikit. 
                                                                                  
Image result for pulau perhentian
Pulau Perhentian

Pulau Perhentian is a must destination to worlwide tourist  selain Genting Highland. Tapi bagi orang local, mereka kedekut nak keluarkan belanja untuk ke Pulau Perhentian sebab jauh, kena naik flight, feri dan boat untuk ke pulau-pulau yang diinginkan dengan harga paling kurang 800. Itulah sebabnya pengunjung Pulau Perhentian selalunya foreigner jarang orang Malaysia. Ini diceritakan sendiri oleh kawan Masreena yang berkahwin dengan cucu jutawan chalet Pulau Perhentian. Curlasss!

Resort mewah di Batu Feringgi, Penang. Contohnya Hard Rock Hotel ke. Kalau setakat Penang percutian biasa, seumur hidup dah banyak kali juga pergi. Nanti saya siapkan entry nya (dah bertangguh 2 tahun). Penang adalah destinasi wajib bagi pengunjung dunia yang datang ke Malaysia selain Genting Highlands dan Langkawi. Terasa kemeriahannya.
Image result for langkawi
Last sekali yang tak lain dan tak bukan, Langkawi iaitu destinasi yang terkenal dengan duty free seperti coklat malahan beli kereta! Langkawi setiap masa sesak dengan pengunjung ye! dan yang paling menyedihkan, saya tak pernah ke Langkawi berbanding adik-adik yang dah merasa trip sekolah. 

Thursday, 22 February 2018

Tips Beli Bikini Hot Untuk Percutian Pantai


Kim Kardashian in one piece bikini *segar mata*

Ehems... ahak.. panas-panas ekuinoks ni marilah kita berjimba di tepi pantai atau Sunway Lagoon (entry bakal menyusul kemudian) untuk yang Muslimah, you can purchase an aurat compliance swimming suit in Parkson or lazada, brand Ogival. Which comes with skirt to protect your miss V. From my experience is navy training when I was young, we used to wear this brand and lasting about 2-3 years for hard user. The price not more that RM 200 which is from my opinion, still affordable with good quality.

Swimming Suit with skirt brand Ogival, you can pair with trunk

If 100% compliance pulak, we called as BURKINI. But what we were did last time in training, in UPM they have specific days where the olympic size swimming pool would be open up (Tuesday & Friday) for ladies only, from 2-6 pm if I am not mistaken. So, we just wear bikini or common swimming suit on ladies day.

Burkini is Islamic swimming suit

Tips To Choose The Right Bikini

1 -  It doesn't mean you need to show off your skin when wearing a bikini at beach. You can pair it with pario, maxi skirt, cropped top, denim jacket, long cardigan or bolero to make a better appearance.

Wear bikini with long cardigan

To go beach you also can wear bikini with pario
2 - If you have curvy body type with nice breast and want to hide your muffin top, choose one piece with halter neck. If you are thin and boyish type, you just can wear two piece would be nice for you!

One piece bikini with halter neck make your look very hot, same as Brazilian girls!!

3- At the moment to shop swim wear, you need to try up a few aggressive movement like jump, sit, or raise hand to feel either you feel comfortable or not. If your intimate part can be seemed, it means the swimwear maybe is too bigger or smaller.

Hope can help you to look gorgeous at the beach! Take care!!!



Wednesday, 21 February 2018

Jom Tengok 5 Restoran Underwater Yang Cantik & Mempesonakan


Walaupun aku tak kaya, aku tetap suka mencuci mata dan ambil tahu kewujudan restoran-restoran menarik di seluruh dunia. Antara yang menangkap mata aku adalah 5 restoran bawah laut/air ni. Ye, aku sedar aku tak mampu sebab aku bukanlah anak billionaire macam Chryseis Tan ye, tapi berangan memang tak payah bayar. hahaha... Dan, aku takde cita-cita nak pergi tempat mewah macam ni. Yang aku mampu hanyalah, MENGAGUMI KEUNIKAN dan PENGALAMAN yang bakal dirasai sekiranya pergi ke situ.

Ni yang aku tahu je lah. Kalau korang tahu lagi banyak, silalah buat entry sendiri ye... ahakss

Aquarium Denver, Colorado.

