Tolong baca dulu berita ni
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mempertahankan pendiriannya bahawa pasport vaksin COVID-19 tidak diperlukan untuk perjalanan antarabangsa, di tengah perbahasan yang semakin meningkat untuk menyekat kemasukan pelancong yang tidak divaksinasi.
Pakar bebas berpendapat, vaksinasi tidak boleh menjadi satu-satunya syarat untuk membenarkan perjalanan antarabangsa memandangkan akses global yang terhad, selain pengedaran vaksin COVID-19 yang tidak adil.
Mereka sebelum ini mengatakan, memerlukan bukti vaksinasi akan mengurangkan lagi jurang ketidaksamaan dan juga mendorong kepada kebebasan bergerak yang tidak sama.
Negara-negara miskin yang kurang mendapat akses kepada vaksinasi perlu diberi pengecualian sekiranya pasport vaksin dilaksanakan, kata beberapa pakar kesihatan.
Kesatuan Eropah awal bulan ini melancarkan sistem sijil digital COVID-19 yang direka untuk membantu warganegara melakukan perjalanan dengan lebih bebas di blok 27 negara dan membuka pelancongan musim panas
No comments:
Post a Comment