Wednesday, 20 March 2013

Malindo Air

Mungkin ramai yang dah tahu tapi nak komen jugak.... Mulai 1 May 2013 ni the brand new air craft, Malindo Air bakal memulakan operasi mereka. Hari tu Ir. Ridzuan ada citer pasal perkara ni kat saya beberapa bulan lepas, kalau betul ini jenama yang dimaksudkan Masreena ucapkan tahniah atas kejayaan team dia ni. Harapnya cepat-cepatlah buat penerbangan Haji, Umrah dan ke Busan (Korea) tu... insya Allah tak lama lagi akan launching Kartika Airlines pulak

Menggunakan pesawat jenis Boieng 737 900ER, Malindo Air muncul sebagai satu lagi option penerbangan murah di negara kita. Tapi sejauh mana murahnya mungkin tidaklah hingga menyaingi Air Asia sebab saya difahamkan Malindo Air adalah penerbangan kelas pertengahan. Berbanding Air Asia.... kelas terendah, hehe


Tapi sejujurnya, pendapat peribadi saya sebagai rakyat Malaysia kita lebih sukakan penerbangan paling minima... means paling murah yang kita boleh dapat. Sebab apa yang penting, kita sampai dengan selamat ke destinasi. Betul tak?? Tiket kapal terbang bukan macam pengangkutan lain sepertimana kereta, train, mahupun bas yang banyak interchange ataupun yang boleh dikongsi ramai-ramai kos nya.... jadi nak tak nak, tiket flight adalah perbelanjaan yang paling UTAMA dan paling MAHAL berbanding kos-kos lain ketika travel.


Oleh sebab tu lah... Air Asia sangat mendapat tempat di hati rakyat Malaysia khususnya.... belum campur negara-negara lain lagi. Namun rasanya tak perlulah korang high expectation terhadap Malindo Air ni kononnya sebagai bakal pesaing Air Asia! Apa yang penting, wujudnya variety of services akan menguntungkan pengguna bagi memecahkan monopoli Air Asia di samping Malaysia Airlines dan Firefly. Tawaran dari pelbagai jenama penerbangan akan menguntungkan kita juga.... kalau MAS buat promotion kita lari ke MAS... kalau AA buat promotion kita lari pulak ke dia.... and the cycle goes on.

Berpengakalan di KLIA2 Sepang, Malindo Air akan hubungkan bandar-bandar besar Indonesia dengan Kuala Lumpur. Sebabnya NADI (National Aerospace & Defence Industries Sdn. Bhd.) sebagai 51% pemegang saham dalam Malindo Airs, manakala selebihnya daripada PT Lion Grup dari Indonesia. That's why untuk operasi awal ni Kuala Lumpur, Jakarta dan Bali dijadikan base utama dan juga dihubungkan ke Australia. Bila dah well-operated dan bilangan pesawat dah bertambah barulah boleh luaskan rangkaian ke negara-negara lain pulak. Ewah buat iklan free pulak kat sini.

Lastly, diharapkan pasni bolehlah dapat tiket promosi untuk ke Indonesia dan Australia tu... sebab dalam hati ada jugak cita-cita nak tengok tinggalan gunung berapi di Indonesia. Mungkin dengan wujudnya Malindo Air ni akan jadi stepping stone kepada saya untuk realisasikan impian tu. Australia pulak, masih belum terfikir lagi untuk buat sebagai list terawal, apapun kalau ada peluang apa salahnya kan?? Btw, saya hanya mampu usaha... kita yang merancang tapi Tuhan tentukan  *_^



2 comments:

:: CIKVIVA :: said...

Gud luck for malindo...

ibnu marzuki al firdaus said...

Send ur link 2 KarenLow@malindoair.com & u might get free OFFICIAL maiden flight 2 KCH ;)

She is head sales

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...