Monday 5 October 2015

Bercuti ke Lost World Of Tambun, Ipoh

Assalam.. lama giler dah tak update blog... tapi sebagaimana yang pernah Masreena bagitahu, blog ni dah jadi blog travel, so Masreena cuma update tentang travel je.. same goes to my Instagram juga, personal life memang dielakkan sama sekali..

Baiklah kali ni accidentally Masreena bercuti di Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh, Perak. Datang Ipoh sebab ada urusan yang perlu diselesaikan sebenarnya. Jadi, alang-alang dah sampai tu sempat lah masuk Lost World Of Tambun yang famous ni. Balik hari pun boleh, sebab operation hour bermula 11 pagi hingga 6 petang. Untuk accommodation seperti biasa, Hotel Regalodge di Ipoh City. Dekat dengan Greenwood. 

Try nak ambil hotel lain, konon nak cuba yang baru tapi mahal sangatlah yang lain... so last-last hotel yang sama jugak jadi pilihan, cuma RM119 je satu malam. Ok lah kan, hotel bajet tak berani lah. Lagipun memang dah puas hati dengan Hotel Regalodge, pagi-pagi ada newspaper free. Air tin free. Mineral water free. White Coffee free. Milk tea free. Amboi semua nak free je hehe.... 

Sebenarnya semua tu compliment dengan harga bilik hotel. Bukan free, still kena bayar. Bezanya hotel 3 bintang yang lain takde yang provide semua pakej tu. 

Lepaskan penat di hotel sekejap, then malam tu dinner, makan di Greenwood. 

Selfie macam budak-budak, kikikiki

Sebenarnya Ipoh ni susah cari makan Melayu. yang ada pun gerai-gerai di Greenwood ni je... iaitu berdepan dengan Majlis Bandaraya Ipoh. Selebihnya banyak kopitiam cina je. 

Kitorang berdoa supaya gerai yang kitorang pilih ni sedaplah masakan dia.. Sheols order Nasi Goreng Chicken Chop manakala iols order Kueh Teow Goreng. 

Alhamdulillah, sedap.

Masa nak pergi Lost World ni persiapan tak rapi sangat pun.... selain bawak bagasi untuk tidur hotel, i bawak beg sandang. Bila masuk Lost World barang yang lain tu tinggal dalam kereta, i cuma bawak handbag dan beg sandang tu je. Jangan lupa bawak mineral water sekali... takut haus dalam tu nanti.

Harga asal tiket RM57 tapi rupa-rupanya tiket cuma RM50.40 je seorang selepas guna kad diskaun Student. Kawan i ni orang Ipoh, celah mana dia ada student card ni entah lah... sebenarnya dia Staff yang i deal masa berurusan di Ipoh ni. Sekarang dah jadi kawan berjimba. Sanggup amik replacement leave sebab nak ikut i bercoti sakan hahaha...

So jangan lupa bawak baju basahan untuk main air dalam Lost World. Bawak bikini pun boleh hahaha...

dan jangan lupa bawa towel.

 We ols.


Sampai-sampai je kitorang naik Pirate Ship ni. sama macam di Genting, tapi yang ni kecik sikit. Lepas naik ni naik plak buaian tu, tapi terus rasa nak muntah... Dah tua kowt

 
Tak ramai orang pun... so freedom lah enjoy dalam tu.

Syok oooooo

Lepas tu i siap pergi toilet & muntahkan balik nasi lemak pagi tu... kitorang pun tukar baju, nak main air plak

 
Pantai buatan. Nampak kembang betul iols dalam ni.. kikiki

Pantai buatan dan kolam-kolam ni semua terletak centre of the Lost World. Pantai buatan ni kurang suasana pantai, cuma ada ombak je... kalau ada pulau ke... mesti lagi best kan?


Depan Pantai pula ada Ipoh Street untuk korang makan.

Susah betul nak pilih sebab semua nampak sedap je... last-last beli mi kari Ipoh. Harga RM 8.

Sebenarnya iols tengah berdiet... tu yang nak makan pun termenung kira kalori. Tapi kena makan gak, sebab nak sambung main air lepas ni.

 
Selain pantai buatan, ada banyak kolam korang boleh main... ada section kanak-kanak korang tak boleh main, tak boleh guna gelongsor air kanak-kanak, nanti petugas akan tiup wisel.

Dalam banyak-banyak game air, gelongsor air paling thrill sekali. Takde gambar sebab takde sapa boleh ambikkan. Masa main tu serious aku rasa nak tercampak keluar je... takutttt... tapi best! Kitorang ulang main 2 kali =D

Selain tu ada jacuzzi jugak. Jacuzzi ni air panas 43 darjah celcius.


Lepas jacuzzi, kitorang pergi petting zoo. Malas nak tukar baju, tapi kalau ada selipar time ni lah nak pakai. Tapi kitorang maybe nak mandi lagi, so malas lah nak tukar baju. Terus masuk zoo.

