Teaser!!!! |
Baiklah sambung daripada entry yang lepas
Tiket yang saya beli itu kalau diamati, ada TRANSIT atau stop di Istanbul Attartuk Aiport, Turki. Perjalanan saya menggunakan Turkish Airlines. Ini bermakna kalau ada transit, kita akan transit di airport negara tu.
Saya makan dalam flight sebagai sahur, boleh tahan juga makanan Turkish Airlines tapi bagi saya Emirates lagi sedap... kopi sedap... roti sedap... then touch down di Istanbul Atarturk Airport, kebetulan terus masuk waktu Subuh.
Jadi memandangkan transit sahaja, maka saya leka menikmati keindahan kafe-kafe yang ada di sekitar airport... tengok orang keluar masuk... dan mengambil gambar dek kerana mengagumi kecantikan kafe atau restoran yang saya tengok tu. Nak makan tak boleh, sebab puasa masa tu. Memandangkan itu adalah hari pertama saya bermusafir, rasa sayang pulak nak berbuka.
Ok sebahagian daripada video IG.. maaf lah saya ambil melintang handphoone tu bukan menegak. Apa yang aku beli pada masa tu, cumalah charger iphone.
15 Euro jugak beli charger Iphone |
Saya mendarat di Airport Charles De Gaulle (CDG) dan berpandukan train, saya menuju ke hotel yang saya tinggal hari itu iaitu Jacobs Inn. Then sambung lagi flight selama 3 jam maka.. sampailah saya di Paris Areport, Charles De Gaulle.
Aiport CDG Paris ni serious bosan, tapi agak user friendly. Nak pergi train menuju bandar Paris, cuma tukar Terminal je. Dah tak ingat Terminal berapa, saya kalau travel memang memanjang cari Information Counter je. haha!
Train menuju ke Paris dalam 1 jam perjalanan... siap delay ok.. tetiba stop.. ada banyak gak mat salleh yang fedap dan turun terus even belum sampai lagi di stesen yang dikehendaki. Saya turun di Gare Du Nord, iaitu tren sentral, ia seolah-olah macam KLIA transit ke KL Sentral lah. gitew. Harga tiket 10 Euro bersamaan RM 48.30... huhu... mahal kan... terkejut gak masa bayar tu harga tiket train sampai 10 Euro... sebab masa di Schipol Airport (Amsterdam) dulu nak ke Amsterdam Centraal cuma 3.30 Euro je... maybe sebab dekat sikit.
Sampai Gare Du Nord, nak cari hotel. I decide naik teksi je. Sebab tak pasti apa stesyen Metro yg berdekatan hotel. Teksi driver situ semua daripada Algeria... orang Arab / Qurdish. Dan teksi situ ikut que. Maka salah sorang daripada diorang hantarlah saya ke hostel ikut alamat yang saya tunjukkan...
Cara Ke Hotel Jacobs Inn dari Airport CDG
Mula-mula dari Airport CDG tu, korang akan berada di Terminal 1. Untuk ke Bas Sentral dan Train Sentral, silalah naik shuttle percuma (macam monorel) dari Terminal 1 ke Terminal 3. Masa ni saya siap cari Info Counter (bukan Marion Caunter ye) untuk tanya bagaimana ke tren station.
Still simpan lagi! hehe... ye, memang akan digunakan buat rujukan pada masa depan. |
Dah sampai Terminal 3, kena jalan sikit ke bas station atau tren station. Tren sentral yang orang selalunya pergi adalah Gare Du Nord Menghala ke Massy Palaiseau. Sebenarnya saya refer pada goggle maps: SINI
Tapi sebenarnya, korang tak payah turun di Gare Du Nord pun takpe, beli tiket ke Station Barbes - Rochechourat so tak perlulah naik teksi ke Jacobs Inn. Sebab station ini betul-betul bertentangan dengan Jacobs Inn. Adehhh... tak semua goggle tu bagi info yang tepat ye.
Sepanjang perjalanan tu, driver Arab tu bagitahu saya serba sedikit pasal Paris... Paris banyak immigrant, banyak foreigner.. pastu tempat yang saya stay tu banyak orang Arab Algeria yg jual dadah.. jalan tu mcm Chow Kita. Gulp! ye ke?? alamak takutnya.. tapi mujurlah hotel saya tu terletak di hujung jalan Barbes tu. Pastu melintas terus je ada Metro station.
Lepas bayar tambang teksi 7.30 Euro, masuklah saya ke hotel. Naik tangga ok. Pastu turun bawah ke hall tu & mula bercakap-cakap dgn staff hotel tu, orang Arab Morocco. Baik sangat & very helpful.
