Sunday 4 September 2016

Jessica Alba: Why She Started A Business and Left Her Acting Career?

Jessica Alba - nama actress yang sebenarnya tak berapa pasti pun apa filem lakonan dia saat-saat dia sering muncul di media dalam tahun 2007 ke atas. Yang aku ingat, dia ni asyik muncul dalam majalah hiburan je itupun sebab kawan-kawan urban dok kenal dia dan sebut nama dia masa membelek majalah

Image result for jessica alba
Jessica Alba - An American actress yang mempunyai darah kacukan Sepanyol dan Inggeris.
Pastu dalam tahun 2007, untuk pertama kalinya aku tengok Jessica Alba berlakon dalam filem Good Luck Chuck tapi tak best pun dan harapkan tayang body je banyak. Ye, tidak dinafikan Jessica Alba memang cantik dan berusaha keras untuk mengekalkan bentuk badannya tapi dalam dunia lakonan, tahap dia cuma yang sama dan watak yang dia dapat pun hampir sama sahaja. hmmm

Yang aku ingat dia berlakon sebagai Sue Storm dalam Fantastic Four yang cerita tu sebenarnya ringan je dan macam biasa, Jessica Alba akan mengenakan costume ketat dengan nampak cleavage as per expected.

Sue Storm di mana Jessica Alba berlakon di samping Chris Evan. Aku tahu filem ni pun untuk cari filem-filem lakonan Chris Evan yang terdahulu
Yang terbaru aku tengok filem The Mechanic: Resurrection pun sama gak wataknya... rupa-rupanya, di sebalik nama Jessica Alba yang kurang menyinar dalam lakonan di Hollywood, ada cerita di sebaliknya.

Media barat melaporkan, Jessica Alba terkilan dengan dunia lakonan kerana sukar mendapatkan tawaran berlakon disebabkan rupa parasnya. What? Like seriously?

Bagi kita warga Asia, Jessica Alba memiliki rupa paras yang agak cantik. Namun bagi keperluan lakonan di Hollywood, dia tidak memenuhi kriteria yang dicari oleh pengarah 

"Semenjak usia remaja, saya sering ditolak oleh pengarah kerana rupa paras iaitu saya tidak berwajah 'caucasian' sebagai watak utama dan saya tidak pula memiliki wajah 'latin' untuk watak pembantu. Mereka melabelkan diri saya sebagai 'eksotik'! Saya bosan dengan keadaan itu"

Kalau ikut orang barat, wajah Eksotik ni diorang anggap orang Asia...
tapi memang, mula-mula aku tengok muka Jessica Alba dalam majalah, hati aku tertanya-tanya kenapa muka dia kurang mat salleh (white people) dan nak kata Latin (macam JLo, March Anthony) pun tak jugak... Jessica Alba lebih kepada muka orang asli pribumi, gitu tapi dalam versi yang cantik lah pada aku. Jessica Alba ada iras Normala Shamsuddin. Kalau korang tengok filem Hollywood, selalunya pelakon wanita pasti akan ambil caucasian, black atau pelakon pembantunya samaada Latin atau orang Asia. 

Jadi, tetiba aku bersimpati dengan Jessica Alba dengan luahan perasaan dia. Sedihnya dia tak mintak dilahirkan muka eksotik macam tu T_T

Same goes to Arianna Grande yang berwajah 'undefined'. Tapi Arianna agak bernasib baik kerana dia bukanlah pelakon, dia penyanyi so nobody's bother about her looks. Mungkin itulah sebabnya Jessica Alba telah beralih untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang menjadikannya sebagai Hartawan Wanita Terkaya di Amerika Syarikat. Yes, CLICK HERE. I just wanna say that your decision  to left acting is right ! Business will never give you a discrimination unless you are working hard. Congratulations Jessica! Keep moving!!! ❤❤❤


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...