Wednesday 11 December 2013

Terbang di Golden Palm Tree

Assalamualaikum w.b.t.

Lamanya saya tak update blog.... tapi apakan daya Masreena tak pergi melancong mana-mana pun.. takkan nak buat cerita rekaan pulak kan. Tapi bulan 12 hari tu saya ada naik lagi Tandem Paramotor cuma malas nak update.. hari ni Masreena ala-ala sedih, lagipun sedang bercuti.. so saya pun melapangkan masa untuk tulis blog

Hari tu saya main Tandem Parachute ni sorang-sorang je...janji dengan sorang kawan tapi biasalah kalau janji dengan air liur je confirm last minute cancel kan?

sepatutnya lokasi yang dijadualkan Pulau Indah, sama macam hari tu (KLIK SINI). Tapi masa reservation tu uncle cakap this week buat kat Golden Palm Tree, Sepang terus Masreena setuju! Ye laa takkan nak mengulang location sama je kan. Teringin nak tengok pemandangan Pantai Golden Palm Tree daripada atas camane... mesti cantikk

Nak dijadikan cerita masa otw ke Pantai Bagan Lalang tu GPS buat hal... entah jalan jauh dihalanya aku... punyalah terasa jauhh... tiap kali masuk je selekoh ingatkan dah sampai rupanya belum lagi, adehhh.... hangin je rasa... sudahnya 1 jam la jugak perjalanannya, rasa nak nangis je aku drive lama-lama dalam kereta... Punyalah menyumpah dalam kereta, kah kah kah...tapi sebaik sahaja sampai dan nampak ada Paramotor yang sedang terbang kat atas... terus bertukar mood dengan serta merta, excited!

Paramotor ni kalau boleh reserve la tengahari sikit atau pagi. Kalau lewat petang takut hujan. Tak pasal-pasal kena postponed. Datang jauh ni tau. Habis minyak kereta.

 Are you ready? Fly!


Sayup-sayup Golden Palm Tree masa amik corner

Berbeza sikit Paramotor yang ni sebab passenger duduk belakang... merempitt

"Sayang selesa tak duduk belakang tu?"
"Selesa sangat bang... thanks for your concern" kikikki

 Naik jenis yang ni laju giler paramotornya... kalau bercakap habiss terbang air liurr

 

Golden Palm Tree

Cantikkk


Golden Palm Tree ni tiru resort pokok kelapa kat Dubai tu sebenarnya


 
 Nampak kan? Pokok kelapa

Masa sampai ni sebenarnya ada satu keluarga ni nak naikkan anak remaja dia... orang kaya kot, selamba je keluar duit RM 180 untuk naik paramotor ni.. pastu siap tambah RM 30 untuk video lagi.. tapi masa ni Masreena beli baucar dengan harga RM 130 je. Ingatkan diorang tipu (harga asal memang macam tu) tapi silap.. rupa-rupanya memang harga asal RM 180. Masreena nampak parent tu hulurkan duit RM 180 pada uncle tu. 

Uncle tu siap pesan kat Masreena.. kalau lebih daripada seorang, bawak kawan boleh dapat RM 100 je dia bagi special rate... tak payah beli baucar, call je nombor dia. Ok lah tu? Sebab sukan udara ni harga memang mahal... tak kira lah ko nak naik heli ke, air craft ke, paramotor ke, payung terjun ke... semua mahal-mahal... 

Btw ni contact number uncle tu

Xtreme Sky Adventure
Michael Yoo : 016 - 2077 077

Sehingga bertemu lagi... tata


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...