Cantik gaks!
Image result for anantara kihavah
Anantara Kihavah Villas Di Maldives... romantiknyaaaa
*cicah biskut dengan kopi sambil berangan candle light dinner kat sini*
Image result for ithaa undersea restaurant price
Ithaa Undersea, Conrad Maldives, Rangali Island

yang ni nampak kurang menarik sebab rupa macam meja pejabat

Image result for al mahara, Dubai
Al Mahara, Dubai

Atrium Bar, Hotel Radisson Blu, Berlin, Germany.

Yang ni nampak macam affordable kan? Ok boleh usha sekarang. Yang takde duit macam aku better duduk diam

Cara Mudah & Murah ke GENTING HIGHLANDS

Assalamualaikum

Kita berhenti sejenak dengan entry Paris ye (ada ke orang tunggu? haha!!) sebab nak buat satu entry yang dijanjikan iaitu tips pergi Genting Highlands.

Kereta kabel @ Cable car is called as AWANA SKYWAY from bus terminal to Sky Avenue.

Jalan Udara Awana. Betullah. Udara kan.
Baiklah, ada beberapa cara jimat untuk pergi ke Genting Highlands bergantung kepada berapa orang

1. 1 person to 2 person ---- can use public transport

2. For 3 persons or more ---- better use car or rent a car, and all of you can share to pay toll of Gombak, petrol to drive at high land *please put petrol first before the toll or from anywhere you came from* and parking fee until Genting.

Sebabnya kalau nak jimat sekadar 2 orang je better naik public transport.... but if you don't mind about the cost, why not straight away use car? Genting Highlands Resort is provided with car park.. nothing to worry

Kalau naik Public Transport, I park my car at KTM Serdang first to take train to KL Sentral. 

Don't worry ada banyak shuttle bas to go Genting with price around RM 4 from your nearest place. (Check this website) iaitu dari:

KL Sentral, One Utama, Puduraya, Pasarrakyat, Terminal Putra LRT, dan Kajang

Ada contact no sekali tapi better check dari website utk info yang lebih terkini, mana tahu terminal bus tutup ke renovate ke. Blog hanya ceritakan pengalaman saya sahaja, the rest you need to check official website
dan juga bayarannya seperti berikut, dan sila check BAS AKHIR pukul berapa, kang tak memasal pulak kena tidur Genting Highlands nanti or kena order Grab atau Uber, itupun kalau ada atau tak penuh

As me from KL Sentral, only pay RM 3.50. Don't forget to check return bus yea
Untuk pengetahuan, apabila sampai di terminal bas Genting/Genting Premium Outlet (GPO) untuk naik ke atas Genting Highlands, boleh naik Awana Skyway (kereta kabel@cable car) berharga RM8 one way/sehala tapi kalau turun di Chin Swee Cave (in between) still can use the same ticket within 24 hours. 

But u also can buy inclusive bus ticket just now.

More save if you buy inclusive the bus ticket
Kemudian barulah sampai ke destinasi akhir cable car, SKY AVENUE. SKY AVENUE is the last stop to Genting. 

SKY AVENUE terletak di tengah-tengah Resort World Genting yang dimiliki oleh mendiang Tan Sri Lim Goh Tong. Ada galeri khas Tan Sri Lim Goh Tong ini di Genting Grand Hotel

Done! Return also the same way! 


Tuesday, 20 February 2018

Pengalaman Shopping di SKY AVENUE Genting Highlands

Baiklah hari ni nak habisan gambar-gambar dalam handphone, nak ceritakan pengalaman bershopping di SKY AVENUE, Genting Highlands

Muka happy rombongan Cik Kiah kitorang pada hari tu!!!!

Sky Avenue ni adalah retail SHOPPING COMPLEX sebenarnya yang dikhaskan untuk pengunjung-pengunjung yang datang ke Genting Highlands. Umum mengetahui bahawa Genting Highlands ni adalah tempat pelancongan dan hiburan, yang mana jadi tarikan pelancong dunia yang melawat Malaysia yang mana :

1. Casino macam di Las Vegas, Los Angeles & Macau, China

2. Taman Tema Hiburan Outdoor (renovation) dan Indoor. Yang ni saya dah dah ulas lanjut pada entry yang lepas (klik SINI)

3. Genting Premium Outlet... jadi dah tak perlu lagi ke Johor Premium Outlet. Kan jauh tu? Selain Sky Avenue, ada lagi 2 shopping mall iaitu Awana Sky Central dan First World Plaza

