Saturday, 9 December 2017

Strategi Air Asia Lantik Neelofa sebagai Pengarah Bebas

Baiklah, kredibiliti Neelofa dan ahli keluarganya terhadap dunia perniagaan tidak boleh dipertikaikan lagi.. rasanya dah banyak dah kejayaan mek kelate ni raih kan, yang terbesar usahawan muda bawah 30 pengiktirafan dari Forbes 2017

Hubungan baik Neelofa dengan Air Asia mula terjalin melalui kontrak supply tudung Nealofar kepada juruterbang wanita untuk pesawat Air Asia.

Image result for neelofa jadi duta air asia

Yang terbaru Neelofa dah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (Non Executive Independant Director) Air Asia iaitu jawatan yang menyamai actress Indonesia, Raline Shah untuk Air Asia Indonesia.

Instagram Neelofa dengan 5.4 juta pengikut termasuklah dari luar negara 

Jadi bersesuaian dengan tahap kemuncak dan pengaruh Neelofa yang amat kuat dalam dunia hiburan dan perniagaan tudung, dengan follower 5.4 juta di instagram iaitu paling ramai dalam Malaysia, tidak siapa menafikan bahawa mana-mana jenama yang mengangkat Neelofa sebagai duta mampu memberikan high impact kepada perniagaan mereka. Masalahnya sekarang Tony bukan melantik Neelofa sebagai duta ye.... tapi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (Non Executive Independant Director)

Kenapa Tony Fernandez lantik Neelofa sebagai Pengarah Bebas (Independant Director) dan bukan sebagai Duta? 

- kalau korang bekerja di syarikat korporat, korang akan faham serba sedikit hal persyarikatan iaitu layanan syarikat terhadap seorang pengarah sesuai dengan tanggungjawab yang dipikulnya. Ini bermakna Air Asia akan menanggung directorship benefit seperti elaun bulanan, elaun perjalanan (sepertimana sleeping partner dalam syarikat-syarikat), entertainment (urusan client) dan penginapan (accommodation).

Sebagai seorang artis dan bisneswoman berpengaruh, Neelofa mempunyai harga yang tinggi sekiranya dilantik sebagai duta memandangkan dia juga diikat oleh jenama-jenama antarabangsa yang lain seperti Swarovski & Lancome.

Ini Berbeza jika Neelofa dilantik sebagai duta, bayaran melantik seorang duta sebenarnya amat tinggi. Oleh itu, untuk menjimatkan kos, Tony Fernandez melantik Neelofa sebagai Pengarah Bebas Non Eksekutif kerana directorship benefit adalah jauh lebih rendah dari membayar seorang duta. Namun, Air Asia masih boleh menggunakan gambar Neelofa di mana-mana sahaja tanpa had.

Jadi, itulah rahsianya. Bijak kan Tony? Nak murah tapi nak hebat! Ok jenama besar yang lain boleh tiru 😊😊😊


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...