Thursday, 8 February 2018

Tips Pergi Paris dengan Kos Paling Murah


Teaser!!!!

Baiklah sambung daripada entry yang lepas

Tiket yang saya beli itu kalau diamati, ada TRANSIT atau stop di Istanbul Attartuk Aiport, Turki. Perjalanan saya menggunakan Turkish Airlines. Ini bermakna kalau ada transit, kita akan transit di airport negara tu.

Saya makan dalam flight sebagai sahur, boleh tahan juga makanan Turkish Airlines tapi bagi saya Emirates lagi sedap... kopi sedap... roti sedap... then touch down di Istanbul Atarturk Airport, kebetulan terus masuk waktu Subuh.

Jadi memandangkan transit sahaja, maka saya leka menikmati keindahan kafe-kafe yang ada di sekitar airport... tengok orang keluar masuk... dan mengambil gambar dek kerana mengagumi kecantikan kafe atau restoran yang saya tengok tu. Nak makan tak boleh, sebab puasa masa tu. Memandangkan itu adalah hari pertama saya bermusafir, rasa sayang pulak nak berbuka.


Tapi bila dah turun flight kebetulan saya uzur syari'e setengah hari di Istanbul. Transit agak lama dalam 10 jam... ko bayangkan... betapa lama menunggu... puncanya, FLIGHT DELAY. Arghhhh!!!! dan dalam mundar mandir di airport tu (kekejap solat kekejap duduk kekejap cari wifi, hehe..) sempat dapat sorang kawan di sini.. dia siap belanja saya minum Starbucks (bukak puasa). Kawan saya ni dari Iran.

Sepanjang 10 jam saya berada di Istanbul Airport, saya mula memahami selok belok kehidupan middle class upper ni camane... camane golongan professional manage life diorang, ini berdasarkan pengalaman saya... dan selebihnya saya ada beberapa kawan yg high profile yang ajar saya untuk travel, the tips and the trick. Ahakssss









Ok sebahagian daripada video IG.. maaf lah saya ambil melintang handphoone tu bukan menegak. Apa yang aku beli pada masa tu, cumalah charger iphone.

15 Euro jugak beli charger Iphone

Saya mendarat di Airport Charles De Gaulle (CDG) dan berpandukan train, saya menuju ke hotel yang saya tinggal hari itu iaitu Jacobs Inn. Then sambung lagi flight selama 3 jam maka.. sampailah saya di Paris Areport, Charles De Gaulle.

Aiport CDG Paris ni serious bosan, tapi agak user friendly. Nak pergi train menuju bandar Paris, cuma tukar Terminal je. Dah tak ingat Terminal berapa, saya kalau travel memang memanjang cari Information Counter je. haha!

Train menuju ke Paris dalam 1 jam perjalanan... siap delay ok.. tetiba stop.. ada banyak gak mat salleh yang fedap dan turun terus even belum sampai lagi di stesen yang dikehendaki. Saya turun di Gare Du Nord, iaitu tren sentral, ia seolah-olah macam KLIA transit ke KL Sentral lah. gitew. Harga tiket 10 Euro bersamaan RM 48.30... huhu... mahal kan... terkejut gak masa bayar tu harga tiket train sampai 10 Euro... sebab masa di Schipol Airport (Amsterdam) dulu nak ke Amsterdam Centraal cuma 3.30 Euro je... maybe sebab dekat sikit.

Sampai Gare Du Nord, nak cari hotel. I decide naik teksi je. Sebab tak pasti apa stesyen Metro yg berdekatan hotel. Teksi driver situ semua daripada Algeria... orang Arab / Qurdish. Dan teksi situ ikut que. Maka salah sorang daripada diorang hantarlah saya ke hostel ikut alamat yang saya tunjukkan...

Cara Ke Hotel Jacobs Inn dari Airport CDG

Mula-mula dari Airport CDG tu, korang akan berada di Terminal 1. Untuk ke Bas Sentral dan Train Sentral, silalah naik shuttle percuma (macam monorel) dari Terminal 1 ke Terminal 3. Masa ni saya siap cari Info Counter (bukan Marion Caunter ye) untuk tanya bagaimana ke tren station.

Still simpan lagi! hehe... ye, memang akan digunakan buat rujukan pada masa depan.

