Saturday, 27 January 2018

Pergi Paris dengan ground cost RM 1,500

Good morning all,

Percaya tak saya pergi Paris bulan Ramadhan 2017 dengan hanya RM1,500? Silalah percaya! OK, of kos lah harga tak termasuk flight, sebab harga flight ni ikut korang dapat harga yang macam mana kan?


Saya tulis entry ni, untuk bantu pembaca-pembaca seluruh Malaysia supaya keluar travel, pergi ke Paris dan menikmati dunia. Supaya minda lebih terbuka, menambah ilmu pengetahuan dan insya allah, menurut sunnah Rasullullah s.a.w. supaya kita berkenal-kenalan dengan bangsa lain, supaya kita tak anggap bangsa kita atau makanan kita atau tempat kita atau budaya kita adalah yang paling bagus dalam dunia…

This is my own picture OK =D

At the momen i writing this blog i feel soo happy to flash back all those memory...
Me 😉
Classic :)


Me & my friend from Hong Kong ❤👯👰

Alamak bestnya.... rasa nak ulang balik to Paris... I can't wait to repeat Paris ❤❤❤

Tapi sebelum saya ceritakan pengembaraan saya yang seterusnya, saya nak bagitahu awal-awal, walaupun saya cuma perlukan ground cost RM 1,500 je untuk ke Paris, tetapi dalam akaun bank saya sudah standby RM3,000 ok.

Ini bermakna anda tidak boleh expect, selepas beli tiket flight, cukup wang RM1,500 dah boleh terus tukar ke money changer ke matawang Euro dan terbang! Jangan!

Anda perlu ambil kira kesiap-siagaan anda terhadap apa-apa musibah… kecemasan…. Atau tertinggal flight, dll yang mana kena ada wang standby untuk menghadapi semua tu. Kerana, kalau wang tidak mencukupi, itulah yg terjadi apabila ramai orang yang overstay atau menjadi pendatang haram terus di negara orang, sebab TAK CUKUP WANG untuk kembali ke negara asal masing-masing (nauzubillahiminzalik mohon Allah jauhkan)

Ingat lagi tak pepatah Melayu lama mengatakan, “Air yang tenang jangan sangka tiada buaya”
Jadi, itulah sebabnya saya terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk cukupkan wang sebelum terbang ke Paris/Europe/oversea. Bukan ground cost semata-mata, tetapi STANDBY MONEY. Ini sangat penting. Jangan dibuat-buat terbang ke negara orang, tanpa wang secukupnya. Di sana, mereka tak boleh bantu kita kalau kita tiada wang. Mereka orang negara barat, mereka tiada budaya SEDEKAH atau MEMBANTU TANPA BALASAN, oleh itu sebelum terbang ke mana-mana Negara…. duit memang sangat-sangat penting.

Berapakah Harga Flight ke Paris?

Flight ke Paris ni saya beli sebaik sahaja sampai dari Amsterdam! Haha! Punyalah masa tu terkenang-kenang nak ke Europe lagi… sampailah ‘terbeli’ tiket yang kedua ke Paris! Harga Tiket yang saya beli online tu berharga RM 2,300 seperti gambar di bawah ni.. saya print balik je daripada email. 


The price is there :)
Bila ada transit, kita akan transit ke Negara asal untuk jenama penerbangan tersebut. Last time I went to Amsterdam, I was taken Emirates flight so the transit in Dubai. For Paris I dengan Turkish Airlines, so transit di Istanbul.

OK kan? Jadi bila dah beli flight, barulah masa tu sediakan duit ground cost pula iaitu merangkumi transporation, accommodation, entry fee & makanan. Betul, memang RM1,500 je overall! Sebab bagi I Paris adalah tempat termurah dalam Europe berbanding Negara-negara lain yang I pernah pergi iaitu Holland, Swiss, & Germany. Mungkin ada tempat lain yang lebih murah di Eropah Timur, but for me, Paris is the best & cheapest, no wonder ramai rakyat Malaysia keep repeating to Paris kan!

The reason kenapa I tak pergi ke London, sebab I rasa British Pound agak mahal masa tu (which actually Euro memang tengah mahal iaitu RM5 untuk setiap Euro). Semasa entry ni ditulis, Euro dah turun harga dah even USD sekalipun.

U imagine sebulan sebelum berlepas ke Paris, tangan saya sejuk setiap kali tengok matawang Euro semakin meningkat daripaa 4.80 ke 4.90 kemudian sampai 5 ringgit! Tapi janganlah disebabkan perbezaan beberapa puluh ringgit tu je, sampai korang nak batalkan trip pulak kan! Cuma terbayang masa tu, tak boleh nak shopping banyak-banyak pun di Paris disebabkan matawang semakin mahal!

Dan one more thing kita kena set mind kita, once u buat pergerakan ke negara-negara lain, korang kena set mind yang kita memang akan rugi sikit duit tanpa apa-apa reason pun. Ok contoh, kerugian yang pertama;

Masa korang beli Euro 1000 dengan harga RM5,000 dengan harga 5 ringgit = 1 Euro

Saya tukar sampai seribu Euro iaitu separuh daripadanya saya tak plan nak guna pun, tapi macam I cakap, kena ada standby kecemasan, duit yang ini I hide in my sling bag, not put in the purse. Sebahagian duit 3 ribu tadi standby dalam mesin ATM, untuk draw dari Paris if let say berlaku kecurian/hilang duit/dll yang tidak dijangka.

OK, berbalik kepada perbincangan ‘duit rugi’ tadi :J

Money changer akan beli matawang lain dari pelanggan dengan harga lebih murah daripada yan mereka jual. Contoh;

Bila balik sini if let say ada balance Euro 300. Korang ‘jual’ semula Euro 50 di money changer, money changer cuma akan beli dengan harga RM4.80 untuk 1 euro jadi korang dapat RM1,440.

Padahal sebelum berlepas semasa korang beli Euro 300 tu dengan harga RM1,500. Maka, berapakah kerugian korang?

Kerugian korang               = RM1,500 – RM1,440
                                          = RM 60

Faham tak? Dah rugi 60 ringgit macam tu je… padahal di Malaysia kalau korang pergi restoran, isi petrol ataupun naik Grab punyalah bergaduh tak nak rugi walaupun 10 ringgit kan? Kah kah... tuuu diaaaa

Ini sesenang je bagi untuk RM 60 pada money changer kan.... gitew... Itulah yang I cakap, apabila kita mula start travel, atau urusan membabitkan negara lain, don’t expect u will never lost even 1 cents no matter how proper is your plan… ok..

Just prepared your mind to be lost. OK

Any question to ask? Just leave your comment & I will answer kkk... have a nice day ahead!






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...