Raja Nadia Sabrina @ Founder of AERE |
Fyi saya bukanlah pembeli baju online. Boleh dikira dengan jari setahun tu bukak Zalora, Fashion Valet & Poplook. Saya lebih prefer beli di mall berbanding online. Tapi masa tu saya tercari-cari fesyen yg sesuai dengan saya kerana kebanyakannya tak sesuai belaka dengan bentuk badan saya.....
Workshop yang memperkenalkan saya dengan jenama AERE, merupakan sesi presentation pengasas jenama tersebut, Raja Nadia Sabrina yang pada masa tu popular dengan blog beliau. Tertarik dengan apa yang dia present, sayang apa yang saya rakam masa tu dalam handphone lama, semua fail dah hilang *sobs fesyen yang dia bawak tu sangat impressive... semua peserta terpegun.
Kitorang masa ni di workshop Blu Inc, 30 April 2016. |
Dan yang kedua, baju-baju dia direka 2 in 1 iaitu multifunctioned dress. Itu yang membuat kami semua tertarik. Contohnya, jump suit AERE boleh diceraikan (tahu kan jump suit ni satu suit bersambung dari atas sampai bawah) supaya boleh dipakai sebagai baju sahaja.
Selain itu, hidden zip pada skirt boleh dibuka, menjadikannya from A skirt to Mermaid skirt or flower skirt
Lagi, kalau baju jenis button, contohnya kemeja double breast, bukak button tu maka akan bertukar menjadi jaket.
Hebat kan?
Start daripada tu, saya beranikan diri beli baju AERE untuk dipakai and surprisingly, high waist pant AERE sangat matching dengan bentuk badan saya!
First moment wearing AERE! Penampilan saya betul-betul berbeza & baru saya sedar high waist pant sebenarnya better untuk bentuk badan seperti saya... bukannya jeans |
2017 - AERE Detachable Jump Suit in full suit |
2016 - The jump suit that has been separated... masa ni belum berkeyakinan nak pakai full suit sebab masih gemuk *_* |
Habis je event kami approach RNS untuk tanya berapa harga baju-baju dia. Katanya seratus lebih.. 2 ratus lebih,.. wow! It's affordable untuk multi way kan!
Since baju-baju dia multi functioned, aku borong banyak selepas workshop tu... sebab aku dah start travel masa tu dan memerlukan 1 baju yang boleh dipakai banyak kali padahal baju yang sama je, hahahah
Ringan sikit luggage kan! Dan tak nampak baju ulang pakai
2016 - AERE Double Breast Multi Way Top yang saya bukak tengahnya untuk dijadikan jaket |
Yang ni saya pakai penuh. Orang tak perasan pun ini baju yang sama sebenarnya |
Pastu ada jugak imej korporate (itulah yag saya suka) sebab ia menyerlahkan sisi profesional saya. Ini full suit jacket yang saya beli, seperti yang saya ulang sebelum ni, saya prefer yang boleh diulang pakai dalam bentuk berbeza (jimat! 1 harga 2 fungsi hehe)
Full suit |
Yang ni saya pakai jaket sahaja :) |
Selain dari tu saya suka bawak baju-baju AERE semasa travel. Sebab baju dia nampak classy & ada lining. Baju jenama lain, ada yang takde lining. So tak memenuhi standard kalau keluar negara (knowing orang-orang Barat pakai baju proper siap ada lining)
Ni skirt AERE yang berzip, kalau zip naikkan separuh boleh jadi mermaid. Kalau naikkan sampai atas boleh jadi skirt kembang. Saya bukak sikit masa berjalan biar selesa sikit berjalan :) |
Nice kan jenama AERE? That's why lah saya share di website ini supaya korang dapat inspirasi dari pengalaman saya. Semenjak saya kenal jenama ni saya dah jarang membeli-belah jenama lain. Sebab AERE selalunya sizing dia tepat & bila pakai pun nampak terletak je, tak perlu return back ke atau hantar alter.
Saya harap design AERE akan kekal menarik sampai bila-bila... untuk memenuhi keperluan travel & penjimatan saya :)
No comments:
Post a Comment