Dah sampai Terminal 3, kena jalan sikit ke bas station atau tren station. Tren sentral yang orang selalunya pergi adalah Gare Du Nord Menghala ke Massy Palaiseau. Sebenarnya saya refer pada goggle maps: SINI

Tapi sebenarnya, korang tak payah turun di Gare Du Nord pun takpe, beli tiket ke Station Barbes - Rochechourat so tak perlulah naik teksi ke Jacobs Inn. Sebab station ini betul-betul bertentangan dengan Jacobs Inn. Adehhh... tak semua goggle tu bagi info yang tepat ye.

Sepanjang perjalanan tu, driver Arab tu bagitahu saya serba sedikit pasal Paris... Paris banyak immigrant, banyak foreigner.. pastu tempat yang saya stay tu banyak orang Arab Algeria yg jual dadah.. jalan tu mcm Chow Kita. Gulp! ye ke?? alamak takutnya.. tapi mujurlah hotel saya tu terletak di hujung jalan Barbes tu. Pastu melintas terus je ada Metro station.

Lepas bayar tambang teksi 7.30 Euro, masuklah saya ke hotel. Naik tangga ok. Pastu turun bawah ke hall tu & mula bercakap-cakap dgn staff hotel tu, orang Arab Morocco. Baik sangat & very helpful.

Then sampailah ke hotel, lega sangat. Hotel ni saya booking separate dgn beberapa malam, tapi basically cuma 22 Euro sahaja satu malam murah, kerana berkonsepkan hostel. 22 Euro bersamaan RM 110 jugak satu malam untuk currency exchange masa tu. Ehem.. sedar sikit kita di Paris ye! So memang mahal! Nak murah tak payah berjalan, haha


Recipt booking ada dalam email. Tapi malas pulak nak cari, haha! Baiklah aku scan je resit bayaran sesambil mengimbau memori kat sana. Ahaksss

Then aku jengah tengok dapur & dining room dia. Dah nama pun hostel, tak payahlah nak expect adanya kemewahan yachh

Kenapa saya pilih Jacobs Inn? saya pilih hostel mengikut saranan Adikku, Siti yang saya kenali di Swiss hari tu (dah cerita dalam entry yang lepas). Dia kata mana-mana tempat travel dia akan cari tempat yang ada dapur, supaya senang nak masak terutamanya pergi ke negara Barat, kena masak sendiri. Beli barang dapur di Carrefour dan masaklah. Kalau makan di luar, contohnya Paris ni banyak kedai pastri, takut dalam kek ada wine. Takut dalam roti TAKDE babi, tetapi overn yang digunakan adalah oven yang sama untuk roti yang ada pork.

Ni dining room yang lama kelamaan jadi tempat hang out & berborak sakan dengan kawan-kawan serata dunia ye! Nantikan entry nya
Ok dah jenguk sikit lebih kurang, tak sabar nak tengok Eiffle Tower. Jommm

Dari Station Barbes Rochechouar ke tempat Eiffle Tower

Ok sebenarnya korang ada pilihan untuk naik Metro (bawah tanah) atau Bas. Macam korang di sini nak naik bas atau tren yang lagi senang?

Bagi aku... senang lagi naik bas sebab boleh tengok pemandangan dan bangunan-bangunan sepanjang bandar. Lagipun naik bas, tak sakit kaki turun naik tangga berbanding kalau korang train/monorel/dll kan?

OK, korang kena beramah mesra sikit di kaunter Metro. Petugas sangat helpful, cuma ko kena ucap Boujour (mu-jo) sebelum proceed ye, kalau tak diorang tak layan! haha.. aku dah terkena    😁😁😁

Then, tanya dia ko nak pergi mana. Dia akan adivce ko. Dan, tak payah risau untuk ke tempat lain sebab once ko dah sampai Eiffle Tower, ke tempat lain cuma jalan kaki. So, beli 1 tiket je untuk hari tu selagi ko berjalan dalam bandar dan harga tiket 1.7 Euro. Mintak MAP untuk tahu kedudukan sigature attraction yang korang nak pergi.

Contoh map Paris
Kalau naik bas, boleh tanya pada mana-mana driver bas korang nak ke Eiffel Tower ke, Arch De Trompe ke (sebab dari Arch De Tromphe ke tempat bergambar Eiffle Tower cuma satu row kedai je jalan kaki) so dia akan bagitahu bas nombor berapa. Ko sebut je, Eiffle Tower! haha senang kan? Tambang pun murah, 2 Euro. Berjalan lah ko merata lepas tu 😊

Arch De Tromphe
Actually, tempat ni macam roundabout. Memang penuh kereta dengan traffic light lagi. Kalau bergambar pun atas laluan pejalan kaki je.

