Friday 28 January 2011

Attending Grooming Class


halo semua.. cantik tak mekap muka aku? kikiki..


Masa cuti Thaipusam hari tu aku gi personal make-up class di Jalan Klang Lama, KL. Punyalah lama entry ni terperam, haha.. Aku daripada Putrajaya ikut highway MEX keluar di Exit Kuchai Lama. kelas personal grooming ni adalah hasil carian bersusah payah selama ini untuk dapat kelas yg bersifat personal, trainer ber level make-up artis, dan yurannya affordable. Siap dapat sijil lagi.


Cikgu aku tu mekap artis. Dia ajar aku aplikasi make-up SIANG (untuk pergi kerja dan dating di taman bunga, kikiki) dan DINNER guna brush utk dpt hasil yg cantik. & cikgu tu rekemen aku barang2 mekap yg paling optima dgn harga terendah tapi kualiti bagus. Contohnya dia guna two way cake berharga 16 ringgit je yg turut digunakan oleh kebanyakan artis seperti Fauziah Ghouse.


Aku rasa sebelum korang beli mekap dan alatannya better kalau korang menuntut ilmu secara formal dulu. Sebab masa make-up class ni lah cikgu akan rekemen jenama apa yg bagus utk foundation, two way cake, eye shadow, blusher, celak dll di mana setiap barang tu recommend dari jenama yang berbeza-beza. Selain tu, cikgu tu akan rekemen tona apa yg sesuai utk kulit kita, so nanti tak tersalah beli. Contohnya, utk make-up base cikgu tu rekemen SupraColor dari Kryolan. Tonanya aku tak ingat, aku snap photo je refer kat bawah ni. Pastu Two way Cake jenama Pixy. Tona yg sesuai untuk warna kulit aku ialah Tropical Biege.


Mula2 dia demo kat model pastu kitorang kena try buat sendiri.. Ha masa ni lah korang yakin yg korang pon pandai mekap & tak susah sebenarnya . Pada masa ni korang dah tahu make-up jenama apa dan brush camane yg patot dibeli. Alatan mana yg penting dan tak penting. Tu pasal la aku pilih personal make-up class instead of bengkel sb cikgu boleh layan student one by one.


Kalau korang cuma harap belajar mekap di Youtube atau tanya jurumekap di Kaunter MAC or Bobbi Brown tu, jap lagi sumer brush dan make-up kat kedai tu diorang suggest beli..


Cekidaud barang2 mekap yang aku guna masa kelas tu. Tunggu bajet lebih baru aku beli Kryolan tu... 100 ringgit tuh satu.


Ni bergambar lepas kelas dengan Model, Cik Siti dan classmate aku masa tu Zayyda dari Serdang. First time aku gayakan shawl yang aku beli hari tu kat blog ni ;P







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...