Then sampailah ke hotel, lega sangat. Hotel ni saya booking separate dgn beberapa malam, tapi basically cuma 22 Euro sahaja satu malam murah, kerana berkonsepkan hostel. 22 Euro bersamaan RM 110 jugak satu malam untuk currency exchange masa tu. Ehem.. sedar sikit kita di Paris ye! So memang mahal! Nak murah tak payah berjalan, haha
Then aku jengah tengok dapur & dining room dia. Dah nama pun hostel, tak payahlah nak expect adanya kemewahan yachh
Kenapa saya pilih Jacobs Inn? saya pilih hostel mengikut saranan Adikku, Siti yang saya kenali di Swiss hari tu (dah cerita dalam entry yang lepas). Dia kata mana-mana tempat travel dia akan cari tempat yang ada dapur, supaya senang nak masak terutamanya pergi ke negara Barat, kena masak sendiri. Beli barang dapur di Carrefour dan masaklah. Kalau makan di luar, contohnya Paris ni banyak kedai pastri, takut dalam kek ada wine. Takut dalam roti TAKDE babi, tetapi overn yang digunakan adalah oven yang sama untuk roti yang ada pork.
Ni dining room yang lama kelamaan jadi tempat hang out & berborak sakan dengan kawan-kawan serata dunia ye! Nantikan entry nya |
Dari Station Barbes Rochechouar ke tempat Eiffle Tower
Ok sebenarnya korang ada pilihan untuk naik Metro (bawah tanah) atau Bas. Macam korang di sini nak naik bas atau tren yang lagi senang?
Bagi aku... senang lagi naik bas sebab boleh tengok pemandangan dan bangunan-bangunan sepanjang bandar. Lagipun naik bas, tak sakit kaki turun naik tangga berbanding kalau korang train/monorel/dll kan?
OK, korang kena beramah mesra sikit di kaunter Metro. Petugas sangat helpful, cuma ko kena ucap Boujour (mu-jo) sebelum proceed ye, kalau tak diorang tak layan! haha.. aku dah terkena πππ
Then, tanya dia ko nak pergi mana. Dia akan adivce ko. Dan, tak payah risau untuk ke tempat lain sebab once ko dah sampai Eiffle Tower, ke tempat lain cuma jalan kaki. So, beli 1 tiket je untuk hari tu selagi ko berjalan dalam bandar dan harga tiket 1.7 Euro. Mintak MAP untuk tahu kedudukan sigature attraction yang korang nak pergi.
Contoh map Paris |
Kalau naik bas, boleh tanya pada mana-mana driver bas korang nak ke Eiffel Tower ke, Arch De Trompe ke (sebab dari Arch De Tromphe ke tempat bergambar Eiffle Tower cuma satu row kedai je jalan kaki) so dia akan bagitahu bas nombor berapa. Ko sebut je, Eiffle Tower! haha senang kan? Tambang pun murah, 2 Euro. Berjalan lah ko merata lepas tu π
Arch De Tromphe |
Actually, tempat ni macam roundabout. Memang penuh kereta dengan traffic light lagi. Kalau bergambar pun atas laluan pejalan kaki je.
Aku snap ni bukan atas jalan ye... tapi atas pedestrian way |
Kalau malas nak berjalan, dari Arch De Tromphe, ambil bas nombor 31 untuk ke Eiffel Tower.
kalau betul nak ambil gambar berlatar belakangkan Eiffle Tower, kena turun di station: TrocadΓ©ro
Ko akan dapat view macam ni =) |
Kebetulan aku dapat ambik view yang agak cantik jugak kebetulan cuaca baik... hehe |
Makan!!! |
Berjalan je sekejap menyelusuri Arch De Tromphe dan Champ Elysee tu tadi, jumpalah Laduree. Alhamdulillah sampai juga aku ke sini :) |
Pemandangan sepanjang perjalanan ke Laduree
Bangunan-bangunan kedai yang sangat klasik kiri dan kanan jalan Jumpa gak butik-butik mewah seperti Chanel & Longchamp |
Pemandangan di dalam sangat mewah! Woww... padahal bagi orang Paris, biasa je pun
Happy face sambil-sambil risau kadar gula dalam badan akan naik lepas makan ni ππ |
Masa ni bahagian luar takde orang pun =) |
Layanan orang Paris terhadap saya pun baik, siap ambil kan gambar untuk saya =D |
Museum Le Lourve |
Pemandangan dekat |
No comments:
Post a Comment