Monday, 1 January 2018

Priyanka Chopra - - dan Perjalanan Merentas Benua

Interview Priyanka Chopra dengan Cosmo International Januari 2018. Sangat tertarik dengan temuramah tersebut especially dengan cara dia maintain hidup dia walaupun perlu melakukan perjalanan merentas benua.

Ada sesiapa tak kenal Priyanka Chopra??

Untuk sesiapa yang belum mengenali Priyanka Chopra, beliau adalah artis kelas A di India iaitu bintang Bollywood yang berjaya. Priyanka Chopra mula dikenali selepas memenangi pertandingan ratu cantik Miss World 2000. Wowww hebat! yang mana tak kenal tu, mungkin masa dia top korang masih dalam buaian lagi.... hahahaa
Bermula daripada situlah kerjayanya sebagai pelakon terus menyinar dan slowly mencipta nama di persada Hollywood. Priyanka Chopra memiliki 21 Juta Follower in Instagram dari serata dunia!!

Follower sampai 21 Juta! Rasanya IG bintang Bollywood paling popular setakat ni! 
Quantico adalah series yang menaikkan nama Priyanka Chopra di Hollywood. Dan filem terbaru yang saya tengok tahun 2017... jeng jeng jeng.. filem Baywatch bergandingan dengan The Rock dan Zach Afron. Ala.... remake filem Pamela Anderson lari tepi pantai dengan buah gegar-gegar dulu tu =P

Image result for Baywatch
Priyanka Chopra watak sampingan antagonis, jadi takde dalam poster. Tapi itulah first time saya tengok Priyanka ni dalam movie
Baiklah.. berbalik pada temuramah tadi. Saya memang kagum dengan usaha keras Priyanka yang ingin meletakkan dirinya setaraf dengan pelakon-pelakon kelas A di Hollywood. Walaupun bergelar bintang di Bollywood, dia tidak menikmati status yang sama di Hollywood.

Dengan itu Priyanka berkata, untuk mencapai impian tersebut, dia akan padatkan hari bekerja dengan semua komitmen yang dia mampu handle, dan tidak membenarkan dirinya menikmati that kind of luxury time in her life, in order to achieve the dream.

Cantikkkk

Apa yang berlainan dari kebiasaan, Priyanka tidak memilih untuk berpindah terus ke USA (kalau di negara kita, sepertimana yang dibuat Yuna Zarai yang berpindah ke LA) kerana sebab peribadi, iaitu untuk mengekalkan hubungan kekeluargaan tambahan lagi Priyanka tinggal serumah juga dengan sepupu-sepupunya (ada orang tak mampu sacrifice homely type life).

"I am a major homebody. Berbanding pergi bercuti ke tempat eksotik, saya lebih memilih untuk meluangkan masa untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga (sepupu) di mana-mana sahaja - kami berbual, makan dan kalau boleh tak mahu ke mana-mana..."

Agak-agak,,, bagaimana Priyanka kekalkan kehidupan normal walaupun terpaksa berulang alik antara India (Benua Asia ye) ke USA (Benua Amerika)?

"Disebabkan terpaksa berulang-alik, saya cuba pastikan beberapa segi kehidupan tetap stabil. Saya bawa bersama tukang masak dan pembantu saya sepanjang perjalanan merentasi benua, Sekurang-kurangnya beberapa perkara masih tidak berubah - antaranya menikmati hidangan India setiap malam.."

Bagi saya, cara bekerja antara 2 benua adalah perkara yang tidak mustahil untuk dilakukan, tetapi perlukan berkali ganda komitmen dan usaha kerana perjalanan jauh bermakna, banyak wang dan masa diperlukan iaitu menunggu boarding time, flight time (rasanya 8 jam jugak USA-India ni) dan check out from the airport, airport transfer, jet lag lagi.... wow... Priyanka memang seorang wanita yang kuat, dan berprinsip kerana mengutamakan keluarga sehingga sanggup berulang alik. 

Bayangkan kalau kita kena berulang alik dari Putrajaya ke Mutiara Damansara pun sanggup sewa bilik, inikan pula dari India ke Amerika Syarikat!!!!


Apa komen anda? 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...