Sambungan daripada entry yang lepas, petang tu saya cuma sempat ronda-ronda sekitar hostel dan mengambil angin di kawasan berdekatan. Masa ni masih lagi spring yang mana malam sejuk dan sedikit salji, memang agak seksa sikit sebab tandas di bawah, bayangkan kena keluar sejuk-sejuk tu pergi tandas.. memang gigil. Malam memang takde aktiviti dan kawasan di situ 100% selamat... pasal apa aku kata macam tu, hostel langsung tak berkunci, owner hostel pesan nothing to worry here, LOL
Hari kedua, bangun awal sebab belum confirm apa aktiviti nak buat. Kalau korang ada plan nak buat sesuatu aktiviti, silalah bangun awal untuk segera ke tempat yang dituju. Taklah sampai kena Q panjang nanti... kita di Swiss selalunya takkan ambil masa yang lama, sebab kos penginapan tinggi... kos pengangkutan awam juga tinggi.. lagi lama kau duduk semakin bertambah kos nanti. Jadi rancang lah sebaiknya
Naik semula bas yang sama ke station Lauterbrunnen semalam, untuk menuju ke Murren. Sebenarnya ada dua pilihan destinasi utama iaitu:
1. Schiltorn
2. Jungfrau
Saya memilih ke Schiltorn sebab boleh nampak kemuncak Jungfrau dari Schiltorn. Jadi, dari Lauterbrunnen tadi saya cuma naik cable car sahaja ke Murren hinggalah stop ke atas. Masa dalam cable car inilah boleh nampak lereng bukit dan kawasan pergunungan yang indah sekali.
|
View from cable car |
Then sampai atas terus naik tren... senang je. Tak payah susah-susah nak fikir sebab tren tu memang menghala ke Murren iaitu kawasan kampung di atas bukit. Dan awas, barang-barang sangat mahal di atas tu. Tapi masa ni ada jugak saya singgah beli coklat
Kena jugak berjalan-jalan menelusuri kampung Murren ni untuk menaiki cable car in the other side untuk ke Shiltorn. Untuk naik cable car ke Shiltorn, ada bayaran tambahan dalam CHF 37. Sampai dia stesyen Gimmewald, either korang turun semula ke bawah (Stechelberg) atau naik ke atas (Schiltorn) dengan sedikit bayaran tambahan tadi sekiranya ada Swiss Pass.
Masa ni sesuatu berlaku iaitu iaitu kabus terlalu tebal.... bila saya check di kaunter, kaunter tunjukkan saya screen yang ada kamera dari Schiltorn dan memang kabus terlalu teruk tak nampak apa-apa even Jungfrau sekalipun.... Allah... masa ni insaf sekejap kenapa lah aku datang waktu spring... aktiviti kritikal macam ni sepatutnya datang on summer.
Masa tu diam terduduk jugak lah.... dah datang jauh-jauh tapi tak dapat tengok signature attraction tempat tu... sedang-sedang duduk tu, ada uncle orang local Swiss tanya saya apa yang saya tunggu, saya ceritakan pada dia dan dia macam encourage saya untuk still pergi ke Schiltorn untuk tengok Piz Gloria ke... tapi dalam hati saya tak bersetuju pun sebab Piz Gloria tu hanyalah restoran. malas nak argue dengan orang tua, he seems nice and try to push me to appreciate that place, I understand that and feel he's so sweet and kind heart :')
Even sebelum dia turun ke Stechelberg pun masih sempat "just go and see" even dah melepasi palang. Rasa terharu sekejap, baik-baiknya orang Swiss ni :)
"OK i will go sir, I'll wait the mist getting down.. no worry"
Pastu dalam 20 minit gak tunggu check di kaunter, masih jugak kabus terlalu tebal. :(
Sedang duduk sorang-sorang tu... saya pun nampaklah seorang wanita bertudung, seorang diri> Tapi taklah saya tegur sebab dulu pernah tegor someone bertudung di Vietnam, ingatkan perempuan Melayu rupa-rupanya Indon... LOL.
Tengok-tengok dia tegur saya dulu. Melayu rupanya.... tak sangka plak. So kitorang pun berkenalanlah... kebetulan, dia pula orang KL. Ngam lah, i dari Putrajaya je. U sorang ke?
"Memang travel ke sini seorang diri, tapi akan bertemu dengan geng Travel Less Pay More beberapa hari lagi dan akan travel bertujuh. Tapi saya sekarang datang dengan 2 perempuan kitorang kenal di hostel je..."
"Mana yang lain...?"
Tiba-tiba datang seorang perempuan India dan bagitahu "we waiting for Yuan she finding her shades.."
Shades dah tercicir sebab baring atas salji tadi, katanya.
Sementara tu pulak saya check semula kaunter, keadaan di Schiltorn masih jugak berkabus. Petugas tu pun advice saya "We understand that you need to pay another CHF 37 to see the view from Schiltorn, but I think its not worth it for you to spend money to see something not clear at all. CHF 37 is not cheap.."
