Hi all.. saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Salam ramadhan al Mubarak dan Salam Aidilfitri pada raya yang bakal menjelang. Saya nak ceritakan sedikit iftar saya oleh jemputan jenama fesyen yg terkenal, AERE dan pengasasnya tak lain dan tak bukan Raja Nadia Sabrina
Untuk yang tak mengenali dia, Raja Nadia Sabrina adalah sepupu Rizal Ashram (bekas suami Nora Danish & Fasha Sandha).
Masa mula-mula dapat jemputan tu, agak terkejut tapi gembira kerana terpilih oleh team Aere untuk menghadiri iftar bersama mereka. Ni kad jemputan mereka yang dihantar melalui email :)
Camane saya dapat jemputan ni? Sebab saya adalah antara 30 orang Top Spender jenama Aere ni untuk tahun 2017. Itulah sebabnya saya dapat invitation ni.
Maka bermulalah sesi goggle gogglean tempat acara tu nanti. KL East Gallery? KL East? Rupa-rupanya jauh giler ye... kena ikut MRR2... alamak, highway yang paling tak disukai sebab terkenal dengan jemnya
Bila sampai saya disambut oleh team Aere termasuk lah Raja Nadia Sabrina sekali. Happy dapat tengok muka dia! Ini bukanlah first time saya jumpa dia in person, tapi rasanya dah kali yang ke 3. Sebelum ni di event Aere yang lain
Ok tempat duduk I. Rasa special kejap :) Thank you Aere Team for served me
The set up
Cantik kan restoran ni? :)
Raja Nadia Sabrina & team Aere
Bila sampai diorang bagi speech sikit mengalu-alukan kedatangan jemputan. Jemputan selain 30 Top Spender AERE, kebanyakannya adalah kawan-kawan sekolah Raja Nadia Sabrina & ahli keluarga dia.. huhu... tahu ni sebab saya duduk semeja dengan diorang... kebanyakan mereka datang dengan family.. hanya Top Spender sahaja yang dijemput individu
Pilihan menu untuk hari tu. Main course yang ditawarkan adalah Jibby East Platter, Crispy Buttermilk Chicken Burger & Seafood Aglio E Olio. Kalau ikutkan ada banyak lagi main course yang lain. Boleh tengok menu yang ada. Apa nak pilih antara 3 ni
Guess what? Of kos lah spagetthi kan!
OK sedap sesangat dan pedas! Memang menepati taste i sesangat!
Sebelum makan selfie dulu
Skirt & baju Aere yang saya pilih untuk dipakai pada hari itu... skirt siap hantar pergi alter sebab dah terlalu labuh (i lost some weight for this Ramadhan) kalau nak attend event memanglah kena bersiap-siap ye. You need some effort for attending an event :)
A beautiful heart woman... itulah dia Raja Nadia Sabrina
Lepas mingle around duduk balik... order dessert pulak... ada pavlova, ada chocolate cake, tapi saya pilih Chocolate & Caramel Cheese Cake digandingkan dengan Caffe Latte. Saja nak try. Kalau sedap nak bawak family datang makan kat sini
Marvelous!
Event habis dalam pukul 9 jugak, saya stay dalam 9.30 sebab nak habiskan kek dan berbual sekejap dnegan team AERE, nak tanya pasal sizing & launching diorang yang terbaru... balik rumah kam dibekalkan cenderahati daripada AERE.
Ada tudung AERE yang terbaru dalam ni... dan lain-lain goodies sampingan. Tq AERE
Overall rasa happy sebab dapat join event dengan favorite fashion i. To be honest, semenjak kenal jenama AERE pada tahun 2016 (AERE diasaskan pada 2014) saya tak berapa membeli pakaian dari jenama lain... saya prefer AERE... sebab design dia terletak di badan saya.. saya percaya kalau awak pernah pakai fesyen AERE awak akan setuju. Dan, proper design jugak siap dengan lining & ada spare button dibekalkan. AERE bukan fesyen cikai-cikai jual skirt sehelai... baju sehelai sepertimana website fesyen yang lain... dalam siap ada lining ok, either skirt or pants or jacket semua ada (yang t-shirt or kemeja tu maybe tak perlu). Entry berkenaan boleh rujuk sini camane first time saya kenal jenama AERE. Fyi AERE boleh didapati di web FashionValet.
Oh ya, untuk yang berminat nak mencuba menu-menu di Jibby East & menikmati suasana cosy atau buat apa-apa event, bolehlah hadir ke premis mereka. Harga dalam RM 30 je sepinggan, tak jauh berbeza kan dengan restoran yang lain? Tapi sedap nya berganda!
Bagaimana untuk ke Jibby East?
Tak guna waze pun takpe sebab nak cari senang sangat. Dari Kuala Lumpur atau Selangor, korang ikut MRR2 straight je dan keluar exit TAMAN MELATI (SELEPAS BOMBA) terus cross flyover ke kanan. Itulah KL East Gallery. Ada banyak parking dan percuma don't worry :D
No comments:
Post a Comment