Friday, 22 September 2017

How Stunning Switzerland =D

Assalamualaikum....

Terima kasih kerana setia menanti... dah terlalu lama trip saya ke Swiss (Switzerland) terbiar tak update sebegitu lama.. akhirnya malam ni insya allah intro je dulu.

Stunning Swiss =)

Soalan: Swiss tak mahal ke?

Memang mahal, pertama sebab pertukaran wang asing di mana nilai mata wang negara Asia sememangnya rendah berbanding negara-negara Eropah. Itulah sebabnya mat salleh dengan begitu mudah boleh melawat negara-negara di Asia kerana duit mereka besar (dan disukai oleh orang yang terlibat dalam sektor pelancongan). Semasa trip saya tempohari matawang Euro sudah mencecah RM 4.80 untuk 1 Euro dan CHF 5.50 untuk Swiss. Semasa entry ni ditulis, 1 Euro telahpun mencecah RM 5 tau!

Kedua, living cost di Swiss memang lebih mahal berbanding di negara-negara Eropah lain yang saya lawati pada masa yang sama iaitu Germany & Netherlands. Contohnya, harga coffee di Starbucks 4 Euro tapi di Swiss CHF 5.50. Tetiba jadi lebih miskin bila masuk Swiss T_T

Tapi kewangan bukanlah penghalang untuk travel ke tempat yang diidamkan. Macam ni lah, kalau orang yang jenis tak berpuas hati dengan orang lain, dia akan sentiasa cari peluang untuk condemn kehidupan orang lain untuk memuaskan hati sendiri & just comfort theirself. That's why nowadays a lot of keyboard warriors even in blogs, IG, FB etc. So, I wanna ask them a question, what they already carried out for their stage of live? Kalau banyak masa condemn orang lain, itu bermakna awak terlalu banyak masa lapang. Get a life please.

How are you baby? Right after I arrived my stay place, i just walk around and found this beautiful creeks 

The view from my room. 
Macam dalam lukisan kan?
 Soalan: Aktiviti di Swiss?

Semasa saya sampai, masih lagi Spring as yang kita tahu, Spring berlaku selepas winter (musim sejuk) jadi saki baki sejuk tu masih ada lagi. Kebanyakan orang akan travel ke Eropah sewaktu summer (musim panas) supaya aktiviti yang dirancang boleh dilakukan dengan jayanya.

Di Swiss, perkara yang terkenal adalah seperti berikut:

1. Ski dengan pemandangan yang cantik
2. Puncak tertinggi Eropah (Jungfrau)
3. Pisau Swiss, jam tangan berjenama seperti Tag Heueur, Omega
4. Lelaki-lelaki Swiss akan menjalani latihan national service setiap 3-5 tahun sekali kerana Swiss tiada tentera sendiri.
5. Swiss negara bebas dan menjadi tumpuan untuk aktiviti money laundring.

Selain daripada tu ada juga coklat.. tapi tak menepati citarasa i la. I prefer coklat dari Belgium. LOL

Kalau ada soalan, please ask me in the comment. Thanks and will update u later.

Next entry would be:

Jungfrau 





1 comment:

Unknown said...

fb mastura x add ka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...