Aku snap ni bukan atas jalan ye... tapi atas pedestrian way

Kalau malas nak berjalan, dari Arch De Tromphe, ambil bas nombor 31 untuk ke Eiffel Tower.

kalau betul nak ambil gambar berlatar belakangkan Eiffle Tower, kena turun di station: TrocadΓ©ro

Ko akan dapat view macam ni =)
Kebetulan aku dapat ambik view yang agak cantik jugak kebetulan cuaca baik... hehe

Makan!!!
Masa ni banyak giler Pak Hitam yang menjual key chain Eiffel Tower tu, 1Euro dapat 5. Kesian tengok diorang berpanas, apa salahnya beli dengan diorang daripada beli di shopping mall kan? Masa ni tak lama pun aku spend masa di Trocadero sebab mengejar nak tea time dengan gembiranya di Laduree. hehe
Berjalan je sekejap menyelusuri Arch De Tromphe dan Champ Elysee tu tadi, jumpalah Laduree. Alhamdulillah sampai juga aku ke sini :)



Laduree =D


Pemandangan sepanjang perjalanan ke Laduree

Bangunan-bangunan kedai yang sangat klasik kiri dan kanan jalan

Jumpa gak butik-butik mewah seperti Chanel & Longchamp






Pemandangan di dalam sangat mewah! Woww... padahal bagi orang Paris, biasa je pun


Happy face sambil-sambil risau kadar gula dalam badan akan naik lepas makan ni 😞😞

Sebenarnya saya memang penggemar Macaron, jadi memang teringin nak rasa sambil menikmati pemandangan indah makan macaron di Laduree, namun begitu semenjak usia menginjak 30an ni saya dah kurangkan gula dalam pemakanan harian saya.... kopi O pun tak letak letak gula kecuali kopi susu. Oh ya, hidangan ni dalam 13 Euro bersamaan 65 ringgit... OK? Pejam mata dek nak try macaron paling popular dalam dunia πŸ˜†πŸ˜†
Masa ni bahagian luar takde orang pun =)

Layanan orang Paris terhadap saya pun baik, siap ambil kan gambar untuk saya =D
Ok kemudian saya menuju ke Museum Le Lourve, di mana potret Monalisa diabadikan. Sampai-sampai je nak pengsan tengok banyak giler orang berbaris!!!

Museum Le Lourve
Pemandangan dekat

OKlah, untuk hari pertama, rasanya dah cukup aku berjalan. Masa ni aku balik dengan bas ke Barbes/Jacobb Inn dengan tambang bas 2 Euro. Bukan apa, besok paginya ada presentation, so nak balik rehat susun baju-baju. Baru fikir nak berjalan, yang penting fikir cari duit untuk menjalani kehidupan pada bulan-bulan yang seterusnya. Stay tune! πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜„







Saturday, 27 January 2018

Pergi Paris dengan ground cost RM 1,500

Good morning all,

Percaya tak saya pergi Paris bulan Ramadhan 2017 dengan hanya RM1,500? Silalah percaya! OK, of kos lah harga tak termasuk flight, sebab harga flight ni ikut korang dapat harga yang macam mana kan?


Saya tulis entry ni, untuk bantu pembaca-pembaca seluruh Malaysia supaya keluar travel, pergi ke Paris dan menikmati dunia. Supaya minda lebih terbuka, menambah ilmu pengetahuan dan insya allah, menurut sunnah Rasullullah s.a.w. supaya kita berkenal-kenalan dengan bangsa lain, supaya kita tak anggap bangsa kita atau makanan kita atau tempat kita atau budaya kita adalah yang paling bagus dalam dunia…

This is my own picture OK =D

At the momen i writing this blog i feel soo happy to flash back all those memory...
Me πŸ˜‰
Classic :)


Me & my friend from Hong Kong ❤πŸ‘―πŸ‘°

Alamak bestnya.... rasa nak ulang balik to Paris... I can't wait to repeat Paris ❤❤❤

Tapi sebelum saya ceritakan pengembaraan saya yang seterusnya, saya nak bagitahu awal-awal, walaupun saya cuma perlukan ground cost RM 1,500 je untuk ke Paris, tetapi dalam akaun bank saya sudah standby RM3,000 ok.

Ini bermakna anda tidak boleh expect, selepas beli tiket flight, cukup wang RM1,500 dah boleh terus tukar ke money changer ke matawang Euro dan terbang! Jangan!

