Salam sejahtera,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan takziah kepada sesiapa yang kehilangan ahli keluarga atau sahabat handai yang telah menjadi korban Covid-19. Setiap hari saya rasa sedih baca berita macam ni (itu belum masuk lagi yang bunuh diri kerana tekanan kewangan & hidup bersendirian kerana tidak boleh menerima tetamu di kondo mereka). Berita terbaru hari ini- 8 beradik jadi yatim piatu dalam masa 3 hari selepas ibu dan bapa mereka mati kerana jangkitan Virus Jahat ni. Astaghfirullahalazim... termenung panjang saya dibuatnya mengenang nasib adik beradik malang ni.
Ramai kawan-kawan yang ambik vaksin dengan tujuan travel. Termasuklah diri saya sendiri. Tapi berdasarkan situasi semasa pandemik iaitu sekejap tutup, sekejap bukak, sekejap boleh, sekejap tak boleh... rasanya lama lagi pandemik ini akan berakhir atau mungkin TAKKAN berakhir sama sekali (mintak dijauhkan).
Hal ini kerana virus Covid-19 telah bermutasi dan terciptanya varian baharu atau erti kata lain virus tersebut boleh berkembang dalam versi yang semakin kuat dan merebak terlalu cepat. Ini menyebabkan uncertain situation akan tetap menjadi uncertain walaupun jangkaan kecepatan vaksin boleh mengatasi masalah ini (jangkaan awal tahun lepas).
Oleh itu, saya enggan 'menunggu' untuk dunia 'kembali normal' kerana in real life - it seems like we are living in pandemic after all.
Hal ini kerana hidup perlu diteruskan - contohnya bagi saya sendiri, saya ada impian yang perlu dicapai, saya ada pekerjaan & justice must going on, saya ada keluarga untuk sediakan masa depan seperti yang dirancang & saya ada kehidupan yang perlu dinikmati at the present moment - jadi saya patut ambil langkah pro aktif dari berdiam diri. Ingat lagi entry yang lepas pasal Phuket Sandbox? Sehingga hari ini susulan pembukaan Phuket bagi pelancongan seluruh dunia, kes jangkitan di Thailand semakin meningkat dan tidak menunjukkan petunjuk positif walaupun restricten telah dikeluarkan seperti berikut
Macam ni punya strict tetapi masih lagi berlaku beribu jangkitan di Thailand. Bayangkan UK akan beroperasi seperti biasa seperti mask tidak lagi diwajibkan dan ini menimbulkan kebimbangan sebahagian rakyat mereka. Secara kasar, walaupun setiap negara ada peraturan masing-masing, tapi basically tidak jauh perbezaannya dengan yang di atas iaitu:
1. Setiap orang yang ingin tiba di negara tersebut perlulah divaksin lengkap 2 dos (sekiranya tidak vaksin anda perlu kuarantin penuh)
2. Passport sah lebih 6 bulan (peraturan standard sebelum covid lagi)
3. Telah menempah tiket pergi dan balik (kalau Europe ini normal)
4. Telah diuji PCR Test 72 jam sebelum berlepas dan resultnya negatif
5. Perlu ambil insurans perubatan yang cover covid supaya tidak tersadai di negara orang kerana tidak mampu bayar bil hospital
6. Kena kuarantin apabila tiba di negara tersebut (berapa hari bergantung pada negara mana anda pergi).
7. Dah balik ke negara Malaysia kena kuarantine lagi. Bayangkannn
Sebagai warganegara Malaysia, kena buat satu perkara yang membolehkan kita KELUAR sebelum memulakan semua proses di atas iaitu INVITATION LETTER dari negara tersebut. Kalau takde surat, korang tak boleh travel sesuka hati macam dulu... tiba-tiba beli flight last minute sebab nak pujuk wife merajuk, gitewww
Dan tengok no.7 tu. Sebahagian negara-negara Eropah seperti France, Germany, Poland, Serbia, Belgium dll tidak perlu kuarantine lagi setelah fully vaccinated tetapi bila balik Malaysia... dengan sistem kerajaan Malaysia yang terkenal dengan tidak tetap pendirian & tidak reliable (tak nak terima terpulang - I am saying the truth: if you don't want to improve jangan salahkan foreign investor yang withdraw their capital & moving to neighborhood countries) - tidak menghairankan langsung kalau dah vaksin pun masih diarahkan kuarantine jugak! Aduii banyaknya annual leave kau nak travel + kuarantine gelang pink lagi 10 hari? Memang menimbulkan kemarahan bila difikirkan!
Jadi - Pelbagai syarat menyukarkan impian untuk dicapai. But don't lose hope - yang mana boleh bersabar - carry on
No comments:
Post a Comment