4. Area of Star & Genting Convention Centre kalau nak buat event
SKY AVENUE terletak di tengah-tengah Resort World Genting yang dimiliki oleh mendiang Tan Sri Lim Goh Tong. Ada galeri khas Tan Sri Lim Goh Tong ini di Genting Grand Hotel
Lokasi Sky Avenue Shopping Mall ni pulak boleh refer pada gambar ni yang diambil dari website Sky Avenue. Entry cara nak pergi ke Genting Highlands dan Sky Avenue akan menyusul

So pagi tu kitorang bertolak naik bas menuju ke Sky Avenue untuk seminar yang mana tetiba aku terpilih jadi model ESPRIT hari tu... sabar je lah. Nasib baik pakai high heel hari tu hoi minah pendek. LOL

Ok staff betulkan baju untuk fashion show Esprit
Kawan-kawan kutuk aku masa ni kata au wat muka macam Kendall Jenner. Hello?? JAUH PANGGANG DARI API ye... sebetulnya, iols nervous 😅😅😅
Pagi tu kami diberi sarapan yang best oleh penganjur, thank you so much untuk Blu Inc Media kerana bersusah-payah cari penganjur untuk kitorang bershopping dengan penuh tenaga kejap lagi (dah draw duit banyak-banyak untuk shopping sebenarnya)

Strawberry cream puff... jarang sebenarnya aku makan yang fancy macam ni. Selalunya original 
Makan roti crossaint je yang pasti dengan kopi memang tak tinggal la... tapi limit sehari 1 cup of coffee only, 
Ballroom meeting di sky avenue ni memang cantik cantik ar. Posing jap
Bergambar di tangga keramat. Ko ingat Nora Danish je mampu bergambar di tangga keramat tiap-tiap kali Aidilfitri & AidilAdha?? Kami pun boleh ye!
Untuk hari tu saya datang berdua dengan sahabat baik saya, Kak Zaida dari Bangi. Kenal dia pun since borak-borak dengan dia di Butik Shoes Shoes Shoes di Jalan Telawi, Bangsar *still ingat bila waktu pertama kali bertemu*

Kak Zaida anak dah 3 tapi macam anak dara sesangat! Memang layak dijadikan idola
Kemudian habis seminar kami dibawa menjamu selera di restoran Itali, Sebenarnya di Sky Avenue, restoran paling terkenal di sini adalah Burger Lobster, tapi hari tu kami cuma makan apa yang trip sediakan. Rasa nak datang lagi ke sini dan cuba, mesti sedap sebab saya penggemar Lobster.

antara hidangan di Burger Lobster yang famous
Kami makan piza di Motorino, sedapppp

Ni antara hidangan roti yang ada di Motorino. Yang lain dah ngapp masuk mulut

So lepas lunch dengan konco-konco berjalan lah sambil cari barang-barang nak shopping sebab masa yang diperuntukan adalah 4 jam, dan kami boleh touch up make up di Sephora

Aku dah make up sebelum datang sini. So cuma touch up sesikit je lah, dan kebetulan masa tu ada perayaan Halloween, jadi jurusolek Sephora tanya nak make up gothic ke tak? Ok kak zaida nak... hahaha... tetiba tu yang lipstick nya bertukar warna. Dan ada kawan kami yang Chinese guna lipstik biru, cantik gak

My friend till jannah, insya Allah =)
Kitorang dengan kawan-kawan terpisah sebenarnya sebab masing-masing busy nak shopping. Aku sibuk dengan H&M ye, sebab H&M sini baju-bajunya trendy berbanding di KL cepat sangat habis dan yang tinggal yang tak best je. 

Sesambil shop dengan Maz & Kak Zaidi, sempat lagi buat video. Bila lagi nak hang out dengan kawan kan? 


Ni satu lagi video.... menggambarkan betapa gembiranya hari tu di Sky Avenue. Kitorang dalam masa 4 jam tu ada singgah minum di Starbuck & Nyonya Colors sebab penat berjalan sambil shopping lagi. Sambil borak lagi


Last sekali sebelum balik kitorang dinner dahulu steam boat di Resort Seafood yang sangat sedap dan banyak kuah ada pelbagai jenis.


Sebelum balik bergambar lagi dengan Jessie & Maz... tetiba yang lain pun nak join posing di tangga keramat Sky Avenue... bukan tangga keramat Puan Sri ye 
US

Ok tq so much Sephora & Blu Inc Media!!
OK nak datang lagi bawak adik-adik ke sini... memang seronok! Thumbs up untuk management Genting Highlands!!!

