Salam sejahtera,
Menjawab persoalan beginner, berapa awal kita kena berada di airport bergantung kepada 1 faktor sahaja iaitu: WAKTU BERLEPAS. Saya akan bagi guide untuk orang yang baru dengan dunia travel & kongsi sedikit pengalaman saya selama ini supaya mudah untuk diingat.
Contoh, waktu berlepas pukul 9 pagi. Secara umumnya penumpang perlu berada di airport 3 jam lebih awal (6 pagi).
Namun begitu, waktu berlepas sebenarnya boleh dilambatkan sedikit sekiranya tiada keperluan check in luggage (beg masuk ke kargo yang tidak boleh dicapai sepanjang penerbangan berlangsung). Tip ini digunapakai untuk orang yang bekerja menggunakan flight setiap masa. Bagi orang yang travel dan menaiki kapal terbang beberapa kali setahun, mungkin kita rasa tak kisah untuk menghabiskan masa tiba di airport lebih awal untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Tetapi bagi orang yang meneruskan kelangsungan hidup dengan mengejar kapal terbang (cth: cabin crew, expatriate, pihak produksi yang sering melakukan shooting merata tempat seluruh Malaysia, pembekal barangan import, pedagang MITI) tiba awal di airport bakal mengambil masa peribadi mereka yang mungkin boleh digunakan untuk bersama keluarga. Bagi mereka, buat apa membazir masa menunggu berjam-jam di airport tu?
Kalau dilihat gambar rajah yang saya buat di atas, ada 4 step yang perlu dilalui. Itulah sebabnya, paling utama kena tahu pukul brape flight berlepas, print boarding pass & travel iterinari & pastikan passport melebihi 6 bulan dari tarikh berlepas.
Step 1: Check In Counter (jika ada luggage)
Air Asia sekarang boleh check in online seawal 2 minggu sebelum flight. Namun, saya sering terlupa print boarding pass sebaik sahaja membeli tiket online (kerana check in kena buat later on) tetapi tak mengapa.... kerana masih boleh dapatkan boarding pass di mesin airport atau di kaunter check in luggage. Kelebihan check in online secepat yang mungkin, ia akan mempengaruhi kedudukan tempat duduk di hadapan - jadi anda akan keluar terlebih dahulu dari kapal terbang.
Kaunter check in luggage dibuka 3 jam lebih awal, selepas melihat status FLIGHT NO di skrin macam ni.

Kaunter check-in adalah tempat beg korang akan ditimbang, print boarding pass (paling penting) kalau nak request apa-apa pun boleh.... Contoh, semasa di Phuket, saya dapat kawan baru semasa menaiki pesawat Malaysia Airlines yang sama dengan saya (Peguam Kanan Jenayah Selangor). Beliau request nak seat bersebelahan dengan saya... dan staff MAS telah buatkan tanpa masalah. Tapi tak tahulah - kalau permintaan dia tu ditunaikan disebabkan dia lawyer kottt
Sebenarnya kalau beg anda cumalah taraf hand carry, tak perlulah check in kargo kerana,ia akan melambatkan anda menunggu beg setelah tiba di destinasi.
Step 2: Immigration (Passport checking)
Mula-mula berjalan ke gate masing-masing, ada cabin crew yang akan check saiz & berat luggage (kurang 7 kg). Tapi saya telah bertindak bijak dengan membeli luggage bersaiz 22 iaitu paling MAKSIMUM boleh dibawa naik ke kabin. Dan kebiasaannya berat luggage saya 7.2kg & masih dibenarkan naik, huhu
Rasanya dalam entry yang lepas saya ada bagitahu apa yang ada dalam luggage 7 kilo tu.
Immigration ini step paling penting untuk kawalan perjalanan oleh PTPTN, CCRIS, Imigresen, PDRM dll tahanan. Oleh itu sebelum membeli tiket kapal terbang, silalah check dulu di website imigresen supaya anda tidak rugi ye.....
Saya ada banyak kawan-kawan yang ditahan PTPTN untuk ke luar negara dan untuk melepaskan kawalan tersebut kena membayar 2 ribu ke PTPTN, bukan di airport ye. Harap maklum
Step 3: Kastam & Security
Ini yang masukkan beg dalam mesin bergerak.... yang akan remove gunting & pisau lipat saya, haha... yang akan membuang semua kosmetik yang melebihi 70 ml tak silap (selepas beli tiket online sila BACA manual syarat-syarat flight masing-masing... setiap airlines berbeza sukatan ye. Dan perubahan akan berlaku dari semasa ke semasa, itulah sebabnya kena baca sendiri website rasmi).
Semasa saya ke Bandung, rakan baik saya telah rugi SEMUA kosmetik Mary Kay nya kerana dia bawak botol besar kosmetik dalam hand carry. Seperti yang saya tegaskan, kalau nak bawa botol besar boleh, kena masukkan dalam beg check in. Kalau memang bawak hand carry anda kena transfer semua syampu, cleanser dll dalam botol yang kecil. Ini basic knowledge.
Botol air- air dalamnya perlu dikurangkan ke syarat minima. Saya minum & tinggalkan sikit air pun takpe, atau kosongkan. Airport yang baik adalah yang ada water dispenser sehinggalah ke boarding gate.
Step 4: Boarding Gate
Inilah pintu sebelum masuk ke pesawat. Boarding Pass sangat penting kerana mengandungi:
- Boarding Gate
-Boarding Time
- Seat no
Kadang-kala, lagi setengah jam sebelum flight pun masih belum nampak kapal terbang kita.
Boarding time adalah setengah jam sebelum gate ditutup bersamaan 50 puluh minit sebelum berlepas.
Waktu gate ditutup pula (penumpang dah masuk dalam kapal) adalah 20 minit sebelum waktu berlepas.
Jadi sekurang-kurangnya 50 minit anda dah kena sampai di boarding gate. Saya bagitahu ni, kerana saya sendiri suka duduk dahulu di Starbucks atau pun shopping di Clarins (sebab tax free) beli kosmetik untuk stok setahun, sampaikan terlambat, then kenalah berlari lepas tu huhu....
Sebab apa kena ada 50 minit awal? sebab kadang kala flight anda delay dan anda perlu mendengar pengumuman, ke manakah gate anda bakal ditukar. Mula-mula Gate Z, sekali tukar gate C. Telahpun saya alami semasa di Bandung & Istanbul dahulu, huhu....
Kalau di Indonesia, hati-hati sebab tau jelah penumpang kat sini perangainya macam mana... masa annoucement boleh diorang buat bising, seriously perangai low class...susah nak dengar gate mana kami ditukar.... memang lah dapat makian saya, huhu...
Kemudian bolehlah anda masuk ke flight mengikut zone, kerana Business class & Premium Flatbed akan dipanggil terlebih dahulu. Diikuti kelas ekonomi. Ikutlah arahan petugas penerbangan tanpa complain atau merungut sana sini kerana mereka nak handle banyak orang.... sedangkan penumpang cuma handle diri sendiri sahaja jadi, bertimbang rasalah ye.
Jangan lupa ucapkan terima kasih kepada petugas penerbangan & jangan lupa naikkan sendiri luggage anda ke dalam compartment, kerana ia bukanlah tugas anak kapal.
Semoga anda mendapat ilmu baharu hari ini :)
No comments:
Post a Comment