Ya allah baik & professional betul mat salleh ni semua... berbeza sangat dengan negara-negara Asia Tenggara... kalau negara lain, mahu didesaknya kita pergi asalkan diorang dapat duit kan. Thank you so much! So I putuskan kena move on jugaklah
Then saya kembali semula pada Siti, dan bagitahu dia i nak turun. Dan kebetulan diorang bertiga memang nak turun, so we ols pun turunlah sekali. Dah dapat kawan baru :)
Since saya tiada apa-apa perancangan memandangkan Schiltorn tak menjadi T_T maka Siti menjemput saya ikut mereka ke hostel untuk makan tengahari. Jadi saya pun menurut sahaja
|
Ini station kereta kabel |
|
Swiss :) |
|
Dalam perjalanan turun... diorang tolong ambikkan gambar |
Sebenarnya ada satu video dalam perjalanan turun dengan cable car tapi video tu horizon... aku tak tahu camane nak tegakkan, adehh... video air terjun sebab tak dan snap gambar... kan ada berapa saat je atas tu.
|
Ini sekeping je gambar air terjun dari cable car. Video, saya try edit jadi menegak baru upload. boleh ke? |
Then bila dah sampai bawah, kawan-kawan baru ni ajak masuk ke Tummlebach Falle yang terletak berdekatan dengan tempat cable car turun. Since program Schiltorn dah hancur, aku rasa apa salahnya ikut diorang ni. Open my mind.
|
Cakkk... dah sampai bawah, tengah tunggu bas ke air terjun =D |
Don't have snow anymore at down area... sesambil tunggu bas, kitorang makan coklat yang aku bawak yang dibeli di Murren... sedap jugak
|
The entrance of Trummelbach Falle (air terjun) |
|
Beautiful waterfall |
|
Ok entrance fee CHF11 bersamaan hampir RM50 pada masa tu... layan kan aje, to see beauty. Belum tentu aku larat nak menjejak sini lagi bila umur makin tua |
|
Us =) |
|
Me =) |
|
We climbing up the staircase to find up the most highest water fall.... |
|
Be careful to snap picture at this time because quite dangerous |
|
Hey |
|
OK dah penat... jom turun |
|
The scenery was sooo beautiful |
|
Making friend around the world... during my journey. Tq Allah to find me great people with kind heart =D |
|
Ya Allah.... How nice Swiss :) |
Dah habis tengok air terjun... kitorang nak balik lunch. Siti and the friends keep asking me to join them in their hostel. Valley Hostel is just nearby Lauterbrunnen Train Station/Cable Car Station. Cuma guna balik Swiss Pass tadi ye
|
Kitchen in the Valley Hostel... nice |
|
The view from Valley Hostel |
Di hostel kitorang masak... Siti cakap dia bawak Brahim Nasi Lemak & Nasi Goreng, ajak saya makan sekali sebab nak habiskan bekalan ni semua... untuk kurangkan berat beg.. sebab dia gunakan bag packers... berbanding saya yang menggunakan luggage. Kitorang pun masak makanan masing-masing, Monika have sandwich and cereal, while preparing her food she told me about her travel during 2 weeks in Europe... at the same time I help Yuan to cook her chicken steak, even we don't have enough oil, LOL.... berdekatan hostel ada mini market untuk korang beli sayur-sayuran dan barang basah untuk di masak di hostel. Siti bagitahu, dia memang pilih hostel yang ada kitchen supaya boleh masak. Siti keluarkan pack Brahim untuk dimasak dan buat air teh O.
|
Thank you friend for having me for lunch... really appreciate that.. Siti make black tea for us and the taste was very nice OK.. Yuan drink some more :) |
|
Me in Valley Hostel, Lauterbrunnen |
Kemudian kitorang start balik perjalanan untuk ke Jungfrau tapi tak menjadi pun... sebab dah lewat. So kitorang bersiar-siar dan ambil gambar sebab masing-masing dah penat bermonopod/berselfie sebelum kitorang berjumpa berempat
|
The view from the train |
|
Akak Swiss ni tersenyum sendiri dengar kitorang bercerita... hehehe |
|
Thank you Dr. Siti for tagging us this pic! I miss so much the moment in the train, that we were talking each other.. about how handsome Swiss's guys.. about the latest movie in cinema (Kong Island & La La Land).. and how charming Tom Hiddleston in Kong movie! Until I noticed one local citizen beside us was keep smiling, hahaha
A lady would be always a lady :D |
|
The local Swiss couple who saw us sitting on the road has asked, "Ladies, what country you come from?" "We're from different country sir...." 😅😆 I met sweet girls while waiting in cable car station. Thank you for having me ladies.. During my journey, I making friends around the world |
Kitorang cuma keluar masuk kampung dan menjelajah sambil menikmati pemandangan di Swiss yang tiada tolok bandingnya... masa dalam train baru kitorang tahu Siti tu doktor sebenarnya.... cesss... tadi masa di waterfall cakap ambik kos 'biasa-biasa' je UKM dulu... dalam train bila bagitahu yang dia kerja di Klinik Kesihatan Selayang, baru lah aku syak yang dia ni doktor.... sabar je lah, orang yang merendah diri memang macam ni... love you Dr Siti... aku siap menjerit pada Monika & Yuan "Girls... actually she is a doctor!!!"
What???? woowww
|
Thank you Yuan for this picture. You are talented as a photographer =) |
|
When the twilight is coming |
|
Monika told me how she using her camera and i quite shock since she said already forgot her iphone and switch to the other one, only for the sake of good camera |
|
All of us take the same pic, hehe |
|
Ok when we feel enough... We walking to go back... and the beautiful pic is to die for!!!! |
|
The balance of the snow on the way back |
OK lepas ucapkan selamat jalan pada semua & promise we are friend until forever.... especially Yuan, "ladies we are friend forever, please don't say thank you to me.....even for anything"
Aku dengan Dr Siti dah promise nak berjumpa sebab kitorang dekat je.
Bila balik ke bilik hari pun dah senja... bersiap-sedia untuk memulakan perjalanan pulang keesokan harinya... dan pemandangan dari bilik adalah seperti berikut
End of second day in Swiss =)