Monday, 19 February 2018

Pengalaman Tidur di Resort World Genting

Hi everybody,

Untuk semua teenangers dan juga working adults.. yang masih dalam mood Chinese New Year, apa khabar dan semoga sihat hendaknya. Sekarang nak buat entry tertangguh 3 bulan yang lepas iaitu pengalaman bermalam di Resort World Genting, Genting Highlands Resort pada 23 November 2017 selama 2 hari 1 malam. Genting Highlands is owned by late Tan Sri Lim Goh Tong, one of the richest man in Malaysia a few decades back.

Kami sampai di Genting Highlands menaiki bas, (entry khas akan dibuat) dan sambung menaiki cable car. Harga cable car dari Awana Genting (terminal bas stand tadi) ke Sky Avenue berharga RM 8 sehala. The price of cable car ride from Awana Genting (terminal bas stand) to Sky Avenue is only RM8 one way and can use within 24 hours, if let say u stop to any station between.

Bila last sekali agaknya korang pergi genting?? Semenjak renovation of Genting Theme Park beberapa tahun sebelumnya, rasanya pengunjung Genting Highlands jadi berkurangan cuma tinggal untuk gambling je. Umum tahun Genting Highlands adalah tempat yang visitor friendly sebab senang nak pergi, dekat dengan KL dan sejuk.

OK ada gak gambar berlatar belakang cable car Genting Highlands!!!

Genting Highlands terkenal dengan:

1- Gambling (main judi) n selalunya jadi tumpuan2 Chinese. Ofismate kitorang asalkan CNY dan dapat bonus mereka akan pergi Genting
2- Taman Tema Hiburan Indoor & Outdoor (renovation)
3- Tarikan Shopping dan pelancongan dalam cuaca yang sejuk

Sebut pasal tempat shopping, sekarang Genting Highlands ada 2 shopping mall yang baru

1- Sky Avenue
2- Genting Premium Outlet (GPO)

GPO ni macam Johor Premium Outlet (JPO) iaitu tempat shopping barang-barang branded yang dah out of season.

Ini adalah gambar-gambar yang saya ambil semasa dalam kereta kabel (cable car) dan saya dapati pembukaan 20th Century Fox Theme Park masih lagi under construction walaupun diumumkan bakal dibuka pada Disember 2017.
Gambaran sebenar 20th Century Fox Theme Park yang bakal siap 
Ini pulak Genting Highlands Theme Park yang lama, aku pernah datang last sekali 5 tahun lepas yang kemudiannya ditutup pada 2013 bagi renovation taman tema yang baru, 20th Century Fox Theme Park, Genting Highlands. In 2013 I went to this theme park 3 times ok... playing roller coaster !!! 😉😉 nostalgia sangat

yang mana taman tema lama ini adalah tempat cikcuran aku dahulu kala... datang balik hari je... sebab bukak pukul 10 pagi. gerak pukul 8.30 pagi dari Kuala Lumpur on weekdsays supaya tak Q panjang =D
Please don't laugh, haha! My picture & friends were playing spider ride in Genting Theme Park, 2013 before it has been closed for renovation. Still young at this time ye? eh 

Serba Sedikit tentang 20th Century Fox Theme Park, Genting Highlands yang bakal dibuka tidak lama lagi (OK, tak sabar sesangat T_T penat menunggu)

1- 20th Century Fox Theme Park in Genting Highlands, Malaysia is the FIRST IN THE WORLD

2- The construction of 20th Century Fox Theme Park will cost RM 2.5 billion and would be expected the main attraction of tourists right after it open soon.

3- 2.3 millions of people would be expected on first year of operation

3- The estimated ticket would be RM 150 or USD 36 per person but subject to the official price ticket soon
if compared to Sunway Lagoon, the ticket for that water park RM 120 per person (Malaysian), RM 70 for kid and RM179 for foreigner.

