Friday 6 May 2022

Pengurusan Tunai dan Bank Sebelum ke Oversea


 Salam sejahtera,

Berikut adalah persediaan (kewangan) yang perlu anda lakukan sebelum travel ke oversea (sehingga tarikh entry ini ditulis):

1. Kad ATM / Kad Kredit

-bergantung sistem bank yang anda gunakan, sistem Bank Rakyat dan Standard Chartered anda boleh CALL credit card centre, berikan tarikh berapa lama anda berada di luar negara. Tarikh yang saya berikan adalah melebihi dari tempoh yang saya rancang (bersedia menghadapi sebarang kemungkinan contohnya, lockdown atau jatuh sakit)

-kad Maybank boleh setting oversea usage di aps atau M2U sahaja. Ketika di kaunter saya bertanya pada Pegawai Bank cara transfer funds tanpa OTP, dia advice untuk favorite kan semua komitmen bulanan otherwise awak kena guna sim kad Malaysia di oversea (mungkin anda akan dicharge roaming by Celcom)

-download apps Secure2U untuk approvekan apa-apa transaksi semasa oversea asalkan ada internet.

-saya juga favoritekan business partner saya dan Edham bantu saya bayar installment baharu semasa saya di Switzerland (kami dah berurusniaga bertahun-tahun and trust has been developed)

2. Cash

-saya beli sedikit matawang yang bakal digunakan di transit airport (Dubai) dan seribu matawang di negara yang hendak dituju (Switzerland)

*malangnya saya travel semasa pandemik dan money changer Kuala Lumpur takde matawang Switzerland tu... maka, saya terpaksa beli Euro dan tukar semula selepas itu. Anda boleh beli British Pound atau US Dollar*

3. Sim Kad dan OTP

-sebaik sahaja keluar dari Malaysia saya terus keluarkan sim kad Malaysia (Celcom) dari iphone bimbang kena roaming dan biarkan kosong sahaja sebab boleh bergantung pada wifi di Dubai Airport (Dubai Airport memiliki wifi yang boleh diharapkan, kalau Istanbul Airport usually the wifi doesn't work). 

Namun begitu, semua transaksi saya mendapat approval melalui apps Secure2U bukannya SMS OTP. Jadi, make sure semua kita download siap-siap semua apps tersebut lebih awal.

-apps Uber Switzerland pun boleh download awal.

Nah.. itu sahaja kot pasal financial :)



Pengalaman Travel Pada Musim Pandemik Covid-19

Salam sejahtera,

Alhamdulillah saya telahpun selamat pulang ke Malaysia setelah 2 bulan berada di Switzerland pada September-Oktober 2021. What a year kan! Tahun 2021 hampir cancel macam 2020 tapi nasib baik saya bertindak segera... rasa puas kerana berjaya mengharungi pengalaman berharga sekali seumur hidup

Apa yang membuatkan saya nekad untuk terbang ke Switzerland pada bulan Julai 2021:

1. Saya baru sahaja diterima bekerja di sebuah firma guaman (litigation/yang saman-saman orang tu) dan gaji semua staff telah pun dipotong 30%. Bila bagitahu kawan-kawan di luar, rupa-rupanya company besar macam UOA pun kena potong gaji jugak sampai hujung tahun!!!

Terus rasa insignificant je stay, sementara menanti Pelan Pemulihan Negara yang memakan masa 3 bulan lebih... I cannot! 

2. Teringin mendapatkan pengalaman baru untuk travel semasa pandemik masih melanda dunia.

3. Pencapaian hidup - living abroad is the thing i never try in my life. Kawan-kawan dalam inner circle pernah belajar 6 tahun di Germany lah, di France pun ada, saya belum pernah TINGGAL di oversea. Teringin nak buat bucket list yang ini. Sesuai sangat masa lockdwon sebab di Eropah dah tak lockdown bermula April/May/June 2021 sebab vaksin diorang cepat

Bayangkan, keputusan tu saya buat short notice iaitu pada hujung bulan Julai sebaik sahaja VAKSIN dos kedua. Beli tiket bulan Ogos terus terbang hujung bulan tu.....

Persoalan... ke mana & tujuan...

