Thursday 19 February 2015

In this festival....

Assalam... dalam kesibukan kita dengan urusan seharian, jangan kita lupakan bahawa lebih setengah daripada Rakyat Malaysia kita yang berbangsa Cina sedang menyambut tahun baru mereka iaitu:


Thus, I wish you very Happy Chinese New Year to everyone celebrating in Malaysia :)

Enjoy your time with families! May the year of the goat usher in health, wealth, prosperity and all that awesome stuff. Gong Xi Fa Chai!! Xin Nien Kuai Le!


:)



Friday 6 February 2015

Siapa Tahu Seafood Segar yang Terbaik dalam Malaysia?

Assalamualaikum...hari tu sepanjang lawatan ke Singapore Masreena sempat makan seafood di tepi laut dalam Negeri Johor ni. Kalau di kawasan Selangor tu kita ada Tanjung Harapan/Gila (Klang), Jeram (Kapar), dan Bagan Lalang (Selangor). KL takde laut ye... harap maklum.... kalau nak makan ikan bakar yang paling dekat pun di Jalan Bellamy.

Antara ketiga-tiga ni di Selangor

Tanjung Gila
Jeram
Bagan Lalang

ni.... sebenarnya ketiga-tiga tempat ni suasananya hampir sama... Masreena tak ingat Tg Gila ni camane seafoodnya, sebab dah hampir 10 tahun yang lepas, tapi lebih kurang sama jugak, i mean sama tu still ada udang, still ada ketam tapi ketam bunga biasa tu je.

Dari segi rasa, saya paling suka di Jeram (Hulu Selangor). Masreena pergi Jeram di dulu 3 kali jugak semasa bekerja di Kota Damansara. Di Jeram tu, saya bukan suka pergi Medan Ikan Bakar tu tapi yang disebelahnya... rupa paras kedai tu tak berapa cantik tapi masakannya superb... sedap giler... Contohnya, Masreena suka order item ni:-

1. Udang - masak tom yam
2. Sotong - goreng tepung
3. Ketam - masak cili... ni tujuan utama
4. Ikan - masak stim... lembutt gitu
5. Kerang - selalunya bakar... ranguppp

So untuk next restaurant tu Ketam Goreng Cili nya memang guna cili kering... Medan Ikan Bakar tu guna sos... jadi memang tak sedap lah kann.. tak suka lah bahan-bahan perasa ni

Pastu Medan Ikan Bakar tu tak mesra pelanggan... sungguhpun kedainya cantik siap ada section yang boleh duduk bersimpuh  lagi

Tapi...... setibanya di Johor... oh my God memang  seriously perspective terus bertukar... benda-benda yang tak pernah tengok di tempat lain terus boleh tengok semua benda kat sini...

Gambar ni ambil dari google. Nak bagi gambaran sikit

Gambaran Senibong. Masa ni beteri kong terus, tak dapat ambil pic

Di Senibong Seafood ni adalah destinasi pelancongan yang terkenal di Johor. Sebabnya kat sini lah tempat yang korang boleh jumpa benda yang korang tak pernah makan kat seafood Melayu lain. Contohnya, LOBSTER


Inilah namanya lobster... nampak tak? besar giler dowh

Jalan punya jalan akhirnya mereka stop di kedai second hujung di Senibon g Seafood ni... masa ni tawakal je lah sedap ke tidak sebab diorang yang pilih kedai ni... Bagi Masreena, kedai yang sedap mestilah ramai orang. Tapi kedai ni sunyi je....




Cantik kan deko kedai ni? English style :)


View from the other side :)


Abaikan lengan besar aku tuh... dah macam body builder dah, haha! Sejak outstation ni badan saya naik macam di pam-pam. Sebabnya, makan mcm biasa tapi takde aktiviti fizikal langsung. Kawasan Pengerang tu bukan ada gym atau trek joging tau dak?? Yang free hair tu tenant Masreena, Patricia. Ada story pasal dia di entry INI. Sebelah tu Cik Sal, officemate Pat. Sebelah saya tu Cik Su kawan kepada Cik Sal. Kawan kepada kawan kepada kawan lah ni kiranya...


Inilah yang kami jamu malam tu. Cik Sal belanja sempena birthday Pat. Thank you Cik Sal :)

Nampak tak ketam nipah??? Sedapppp


Syok sangat makan sambil menikmati pemandangan tepi laut... macam Bagan Lalang jugak lah. Bezanya, nampak Singapore dan pelabuhan.... romantik

OK ada sedikit gambar-gambar seafood untuk korang menjamu mata.... layannn 

Harga Lobster ye. USA lobster ni paling mahal. Bolehlah korang kira bajet maksima yang korang mesti sediakan... jangan kira bajet minima pulak ye, kang tak pasal-pasal ada yang kena cuci pinggan. :D

Nampak tak perbezaan saiz lobster ni? besar yang hamat!!

 Ini tak tahu nama dia...seperti kacukan Ketam Nipah dan Lobster pulak kan :)

So diharapkan dengan entry ini akan bagi idea kepada korang untuk berjalan ke Selatan Tanah Air ni... Ini adalah destinasi wajib kalau datang Johor. Bila lagi nak pekena seafood yang hebat macam ni?


Tq sudi baca :)



Wednesday 4 February 2015

How To Go USS From RM 195?

Assalam...akhirnya ada jugak entry untuk blog ni...dah lama tak berjalan kan.. tapi saya anggap ini travel 'replacement' untuk 2014 sebab masa tu takde pergi mana-mana pun sepanjang tahun...maklumlah fokus ke lain masa tu. Jadi introduction, ini tempat terbaru yang saya pergi baru-baru ni:

Tadaaa!!!

Akhirnya ada jugak koleksi terbaru yang menghiasi Display Cabinet ku.. souvenier dari Temasek or Singapura. Cantik tak? :)

I will update to you soon...workshop dah nak start :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...