Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Thursday, 21 July 2011

Pasar Ramadhan Presint 2 Putrajaya.

Kelmarin aku jengah Pasar Ramadhan Presint 2 dengan niat di hati nak cari Kek Lapis.
Pusing-pusing takjumpa. Takpelah, aku tunggu karnival Jom Beli Barang Raya sebab tahun lepas ada jual kek lapis kat situ.

Aku dapati seperti tahun-tahun sudah, selalunya peniaga Pasar Ramadhan adalah orang yang sama berniaga tiap2 minggu Pasar Tani. Cuma pasar ramadhan bertambah orang baru.

Tapi seperti tahun-tahun lepas, kebanyakan makanan Pasar Ramadhan Presint 2 Putrajaya adalah yang TERMAHAL, TERKECIL/TERSIKIT makanannya dan TAK SEDAP.

Ada kalangan peniaga yang suka letak harga sesuka hati. Contohnya peniaga kek. Minggu pertama 40 ringgit sebiji, next weeknya tanya balik 45 ringgit sebiji untuk kek coklat marble. Aku beli sepotong je (2.50) sebab nak test untuk kek birthday aku masa tu.

Balik rumah buka puasa makan... tengik ko kek dia! Agaknya kek tu dah lama atau guna bahan lama.. Kek tu nampak baru dan fresh sebab disalut coklat tebal2. Tapi lidah tidak menipu.

Sup utara kat situ sampai 4 ringgit ketika tempat lain jual 3 ringgit sebungkus.
Murtabak pun 4 ringgit ketika tempat lain seperti Lot 10 masih menjual 2.50 sekeping.
Yang aku perasan turun harga adalah puding caramel daripada tahun lepas 3 ringgit jadi 2 ringgit sepotong.
Tempoyak daun kayu satu senduk 3 ringgit. Beli jugak ko sebab teringin makanan N9.
Kalau beli santan, pasar tani lain jual 1.80. Tapi di presint 2 tu dijual 2 ringgit sebungkus.

Makanan nak kata sedap.. kebanyakan hancur. Yang sedap cuma peniaga yang memang ada kedai makan yang buka gerai di situ. dan juga peniaga2 yang diyakini sedap masa jual di Pasar Tani. yang lain... banyak yang tak kena.

Sebenarnya diorang ni silap. Diorang anggap rakyat Putrajaya tu tak putus duit sebab staf gomen income tetap. KUASA BELI TINGGI kononnya.

Padahal diorang lupa bahawa staf gomen bukannya kaya. Orang kaya di Putrajaya tu tak sampai 5% itupon golongan atasan seperti datok2 dan pengarah je.

Kalau nak letak harga mahal-mahal, juallah di tempat korporat. spt PJ dan Damansara.

Tuesday, 31 August 2010

Biskut Raya mama Hanis Zalikha

Mungkin agak terlewat untuk saya wish Selamat Hari Merdeka ke-53 pada hari ini. Pagi tadi tengok siaran langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil, rasa ada sentimental value bila pasukan tentera turut serta buat persembahan. Nyesal tak pergi stadium, ngee..


Mengambil kesempatan budi baik beberapa syarikat konsesi yang bagi tol FREE (Litrak) dan diskaun sempena hari patrotisme, i pon dapat idea nak pegi collect biskut raya yang i tempah. Actually my mom pun buat biskut raya jugak, tapi sebagai manusia biasa, i pun teringin juga nak rasa biskut raya hasil tangan orang lain.


So geng, i'm just comeback from one of the Sime Darby elite resident iaitu Bukit Jelutong. Siapa lagi kalau bukan dari rumah Auntie Nani iaitu mama kepada model terkenal yang cantik manis, Hanis Zalikha. Jaraknya kurang dari 50 km dari rumah, fuhh.. nasib baik tol free.


Kebetulan petang tadi hujan. Sampai di guard house i kena scan IC you.. kontraktor mana lah yang buat tu kan. Haruss lah i citer kat hubby bila balik rumah. So bila sampai rumah Aunty Nani tengok2 anak lelaki dia dok tercongok depan pintu. Ajak i masuk.. isk segan i sebab rumah kan privacy. Tapi i masuk jugak la, huhu.. tengok ruang tamu penuh dengan kotak-kotak besar berisi biskut raya. Harusss lah untung sampai 30,000 kot raya ni ye aunty, hehe..


Oklah jom tengok biskut apa yang i beli

Dari kiri Chocolate Chip Butter Pican, Snow Drop, dan Classy Pandan.


On the way balik rumah memang tak sabar nak try ok.. teruja dengan kaler hijau Classy Pandan. Tapi bila dah try, emm yummy... terus jatuh cinta dengan Snow Drop! Rasa dia sangat kick gitu & memang tepat taste i. Classy Pandan pulak i macam pernah rasa sumwhere, macam samprit kot?? Namun apa yang pasti ketiga-tiganya amat mengancam. Kena simpan ni nak bagi my mom rasa. Rasa menyesal pulak beli sikit. Tapi takpe, raya haji atau raya tahun depan harap boleh order lagi ye auntie..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...