Saturday, 8 October 2011

Dancer.

Dalam kelas tarian baru-baru ni membuatkan aku asyik teringat je dengan kawan2 Navy aku masa masuk PALAPES dulu.

Belajar tarian moden membuatkan aku membandingkan perbezaan aerobik, kawad kaki, kawad bersenjata dengan tarian. Dalam banyak2 tu kawad/perbarisan adalah paling sistematik, jitu, dan padu. Semua pergerakan mesti dikira masa supaya tangan, kaki, dan movement kelihatan sama dan sharp. Aku paling jatuh cinta dengan latihan kawad senjata.

Kawad senjata yang selalunya guna senapang M16 dan beare memerlukan fokus yg tinggi supaya peka dengan arahan komander. Alhamdulillah aku rasa bertuah sebab aku tak pernah ponteng latihan kawad senjata dan aku syukur sangat sebab telah menikmati setiap detik2 indah latihan yang cuma berpeluang sekali seumur hidup...

Selain kawad bersenjata masa pentauliahan diRaja PALAPES di UiTM pada tahun 2007 kami ada buat persembahan pada malam tu menggunakan lagu Rock and Roll Soniye. Persembahan tarian tu diketuai oleh Kak Ben. Persembahan tu mendapat tepukan gemuruh para penonton dan aku rasa begitu terharu... kerana ia adalah kenangan terindah pertama kali bergelar Dancer.

Malang sekali rekod persembahan telah hilang (dalam lap top). Bila abang aku guna je lap top habis jahanam fail2 penting aku termasuk gambar2 kenangan kami.. Sedih kan? =(

Lantaran mengikuti tarian moden baru-baru ni, aku teringat pada kenangan lalu.. membuatkan aku try search youtube dan akhirnya aku terjumpa klip vedeo asal untuk lagu ni. Cukuplah untuk mengubati rindu di hati pada kawan2.

Friday, 2 September 2011

Tengok Kung Fu malam raya

aku tak habis2 tengok filem The Banquet tanpa jemu.. baru-baru ni kuar kat nTV7 pada hari raya kedua.. aku tak lepaskan peluang untuk menonton. Citer ni unik bagi aku... dan, sangat mengerikan.

tengok minit ke 7:30.






Saturday, 30 July 2011

Indahnya Tempat Itu...

























Gambar: Upload later


Tiba-tiba hari ni aku rajin sesangat nak ter-drive balik kampung... Baru aku perasan dah 2 bulan aku tak balik... Kepala otak aku pon dah tepu sesangat sebab asyik tengok pemandangan hutan batu di Lembah Klang tu... jadi, dah tiba masanya untuk refreshment.

Bagi yang belum tahu, aku lahir kat Negeri Di Bawah Bayu. Tapi memandangkan parent aku berasal dari Negeri Sembilan, so aku claim diri aku orang N9 ler....

Kampung aku terletak di Kuala Pilah. Kuala Pilah ni dari segi geografi cukop strategik sebab terletak tengah-tengah antara semua 7 daerah dalam N9 ni. So kalau nak pergi mana-mana semuanya dekat... memang untung sesangat sapa yang kahwin orang Kuala Pilah....

Dari Putrajaya nak ke Kuala Pilah, korang akan lalu daerah Seremban dulu. Setelah menempuh 40 minit perjalanan highway yang membosankan, barulah tiba di Senawang... pastu dalam 30 minit tempuh Bukit Putus pula. Jangan tak tahu, Jambatan Bukit Putus tu adalah yang ke-dua tertinggi di Malaysia tau.. Dah la tinggi, pemandangan pun cantik je dengan alam semulajadi yang merimbun sepanjang lereng bukit tu... aku feeling berada di Switzerland. Serius cantik, subhanallah.

Selesai Bukit Putus, lalu pulak di ulu Bendul yang dikelilingi Banjaran Gunung Angsi... saujana mata memandang, hijau je... Dari sini dah start nampak rumah-rumah, restoran dan resort yang bercirikan Minangkabau... unik sebab bumbung dia melentik... Terhibur aku tengok, setelah 2 bulan di Putrajaya asyik tengok rumah berbumbung lurus je.. stereotype OK, buat sakit mata je...

Sepanjang di Ulu Bendul, Terachi dan Tanjung Ipoh tu, korang akan dapati banyak orang jual lemang di kiri kanan jalan... selain tu jual petai ada, madu, rendang dll... Orang N9 memang sambut Ramadhan dengan buat lemang. Tapi aku tak beli, sebab nenek aku pandai buat lemang. Lemang orang Minang memang tak terlawan dek negeri lain... kitorang punya lemang sangat lemak dan berkrim. Sama jugak dengan rendang, rendang N9 adalah yang terbaik dan terKICK... dan jugak terpedas... takde sapa mampu lawan. Tu pasal la kalau korang perasan, orang N9 ni ramai yang gemuk-gemuk dan selalu kena sakit gastrik, kekekkeke....

Tapi memang meriah lah... tengok orang jual lemang dan rambutan sepanjang perjalanan tadi. Selang pulak sawah bendang yang terbentang luas tu, memang sejuk sangat hati bila tengok. Rasa hilang penat bekerja. Cuaca pulak sejuk je sebab Negeri Sembilan ni tinggi, so nyaman ler...

Pasti kampung korang tak happening dan best sampai macam ni sekali kan? Kampung korang kalau moden tu moden sangat.. kalau mundur tu mundur sangat.. Tak macam kampung aku, unsur-unsur tradisional tetap terpelihara walaupon mengikut arus permodenan. Aku sebagai anak jati N9 berasa bangga.

Lagi satu kelebihan Kuala Pilah ni, orang-orang kat sini peramah, dan berbudi bahasa... Pastu, jati diri Melayu tinggi... nak banding tempat lain, tak ramai antara kami yang jual tanah kat bangsa lain. Kami berpegang kuat pada Adat Perpatih dan ikatan persaudaraan yang kukuh. So tahap concern pasal harta (tanah) adalah sangat tinggi seperti orang Asli... So far korang pernah ke jumpa perempuan Negeri Sembilan yang merempat takde tanah/rumah? Takde kan? kalau ada pon sorang dua je la... orang panggil exceptional case.

Selain tu loghat kami unik, takde sapa mampu tiru.. tu pasal aku menyampah tengok drama-drama dalam TV yang kononnya nak buat dialek N9, tapi tak jadi... meluat aku!

Cukup sudah action pack... hehehe... Bila sampai je kat rumah, aku dapati pokok rambutan yang merimbun sedang menanti dengan ranumnya.. Cantik je pokok rambutan ada warna merah.. kuning... heee... Syukur Alhamdulillah, ada peluang lagi aku jejak kampung halaman...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...