4- 25 acres of land used for 20th Century Fox Malaysia

Itulah serba sikit kehebatan taman tema Genting yang baru. Sementara menunggu kawan-kawan sampai dari Bandar Utama, saya lunch terlebih dahulu di Sky Avenue dalam restoran yang penuh dengan watak-watak komik DC

Lunch spaghetti Aglio E Olio dan black coffee, sedap kopinya
Selesai je makan kawan-kawan dah sampai di Taman Kura-kura Genting (kawasan tokong & hotel) dan saya pun turunlah tetapi malangnya hujan pulak. Sambil kami menunggu hujan reda, kami berbual panjang tentang jenama-jenama kosmetik dan handbag berjenama *girls talk*

Hujan reda dan minum kopi serta cuci mata tengok pemandangan di sekitar tu, kami pun menuju ke Sky Avenue (shopping mall) guna cable car ye, sebab Resort World Genting ada internal connection dengan Sky Avenue. Hotel pula ada banyak dalam Resort World Genting (baru tahu) dan yang saya menang tu adalah Hotel Theme Park, Resort World Genting. Bilik yang diberi pula Quads Room selama 2 hari 1 malam. Jadilah kan... second time dalam hidup tidur di Genting yang tak payah pakai air cond. Kah!

Sampai je bilik terus landing.. test lembut ke tak haha
Lepas rehat2 landing kitorang bersenam kejap di taman bunga di bawah... dan boleh nampak pemandangan lereng-lereng bukit di Genting Highlands ni. 

Rasa macam di oversea gitu... ahakss
Kami borak-borak berdua sebab masa ni Vera pergi bersenam ke sekitar taman... pastu dia datang. Ini adalah first time mengikuti trip overnight the ladies, sepatutnya berlima tapi yang lain busy dengan komitmen masing-masing.. sebenarnya pergi bercuti bagus, meluangkan masa dengan kawan-kawan untuk mengenali mereka dengan lebih dekat dan belajar perkara baru. Vera banyak bagi information tentang advertising and networking.. such a nice & friendly woman
Kitorang berborak sampailah ke malam.. sambil masak maggi dalam bilik tengah-tengah malan (supper) sebab masing-masing dah sejuk. Masa ni teringat student life dalam 12-15 tahun yang lepas... betapa cepatnya masa berlalu. Sekarang, saya dapat lebih ramai kenalan baru yang saya panggil "networking"

Pagi besok tu bangun sambil-sambil mengemas borak.. sambil borak make up.. sambil borak makan breakfast... sambil borak kitorang selfie hahaha

Lighting clear sangat bilik ni

Banyak betul berborak sampaikan tak sedar hampir 12 tengahari. Sebelum check out kitorang snap gambar bertiga guna monopod aku. Akhirnya ada gak gambar bertiga dengan Maz dan Vera

Our Trio Pic!!!
3 2 action!!!
Selain memenangi penginapan percuma 2 hari 1 malam sebenarnya kami juga diberi buffet lunch di Coffee Terrace, Genting Grand Hotel, Genting Highlands. Berkongsi internal connection yang sama, sangat convenient dan tak berapa jauh dari Hotel Theme Park tadi.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Mr Johnny Tiew dan Md Chua Kah Mun dari Resorts Communication & Public Relations kerana telah menyediakan kami buffet lunch yang sangat sedap bertaraf hotel 4 bintang! adeiii rasa rambang mata betul nak pilih. Semualah sedap! Desset best! Coffee and hot drinks pun best since I am coffee freak!

Dessert yang cantik & menggiurkan!
Ada banyak lagi gambar-gambar makanan tapi bolehlah refer pada link instagram untuk tengok: Buffet Lunch Coffee Terrace, Genting Grand Hotel

Nampak tak aku amik banyak giler? Dessert, spagetti, sayur-sayuran dan ikan dori. Malu gaks, ahaks tapi tak boleh tahan kek Tiramisu dia yang sedap bangat!

Thank you so much Johnny bagi layanan yang ikhlas pada kami & Coffee Terrace yang sunnguh sedap ni 💗💗💗
Selepas hampir dua jam makan borak makan borak... pastu coffee dan borak lagi... hahahah.... akhirnya kitorang nak gerak, saya nak gerak balik diorang masih nak ke strawberry farm
Tq so much Vera belanja breakfast & cofee tadi


Maz dah demam masa ni... sebenarnya nak ucapkan terima kasih sesangat pada Maz sebab jadi incharge atau head untuk trip kali ni.. tak mengenal erti penat untuk set date kitorang. Nasib baiklah masing-masing tak banyak kerenah dan susahkan dia. Looking forward for another trip together ok Maz! Cadang nak ke Langkawi tapi tak jadi. Kalau Genting dah bukak taman tema nya why not kan?? Next entry saya tulis pasal Sky Avenue pulak. Stay tune!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...