Menurut website Skytrack, penerbangan negara kita berada dalam lingkungan 50 daripada 100 yang terbaik di dunia. List penuh bolehlah lawati website tu. yang mana:
Air Asia - 26
Air Asia X - 45
Malaysia Airlines - 31
Di sini saya listkan Top 10 Airlines 2017 itu tadi.
10. GARUDA AIRLINES
Kedudukan Tahun 2016: 11
Tahun 2017, crew Garuda Airlines The World's Best Cabin Crew selama 2 tahun berturut-turut. Bagaimana yang dikatakan best tu tak dapatlah dipastikan, ada sesiapa yang pernah menaiki Garuda Airlines ni? Boleh share pengalaman anda.
9. HAINAN AIRLINES
Kedudukan Tahun 2016: 12
Melonjak dari tangga 12 ke 9, syarikat dari China ini sebenarnya penerbangan bertaraf lima bintang (mesti mahal ni). Hainan juga dinobatkan sebagai The Best Airlines in China dan Best Airline Staff Service In China.
8. ETIHAD AIRWAYS
Kedudukan Tahun 2016: 6
Jatuh 2 tangga dari tahun sebelumnya, Etihad masih lagi unggul dalam Top 10! Dan penerbangan Arab (Etihad dari Abu Dhabi) selalunya akan membuat penerbangan serata dunia terutamanya ke benua Amerika dan Eropah! Penerbangan ini sebenarnya popular dgn business class dan first class seat. Etihad Airways juga memenangi:
World's Best First Class, Best First Class Seat, & Best First Class Onboard Catering untuk 2 tahun berturut-turut.
Wow!!! Ini memang menarik!!! Rasa teringin pulak nak cuba kan?? Memandangkan saya masih lagi belum merasa naik kelas yang mahal (hanya ekonomi), mungkin next flight kot? OK tunggu ko kaya dulu... tetiba T_T
7. LUFTHANSA
Kedudukan Tahun 2016: 10
Ini adalah penerbangan Eropah yang PALING BESAR. dan paling mahal (ok yang ni tambah sendiri! T_T tapi rasanya betul kowwttt). Lufthansa dinobatkan sebagai Best Airline In Europe dan Best First Class Airline Lounge Dining. OK mampu berangan je melainkan bapak kau Vincent Tan atau Robert Kuok 😇😇
6. EVA AIR
Kedudukan Tahun 2016: 8
Semakin meningkat naik, penerbangan dari Taiwan ni baru teringat selalu muncul dalam website flight booking. Logo dia tu. Dan jangan main-main, diorang menang World's Best Airline Cabin Cleanliness dan Best Business Class Comfort Amenities.
5. CATHAY PACIFIC AIRWAYS
Kedudukan Tahun 2016: 4
Ok takde anugerah untuk disebutkan, tetapi nak bagitahu ini airlines dari Hong Kong. Adehh... sampai sini masih belum lagi Airlines yang saya pernah try! Sobss
4. EMIRATES (DUBAI)
Kedudukan Tahun 2016: 1
Finally.... inilah flight yang saya pernah try tahun 2016!!! Iaitu flight ini telah membawa saya KUL-AMSTERDAM-KUL pada tahun yang sama dinobatkan sebagai The Best Airlines! Dan yang paling highlight untuk Emirates sebenarnya hiburan yang serba canggih hingga mampu memancarkan saluran TV secara Live OK! Disebabkan kelebihan itulah Emirates menang 13 tahun berturut-turut sebagai;
THE BEST ENTERTAINMENT IN FLIGHT
Bukan calang2 OK, masa ni langsung tak tahu menahu ini flight paling top dalam dunia!! Cuma yang perasan dia punya hiburan semua best... siap ada saluran TV antarabangsa... ENews... Filem... dari macam-macam negara.. rugi kalau kau tido! haha! Selain itu, makanan Emirates semua sedap, dan berkualiti. Contohnya crossaint nya lembut dan rangup di luar, kopi sedap & bila request nak kopi lagi stewardess terus je bagi siap dengan milk tanpa buat muka atau curi tulang tunggu kita mintak milk extra!
Dan jugak... USB port dia functioned ye untuk iphone. Saya ingatkan kemudahan ni standard, kita takkan sedar betapa berharganya sesuatu perkara, apabila kita tak pernah mengalami kekurangan. On the next flight saya guna Turkish Airlines, USB port nya tak function untuk Iphone! Cuma Samsung je! (As u know Iphone Cable memang tak boleh simply match dengan different port atau plug, memang kena beli khas Iphone punya, memang agak leceh).
3. ALL NIPPON AIRWAYS (ANA)
Kedudukan Tahun 2016: 5
Memenangi award World's Best Airport Service dan Best Airline Staff Service in Asia, ini adalah penerbangan yang terkenal dengan tahap kebersihan dan keselamatan yang tip top. Kerusi penumpang boleh melunjur ke depan yang memberikan keselesaan dan privacy untuk penumpangnya.
2. SINGAPORE AIRLINES
Kedudukan Tahun 2016: 3
Terkenal sebagai antara yang terbaik di dunia, Singapore naik dari kedudukan tahun sebelumnya. Walaupun kelas ekonomi, tetap mempunyai TV peribadi untuk penumpang kelas tersebut. Trofi yang dimenangi:
Best Business Class Airline Seat, Best Premium Economy Catering, dan Best Airline in Asia.
OK, kalau banyak duit bolehlah amik flight ni (bilalah nak merasa...?)
1. QATAR AIRWAYS
Kedudukan Tahun 2016: 1
Terbang ke 150 destinasi, Qatar yang berpangakalan di Doha memenangi:
Best Airline In The Middle East, Worlds';s Best Business Class, dan Best First Class Airlines Lounge
OK amacam... rasa macam nak sesangat try at least Top 3 ni kan! Dalam Top 10 ni at least merasa jugak saya mencuba Emirates! Yang jadi juara tahun lepas! Memang best dan saya menyimpan impian untuk mencuba flight yang lain pula di masa akan datang... (amboi perasan kaya... sila sedar diri)
Camane pulak dengan korang... any suggestion untuk dapatkan BEST OFFER??
No comments:
Post a Comment