Good morning all,
Percaya tak saya pergi Paris bulan Ramadhan 2017 dengan
hanya RM1,500? Silalah percaya! OK, of kos lah harga tak termasuk flight, sebab
harga flight ni ikut korang dapat harga yang macam mana kan?
Saya tulis entry ni, untuk bantu pembaca-pembaca seluruh
Malaysia supaya keluar travel, pergi ke Paris dan menikmati dunia. Supaya minda
lebih terbuka, menambah ilmu pengetahuan dan insya allah, menurut sunnah
Rasullullah s.a.w. supaya kita berkenal-kenalan dengan bangsa lain, supaya kita
tak anggap bangsa kita atau makanan kita atau tempat kita atau budaya kita
adalah yang paling bagus dalam dunia…
This is my own picture OK =D At the momen i writing this blog i feel soo happy to flash back all those memory... |
Me 😉 |
Classic :) |
Me & my friend from Hong Kong ❤👯👰 |
Alamak bestnya.... rasa nak ulang balik to Paris... I can't wait to repeat Paris ❤❤❤
Tapi sebelum saya ceritakan pengembaraan saya yang
seterusnya, saya nak bagitahu awal-awal, walaupun saya cuma perlukan ground
cost RM 1,500 je untuk ke Paris, tetapi dalam akaun bank saya sudah standby
RM3,000 ok.
Ini bermakna anda tidak boleh expect, selepas beli tiket flight,
cukup wang RM1,500 dah boleh terus tukar ke money changer ke matawang Euro dan
terbang! Jangan!
Anda perlu ambil kira kesiap-siagaan anda terhadap apa-apa
musibah… kecemasan…. Atau tertinggal flight, dll yang mana kena ada wang
standby untuk menghadapi semua tu. Kerana, kalau wang tidak mencukupi, itulah
yg terjadi apabila ramai orang yang overstay atau menjadi pendatang haram terus
di negara orang, sebab TAK CUKUP WANG untuk kembali ke negara asal masing-masing (nauzubillahiminzalik mohon Allah jauhkan)
Ingat lagi tak pepatah Melayu lama mengatakan, “Air yang tenang
jangan sangka tiada buaya”
Jadi, itulah sebabnya saya terpaksa mengambil masa yang agak
lama untuk cukupkan wang sebelum terbang ke Paris/Europe/oversea. Bukan ground
cost semata-mata, tetapi STANDBY MONEY. Ini sangat penting. Jangan dibuat-buat
terbang ke negara orang, tanpa wang secukupnya. Di sana, mereka tak boleh bantu
kita kalau kita tiada wang. Mereka orang negara barat, mereka tiada budaya
SEDEKAH atau MEMBANTU TANPA BALASAN, oleh itu sebelum terbang ke mana-mana Negara….
duit memang sangat-sangat penting.
Berapakah Harga Flight ke Paris?
Flight ke Paris ni saya beli sebaik sahaja sampai dari Amsterdam!
Haha! Punyalah masa tu terkenang-kenang nak ke Europe lagi… sampailah ‘terbeli’
tiket yang kedua ke Paris! Harga Tiket yang saya beli online tu berharga RM
2,300 seperti gambar di bawah ni.. saya print balik je daripada email.
The price is there :) |
Bila ada transit, kita akan transit ke Negara asal untuk
jenama penerbangan tersebut. Last time I went to Amsterdam, I was taken
Emirates flight so the transit in Dubai. For Paris I dengan Turkish Airlines,
so transit di Istanbul.
OK kan? Jadi bila dah beli flight, barulah masa tu sediakan
duit ground cost pula iaitu merangkumi transporation, accommodation, entry fee
& makanan. Betul, memang RM1,500 je overall! Sebab bagi I Paris adalah
tempat termurah dalam Europe berbanding Negara-negara lain yang I pernah pergi
iaitu Holland, Swiss, & Germany. Mungkin ada tempat lain yang lebih murah
di Eropah Timur, but for me, Paris is the best & cheapest, no wonder ramai
rakyat Malaysia keep repeating to Paris kan!
The reason kenapa I tak pergi ke London, sebab I rasa
British Pound agak mahal masa tu (which actually Euro memang tengah mahal iaitu
RM5 untuk setiap Euro). Semasa entry ni ditulis, Euro dah turun harga dah even
USD sekalipun.
U imagine sebulan sebelum berlepas ke Paris, tangan saya
sejuk setiap kali tengok matawang Euro semakin meningkat daripaa 4.80 ke 4.90
kemudian sampai 5 ringgit! Tapi janganlah disebabkan perbezaan beberapa puluh
ringgit tu je, sampai korang nak batalkan trip pulak kan! Cuma terbayang masa
tu, tak boleh nak shopping banyak-banyak pun di Paris disebabkan matawang semakin mahal!
Dan one more thing kita kena set mind kita, once u buat
pergerakan ke negara-negara lain, korang kena set mind yang kita memang akan
rugi sikit duit tanpa apa-apa reason pun. Ok contoh, kerugian yang pertama;
Masa korang beli Euro 1000 dengan harga RM5,000 dengan harga
5 ringgit = 1 Euro
Saya tukar sampai seribu Euro iaitu separuh daripadanya saya
tak plan nak guna pun, tapi macam I cakap, kena ada standby kecemasan, duit
yang ini I hide in my sling bag, not put in the purse. Sebahagian duit 3 ribu
tadi standby dalam mesin ATM, untuk draw dari Paris if let say berlaku
kecurian/hilang duit/dll yang tidak dijangka.
OK, berbalik kepada perbincangan ‘duit rugi’ tadi :J
Money changer akan beli matawang lain dari pelanggan dengan harga
lebih murah daripada yan mereka jual. Contoh;
Bila balik sini if let say ada balance Euro 300. Korang ‘jual’
semula Euro 50 di money changer, money changer cuma akan beli dengan harga
RM4.80 untuk 1 euro jadi korang dapat RM1,440.
Padahal sebelum berlepas semasa korang beli Euro 300 tu
dengan harga RM1,500. Maka, berapakah kerugian korang?
Kerugian korang =
RM1,500 – RM1,440
= RM 60
Faham tak? Dah rugi 60 ringgit macam tu je… padahal di Malaysia kalau
korang pergi restoran, isi petrol ataupun naik Grab punyalah bergaduh tak nak
rugi walaupun 10 ringgit kan? Kah kah... tuuu diaaaa
Ini sesenang je bagi untuk RM 60 pada money changer kan.... gitew... Itulah yang I cakap, apabila kita mula start travel, atau
urusan membabitkan negara lain, don’t expect u will never lost even 1 cents no
matter how proper is your plan… ok..
Just prepared your mind to be lost. OK
Any question to ask? Just leave your comment & I will answer kkk... have a nice day ahead!