Anda perlu ambil kira kesiap-siagaan anda terhadap apa-apa musibah… kecemasan…. Atau tertinggal flight, dll yang mana kena ada wang standby untuk menghadapi semua tu. Kerana, kalau wang tidak mencukupi, itulah yg terjadi apabila ramai orang yang overstay atau menjadi pendatang haram terus di negara orang, sebab TAK CUKUP WANG untuk kembali ke negara asal masing-masing (nauzubillahiminzalik mohon Allah jauhkan)

Ingat lagi tak pepatah Melayu lama mengatakan, “Air yang tenang jangan sangka tiada buaya”
Jadi, itulah sebabnya saya terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk cukupkan wang sebelum terbang ke Paris/Europe/oversea. Bukan ground cost semata-mata, tetapi STANDBY MONEY. Ini sangat penting. Jangan dibuat-buat terbang ke negara orang, tanpa wang secukupnya. Di sana, mereka tak boleh bantu kita kalau kita tiada wang. Mereka orang negara barat, mereka tiada budaya SEDEKAH atau MEMBANTU TANPA BALASAN, oleh itu sebelum terbang ke mana-mana Negara…. duit memang sangat-sangat penting.

Berapakah Harga Flight ke Paris?

Flight ke Paris ni saya beli sebaik sahaja sampai dari Amsterdam! Haha! Punyalah masa tu terkenang-kenang nak ke Europe lagi… sampailah ‘terbeli’ tiket yang kedua ke Paris! Harga Tiket yang saya beli online tu berharga RM 2,300 seperti gambar di bawah ni.. saya print balik je daripada email. 


The price is there :)
Bila ada transit, kita akan transit ke Negara asal untuk jenama penerbangan tersebut. Last time I went to Amsterdam, I was taken Emirates flight so the transit in Dubai. For Paris I dengan Turkish Airlines, so transit di Istanbul.

OK kan? Jadi bila dah beli flight, barulah masa tu sediakan duit ground cost pula iaitu merangkumi transporation, accommodation, entry fee & makanan. Betul, memang RM1,500 je overall! Sebab bagi I Paris adalah tempat termurah dalam Europe berbanding Negara-negara lain yang I pernah pergi iaitu Holland, Swiss, & Germany. Mungkin ada tempat lain yang lebih murah di Eropah Timur, but for me, Paris is the best & cheapest, no wonder ramai rakyat Malaysia keep repeating to Paris kan!

The reason kenapa I tak pergi ke London, sebab I rasa British Pound agak mahal masa tu (which actually Euro memang tengah mahal iaitu RM5 untuk setiap Euro). Semasa entry ni ditulis, Euro dah turun harga dah even USD sekalipun.

U imagine sebulan sebelum berlepas ke Paris, tangan saya sejuk setiap kali tengok matawang Euro semakin meningkat daripaa 4.80 ke 4.90 kemudian sampai 5 ringgit! Tapi janganlah disebabkan perbezaan beberapa puluh ringgit tu je, sampai korang nak batalkan trip pulak kan! Cuma terbayang masa tu, tak boleh nak shopping banyak-banyak pun di Paris disebabkan matawang semakin mahal!

Dan one more thing kita kena set mind kita, once u buat pergerakan ke negara-negara lain, korang kena set mind yang kita memang akan rugi sikit duit tanpa apa-apa reason pun. Ok contoh, kerugian yang pertama;

Masa korang beli Euro 1000 dengan harga RM5,000 dengan harga 5 ringgit = 1 Euro

Saya tukar sampai seribu Euro iaitu separuh daripadanya saya tak plan nak guna pun, tapi macam I cakap, kena ada standby kecemasan, duit yang ini I hide in my sling bag, not put in the purse. Sebahagian duit 3 ribu tadi standby dalam mesin ATM, untuk draw dari Paris if let say berlaku kecurian/hilang duit/dll yang tidak dijangka.

OK, berbalik kepada perbincangan ‘duit rugi’ tadi :J

Money changer akan beli matawang lain dari pelanggan dengan harga lebih murah daripada yan mereka jual. Contoh;

Bila balik sini if let say ada balance Euro 300. Korang ‘jual’ semula Euro 50 di money changer, money changer cuma akan beli dengan harga RM4.80 untuk 1 euro jadi korang dapat RM1,440.

Padahal sebelum berlepas semasa korang beli Euro 300 tu dengan harga RM1,500. Maka, berapakah kerugian korang?

Kerugian korang               = RM1,500 – RM1,440
                                          = RM 60

Faham tak? Dah rugi 60 ringgit macam tu je… padahal di Malaysia kalau korang pergi restoran, isi petrol ataupun naik Grab punyalah bergaduh tak nak rugi walaupun 10 ringgit kan? Kah kah... tuuu diaaaa

Ini sesenang je bagi untuk RM 60 pada money changer kan.... gitew... Itulah yang I cakap, apabila kita mula start travel, atau urusan membabitkan negara lain, don’t expect u will never lost even 1 cents no matter how proper is your plan… ok..