Zoo dia semua jenis haiwan ada... yang terkejut tu penyu duduk sama kolam dengan buaya kecik tu... aku suka tengok ular... walaupun takut.. ular yang diorang display tu besar giler, lagi besar dari peha Masreena... rasanya ular tua yang besar-besar ni.. tapi tak syok tengok sebab melingkar je.... badan berat sangat dah, tak larat nak bergerak agaknya 

Sekali syok tengok ular baru perasan atas kepala ada ular sawa... takotttt


Kawan iols ni sibuk main dengan monyet kecik ni... penat menunggu... nasib baik tak rushing pun... biarlah dia main asalkan bahagia


Tin Valley. Sekadar pameran sahaja. Oklah buat menambah pengetahuan.

Kawan i bergambar depan rumah hantu. Kalau nak masuk ada additional charges RM 10. Tak nak masuk sebab iols bukan peminat benda-benda seram.



Tiger Valley. Tapi kecewa sebab harimau nya senyap je... tak mengaum pun


Overall, Masreena rasa puas hati dengan Lost World of Tambun ni. Dah la murah, tapi lengkap. Semua ada. Contohnya:-

1. Water Theme Park ada banyak section... kalau bawak budak-budak memang seronok lah...

2. Ada Tin Valley.... bagus untuk pelajar sekolah mengenali sejarah negeri Perak yang terkenal dengan sektor Perlombongan satu ketika dahulu

3. Ada Lagtitude, Longitude muzeum... betul ke spell ni... sebagai negeri yang terkenal dengan gua batu kapur, Lost World of Tambun menyerlah kan identiti negeri Perak ni... again sesuai untuk pelajar sekolah yang tengah belajar semua ni dalam Kajian Tempatan dan Geografi sebab boleh membantu pelajaran korang. Senang nak ingat.

4. Petting Zoo... lengkap semua haiwan ada. Harimau ada, Buaya ada, Ular ada, Racoon ada, Merak ada, semua lah... Staff pun friendly sesangat dan tak kekwat macam theme park lain di KL.

5. Food Centre... murah dan semua jenis signature dish of Perak ada macam Mi Kari Ipoh, Dim Sum (i loveeee dim sum), dll.... 

6. Apa yang saya rasa sepanjang di Lost World, staff dan management di sini tak kekwat langsung... baik & peramah... tak berkira. Contohnya, masa di kaunter mereka tanya ada Kad Mesra Petronas tak, kad student ada tak, sebab nak bantu guest dapatkan harga diskaun. Aku rasa kalau Sunway Lagoon mesti tak macam ni. Sunway Lagoon langsung tak boleh bawak masuk air mineral, tapi Lost World dibenarkan. Ok lah kan? Maybe sebab ini bukan KL... tapi Ipoh...kalau KL mesti kena gigit sampai ke tulang punyerr

7. Parking RM 1 per entry. Murah! 

So far Thumbs Up lah untuk Lost World Of Tambun ni!!!! Memang puas hati sesangat.... Satu hari nanti boleh datang lagi dengan family pulak =D






Friday 4 September 2015

Jessica Alba: The New Tycoon of US


Berita terhangat!!!! Jessica Alba telah mengejutkan dunia di musim panas 2015 apabila Wall Street Journal merekodkan bahawa Syarikat perniagaan Jessica Alba, Honest merekodkan nilainya sebanyak USD1.7 billion seterusya mengangkat Jessica Alba sebagai HARTAWAN WANITA TERKAYA DI AMERIKA SYARIKAT / the most richest woman tycoon in US!

Kini, mereka yang pernah memandang Jessica sebelah mata mula mengakuinya dan mengangkatnya sebagai mogul baru dalam bidang perniagaan. Rasa macam tak percaya, gosok-gosok mata sekejap dengan pencapaian luar biasa Jessica Alba ni! Kekayaannya dilaporkan telah melebihi semua selebriti lain terutamanya Beyonce (penyanyi terkaya di dunia) dan Jennifer Lawrence (pelakon wanita terkaya di dunia)

Apakah rahsia kejayaan Jessica Alba sebagai wanita terkaya? 

"Majukan dengan keinginan. Saya selalu rasa bertanggungjawab terhadap kewangan sendiri. Saya melabur dengan membeli syarikat Honest. Kedudukan Honest tidak menentu selama 3 tahun berturut-turut tetapi saya tetap mencuba lagi... dan lagi! Walaupun orang sekeliling mengejek saya pada ketika itu...."

"Find your people - actually nobody's want to help me at that time. My husband introduced me to Christopher Gavigan. Ia mengambil masa yang agak lama untuk saya bertemu dengan rakan kongsi yang sesuai. Ia penting memastikan kamu bersama dengan individu yang lebih berpengalaman dari kamu..."

"Saya akan curi kebijaksanaan orang lain dengan mengajak mereka minum bersama, 'hey.. i have a lot of thing to ask you, may we having a coffee together?' "

"Saya dan suami mengelak untuk bekerja di sebelah malam which is very important to connect each other even only just watching TV together! Kehidupan sering di luar dugaan, kita perlu mencari masa dan mengutamakan keluarga. My parent have been married in 35 years, sometimes have misunderstanding but try to communicate about everything.."

How inspiring your story Jessica Alba! All the best in the future ok! You have made the right decision in your life!