Cabaran pertama adalah imigresen Malaysia iaitu MyTravel Pass diperlukan untuk rakyat Malaysia ke luar negara. So, saya pun baca apakah reason yang MyTravel Pass perlukan. 

Cabaran kedua adalah negara yang dituju. Boleh check secara kasar di Skyscanner je. Untuk makluman, saya telah menghubungi beberapa rakan Mat Salleh (kawan rapat yang kau yakin boleh dapatkan pertolongan) di beberapa negara di Eropah. Malangnya, kebanyakan negara menutup pintu dengan cara:

1. Pengembara perlukan tujuan jitu (tourist tidak dibenarkan) -Skandinavia countries.

2. Kuarantin 14 hari diperlukan (kos besar hotel) - Antaranya Poland. 

3. Vaksin yang acknowledge by European Union sahaja (Vaksin Malaysia tidak termasuk) - semua Eropah dan UK

Selepas saya semak semua negara di Eropah, hanya satu negara sahaja yang tidak perlukan ketiga-tiga syarat Eropah iaitu Switzerland. 

Jadi yang tinggal cumalah cara untuk keluar dari PINTU IMIGRESEN MALAYSIA. 

Terpulang kepada individu dan cara masing-masing. Agak dugaan jugaklah sepanjang bulan Ogos tu, walaupun tiket dah beli, duit pun dah bajet, tapi masih ada beberapa kebimbangan: 

1. MyTravelPass lambat diluluskan. Hal ini kerana ada sorang kawan pun patutnya nak gerak ke Dubai (dapat kerja) tak jugak gerak sebab tersekat MyTravel Pass takde status...

2. Call kawan di Poland dia bagitahu masa TRANSIT kena ambik Swabtest dan tunggu 6 jam baru boleh keluar airport, alamak....

3. Bila sampai Switzerland takut tak diterima. Hal ini kerana tiada kedutaan Switzerland di Malaysia untuk pengesahan. Call musim Covid ni tahu-tahu je lah.... tak berangkat. Hantar email pun, dia reply skema jawapan (yang general bukannya spesifik untuk warga Malaysia)

Amacam stress tak... memang stress.. Bayangkan saya susah tidur malam sepanjang sebulan persiapan tu, huhu.... fikiran terganggu sangat... 

alhamdullillah, yang (1) tu berlakunya keajaiban.. MyTravelPass saya diluluskan selepas 2 minggu. Kenalan yang nak gerak ke Dubai tu tadi baru je berlepas ketika artikel ni ditulis. Padahal dia dah start mohon sejak Julai 2021.. akhirnya tiba juga dia di Dubai selepas MyTravelPass dimansuhkan 2 minggu lepas. 

Yang lain-lain, persiapan semua stress, risau takut kena balik KL semula, hahaha... tapi aman-aman je bila sampai Switzerland. Diorang tak tanya banyak, sebab kalau ikutkan memang rakyat Malaysia boleh masuk Eropah dan UK tanpa visa. 

Tak perlu ada sebab untuk tiba di Switzerland dan vaksin selagi diiktiraf oleh WHO. Syarat yang mudah menyebabkan Switzerland menerima lebih banyak pengunjung berbanding negara-negara lain di Eropah. Menjana ekonomi gitu.....

Sepanjang persiapan, Officemate pun banyak bagi sokongan, melahirkan kerisauan.. hehe. Majikan sudi bagi unpaid leave (jimat duit company). Thanks a lot.. selain dari itu, saya communicate closely dengan 3 sahabat (kredit untuk mereka):

1. Kenix -study master, tinggal di German selama 6 tahun

2. Didi -master, pastu kahwin, pastu dah kerja di UK dah 6 tahun

3. Austrian friend - sebab dia bercuti 2 minggu di negara dia, balik Malaysia, kena kuarantin 14 hari. Dia banyak bagi share persiapan berlepas, pengalaman kuarantin & Covid latest requirements. Sebelum dia balik Malaysia saya bantu buatkan email home quarantine application dalam Bahasa Melayu.

Sekarang tidak perl menghantar email, cuma borang sahaja dan kuarantin saya 7 hari sahaja. Alhamdulillah. Kebanyakan masa saya sangat bertuah dan semuanya berjalan lancar sebab persediaan rapi. Contohnya, saya print Emirates requirement to transit in Dubai, untuk mengelakkan arguement di airport. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...