Just prepared your mind to be lost. OK

Any question to ask? Just leave your comment & I will answer kkk... have a nice day ahead!






Monday, 1 January 2018

Priyanka Chopra - - dan Perjalanan Merentas Benua

Interview Priyanka Chopra dengan Cosmo International Januari 2018. Sangat tertarik dengan temuramah tersebut especially dengan cara dia maintain hidup dia walaupun perlu melakukan perjalanan merentas benua.

Ada sesiapa tak kenal Priyanka Chopra??

Untuk sesiapa yang belum mengenali Priyanka Chopra, beliau adalah artis kelas A di India iaitu bintang Bollywood yang berjaya. Priyanka Chopra mula dikenali selepas memenangi pertandingan ratu cantik Miss World 2000. Wowww hebat! yang mana tak kenal tu, mungkin masa dia top korang masih dalam buaian lagi.... hahahaa
Bermula daripada situlah kerjayanya sebagai pelakon terus menyinar dan slowly mencipta nama di persada Hollywood. Priyanka Chopra memiliki 21 Juta Follower in Instagram dari serata dunia!!

Follower sampai 21 Juta! Rasanya IG bintang Bollywood paling popular setakat ni! 
Quantico adalah series yang menaikkan nama Priyanka Chopra di Hollywood. Dan filem terbaru yang saya tengok tahun 2017... jeng jeng jeng.. filem Baywatch bergandingan dengan The Rock dan Zach Afron. Ala.... remake filem Pamela Anderson lari tepi pantai dengan buah gegar-gegar dulu tu =P

Image result for Baywatch
Priyanka Chopra watak sampingan antagonis, jadi takde dalam poster. Tapi itulah first time saya tengok Priyanka ni dalam movie
Baiklah.. berbalik pada temuramah tadi. Saya memang kagum dengan usaha keras Priyanka yang ingin meletakkan dirinya setaraf dengan pelakon-pelakon kelas A di Hollywood. Walaupun bergelar bintang di Bollywood, dia tidak menikmati status yang sama di Hollywood.

Dengan itu Priyanka berkata, untuk mencapai impian tersebut, dia akan padatkan hari bekerja dengan semua komitmen yang dia mampu handle, dan tidak membenarkan dirinya menikmati that kind of luxury time in her life, in order to achieve the dream.

Cantikkkk

Apa yang berlainan dari kebiasaan, Priyanka tidak memilih untuk berpindah terus ke USA (kalau di negara kita, sepertimana yang dibuat Yuna Zarai yang berpindah ke LA) kerana sebab peribadi, iaitu untuk mengekalkan hubungan kekeluargaan tambahan lagi Priyanka tinggal serumah juga dengan sepupu-sepupunya (ada orang tak mampu sacrifice homely type life).

"I am a major homebody. Berbanding pergi bercuti ke tempat eksotik, saya lebih memilih untuk meluangkan masa untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga (sepupu) di mana-mana sahaja - kami berbual, makan dan kalau boleh tak mahu ke mana-mana..."

Agak-agak,,, bagaimana Priyanka kekalkan kehidupan normal walaupun terpaksa berulang alik antara India (Benua Asia ye) ke USA (Benua Amerika)?

"Disebabkan terpaksa berulang-alik, saya cuba pastikan beberapa segi kehidupan tetap stabil. Saya bawa bersama tukang masak dan pembantu saya sepanjang perjalanan merentasi benua, Sekurang-kurangnya beberapa perkara masih tidak berubah - antaranya menikmati hidangan India setiap malam.."

Bagi saya, cara bekerja antara 2 benua adalah perkara yang tidak mustahil untuk dilakukan, tetapi perlukan berkali ganda komitmen dan usaha kerana perjalanan jauh bermakna, banyak wang dan masa diperlukan iaitu menunggu boarding time, flight time (rasanya 8 jam jugak USA-India ni) dan check out from the airport, airport transfer, jet lag lagi.... wow... Priyanka memang seorang wanita yang kuat, dan berprinsip kerana mengutamakan keluarga sehingga sanggup berulang alik. 

Bayangkan kalau kita kena berulang alik dari Putrajaya ke Mutiara Damansara pun sanggup sewa bilik, inikan pula dari India ke Amerika Syarikat!!!!


Apa komen anda? 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...