Wednesday 8 April 2015

Regalodge Hotel, Ipoh yang sangaaattt best!

Assalam semua, lama sangat dah Masreena tak update blog. Kali ni saya nak story pasal Hotel yang menarik di Ipoh. Saya booking hotel melalui Agoda.com.

Hari tu Masreena dah stay di Hotel Golden Roof iaitu hotel 3 bintang. Masa booking di Agoda hari tu ternampak hotel ni 3 star. Saya expect semua hotel 3 bintang ada bath tub. So main booking je lah hotel lupa nak tanya petugas hotel dulu. Last-last bila dah check in rupa-rupanya takde... that's why second time datang Ipoh memang study web Agoda tu untuk cari hotel yang biliknya ada bath tub tapi dengan harga terendah. Kebanyakan hotel lain kebanyakannya 200 ke atas untuk bilik yang ada bath tub. Bukan apa aku nak buat Milk Bath, tu yang nak hotel ada tab mandi. Rumah kan takde... sekali sekala dapat peluang stay hotel lah baru nak merasa buat Milk Bath sendiri, kalau buat kat SPA mahunya RM 70.

Study punya study akhirnya, dapatlah Hotel Regalodge ni. Itupun bilik DELUXE tau, kalau SUPERIOR bilik yang paling basic. Takde bath tub. Harga RM 130 satu malam, aku book untuk 2 malam. Dah campur tax semua sekali RM 286 untuk 3 hari 2 malam.

Sebelum tu nak tunjukkan harga asal bilik-bilik dalam ni sebelum korang kena tipu dengan Agoda.com. Aku dah terkena masa Golden Roof Hotel.


Lantai kayu tiruan. Ada cupboard & display cabinet. Rasa macam nak tiru je kalau renovate rumah nanti

Ada bench untuk letak lap top beg aku semua. Beg baju masuk almari. 


Masuk bilik je terus landing barang-barang atas bench ni

Seriously aku suka ambik inspirasi hotel-hotel yang aku pergi untuk renovate rumah kecil aku tu satu hari nanti :)

 

Welcome drink :)

Bed yang cozy


Kriteria yang buat aku impress bila dia rak TV siap ada list channel yang kita boleh tonton. Barulah ada idea apa nak tengok. Kreatif & kritis sangat pemilik hote ni & patut dicontohi oleh hotel-hotel lain =)

Desk penting sebab aku nak buat kerja... terkejut tak korang tengok aku siap bawak printer lagi? hehe

Cantik ar toilet dia.... mesti tiru ni



Bath tub nya even plastik & kecik je saiznya, ok lah.... dah nama pun hotel 3 bintang... janji ada bath tub aku nak ber mandi susu, hehe

Pemandangan dari luar tingkap yang mengadap lobi utama. Hotel ni terletak bersebelahan dengan Regency Hotel, dari jalanraya agak terlindung dengan rumah orang yang klasik giler ni. Aku suka!

See? Terlindung di sebalik rumah lama ni. Padahal terletak di tengah Bandaraya Ipoh =)


Ada senarai menu. Maaflah terbalik. Tapi menu nya kurang menarik untuk aku order... berpuluh kali gak aku belek fikir nak order apa. Last-last petang tu aku start enjin kereta pergi Majlis Bandaraya Ipoh order Pataya Banjir, hahaha


Bath tub dengan warna putih airnya tu aku dah letak bancuhan Milk Bath.. berendam puas-puas aku malam tu!

Aku amik shower gel ni campur dalam Milk Bath tu kasi wangi.. lupa la bawak minyak aromateraphy

Shower dia lebat puas hati

 


Pastu dari segi kemudahan, kat situ standard lah macam hotel yang lain ada Spa, Reflexology, Restaurant, Laundry. Petang tu balik aku pergi buat Reflexology, alhamdulillah sedapnya dan selesa aku rasa pastu. Murah je cuma RM 58 je untuk sejam. Rasa nak tertidur je

Ni pic tempat Reflexology tu. Ambil gambar ni dari website.

Tukang urut hari tu, dari Chiang Rai, jauh giler. Cantik orangnya.... umur 36 tahun, anak dua orang. Datang kerja Malaysia untuk setahun kumpul duit hehe....

Lagi satu yang suka hotel ni pagi-pagi diorang bilaskan windscreen kereta kita bagi clear.... bagus tak? Pandai diorang ambil hati. Pastu pagi-pagi ada suratkhabar diorang hantar. Tak sempat pun baca, tapi aku kutip je bawak balik rumah buat stok suratkhabar untuk alas apa-apa hehe.....


Aku cadangkan kalau korang nak cari hotel 3 star yang ada bath tub, boleh ambil Hotel Regalodge ni. Puas hati dengan kemudahan dia lengkap walaupun sederhana, tapi semua benda ada. Ada meja buat kerja, bangku tempat landing barang, ada drinks. 

Aku faham ada yang tak sanggup spend untuk 4 star, jadi aku cadangkan ini hotel yang terbaik & selesa dengan bajet korang. Pasni kalau pergi Ipoh lagi, ini antara hotel yang aku akan pilih :)


Semoga bermanfaat untuk pembaca :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...