Saturday, 3 March 2018

Bandung, Indonesia

Inilah Kawah Ratu
Baiklah itu je tajuknya.. Bandung, Indonesia. Ok sebelum tu trip aku adalah:

Oktober 2016:          Ho Chi Minh, Vietnam
November 2016:      Bangkok, Thailand
December 2016:       ------- cancel ------
January 2017:           ------- standby -----
Februari 2017:          Bandung, Indonesia

Giler kau dah setahun! Baru terhegeh-hegeh nak tulis kan!!!! Giler pun tak terhegeh-hegeh macam ni

So memandangkan dah setahun bermakna aku sudah lupa feeling... tapi still kena tulis supaya aku berasa lega dan boleh dibuat reference later. Jadi terima kasih kepada teman travel ku masa tu, Julie kerana ajak aku bulan 12 tu secara tiba-tiba.... jadi memandangkan ada menyimpan hasrat nak ke Bali tapi takde siapa ajak ke Bali, ada orang ajak ke Bandung je, maka eloklah ambil peluang ni. Bukan senang dapat kawan travel sekepala kan!

Tarikh penerbangan adalah 12 Februari - 15 Februari 2017 (4 hari 3 malam) dan cara kami adalah, aku pergi rumah Julie. Made all of the bookings together while sitting in front of computer.

What we did on December 2017:

- Buy flight Air Asia return KUL-BDO with price RM 276 included luggage and insurans
- Booking 2 hotel for Bandung city & another one nearby Tangkuban Parahu
- Agreed and made confirmation with the ground driver (we called as Supir) which the total price need to be prepared is Rp 500,000 equal to RM 163.50
- Julie show me the itinerary that she got referred from her friend. I just agree since we only need to visit all of the signature attraction

Done!

Then the day before departure, Julie came and we just drived to KLIA2 and parked there. We had to sleep there since the flights would be depart at 5 a.m.

and... we are lucky since KLIA2 provide a sleep area to landing our body! Thank you KLIA2 for the facilities!!!

The only pictures of us at the night!
First Day 
sampai di Airport Husein Sastraegara (airport kecil macam Subang Airport) dalam 8 pagi macam tu. Kami dibawa berjalan-jalan ke kota Bandung dalam 3 tempat jugak lah - tapi semua tu tak ingat pun tempat apa, kami panggil Rumah Kain dan selepas itu ke D-Fashion. Di rumah kain tu harganya agak mahal, aku beli baju kebaya yang mana lepas tu aku request pada supir suruh carik tailor untuk alter baju sebab boleh siap immediately... sebab tahu, bila dah sampai KL nanti susah nak dapat tailor. Aku siap ambik video mamat Indon tu, diorang letak mesin jahit di kaki lima je.. eloklah, janji senang carik & siap dalam 15 minit je

Lepas lunch, kitorang menuju ke utara dahulu dan check in di Jayagiri Guest House Lembang.

Lama jugak nampaknya nak sampai! ke dalam dan ke dalam lagi. adoiii.. tapi, Bandung memang sejuk.

Lepas check in, kitorang pergi Lembang Floating Market. Floating Marketnya bersih dan cantik, cuma makanan dia aku pening! Banyak sangat pilihan! Gambar floating market takde, banyak video je itupun dah upload di instagram! dan lepas upload terus delete T_T

Ni je lah yang aku beli... tapi memang best surrounding dia, nyaman je ada pokok-pokok dan kerusi pun cute
Gambar aku dengan Julie


Maaf posing tak hingat!!! sebab cantik-cantik pemandangan di sini
Hari Kedua

Check out from Jayagiri Guest House Lembang, since we going to visit the signature attraction over there and the trip would be finished late afternoon, which is Tangkuban Parahu. Ini adalah kawah gunung berapi yang cantik sangat dipanggil kawah ratu. The price for the foreigner with a car is Rp 200,000 (RM58) dan the parking fee Rp 12,500 (RM4) 


The name of the first one is Kawah Ratu. If you heard about mitos, Sankuriang is about he kick a boat and turned down. That's what the stories related to this valcano. Have 3 types or volcano - Kawah ratu, Kawah Domas and Kawah Upas.

Kawah Ratu. Beautiful!

Sambil-sambil kitorang lepak-lepak atas tu sambil-sambil borak... happy sangat actually, sebab lama tak spend masa sesama... travel boleh mengeratkan silaturahim actually. My best travel buddy ever!
         Kat sini Julie siap beli topi aku... jealous tol tengok dia amik gambar semua nampak lawa


Aku tumpang glamour nak gambar lebih nampak berseri disebabkan topi dia tu


so aku pun beli gaks, hahahaaa
Turun dari Tangkuban Parahu, pergi kolam air panas Sari Ater Hot Spring with the price Rp. 30,000 and parking Rp. 17,000 (RM 13.50)

Pastu lunch kitorang makan di restoran Kampung Daun. Gambar aku dah delete kot.. lepas makan kitorang pun sampai di Bandung Selatan. Check-in hotel kedua selama 3 hari 2 malam di sini

TBC.. stay tune!!!




The Best Theme Park In The World

Aku senaraikan Theme Park yang best-best in the world... supaya lebih banyak orang tahu.

Ferrari World, Abu Dhabi

Europa Park, Germany
Disney Magic Kingdom, Florida
Walt Disney, United States Of America
 (the additional from the Disney Magic Kingdom, but now became more popular than Disney Magic Kingdom)

Islands Of Adventure, Florida

Ocean Park, Hong Kong
Legoland, Dubai


Nagashima Spa Land, Japan
Everland, South Korea

Bollywood District, India

Tuesday, 27 February 2018

EDISI SIASAT: Betul Ke Avril Lavigne Dah RIP?? Sedihnya Lahh T_T

Avril Lavigne - the most beautiful Canadian singer
Ingat lagi tak berita konspirasi bahawa Avril yang tulen telah meninggal dunia? Semenjak aku baca teori konspirasi tu, aku macam susah giler kott nak tidur! Walaupun bukanlah Masreena ini seorang peminat tegar artis Hollywood, rasa sedih dan kecewa terhadap berita kematian seseorang apatah lagi zaman universiti dahulu membesar dengan wajah & suara lantang Avril Lavigne, sudah pastilah membuatkan aku bersedih :(

Nampak hampir sahih :(

Keadaan bertambah buruk apabila aku cari instagram Avril bagi mendapatkan kebenaran, malangnya peminat-peminatnya sendiri pun komen di IG beliau " RIP " yang bermaksud Rest In Peace (untuk orang Bukan Islam yang telah meninggal dunia). Kalau Islam kan Al-Fatihah.

Instagram Avril Lavigne
Malahan ada peminat bergaduh mempertahankan pendapat masing-masing sampaikan aku jadi goyang dengan pendapat aku sendiri selepas membaca komen-komen tersebut (aku agak percaya pada mulanya selepas tengok video nyanyian Melissa). Ada juga yang komen 

"Avril was dead 13 years ago"

.... my God! *_*

Separuh dari fan of Avril mempercayai konspirasi bahawa Avril telah mati dan diganti dengan Melissa... tak percaya ko pergi komen di IG Avril... nescaya akan berduyun-duyunlah peminat seluruh dunia yang akan bagitahu ko... samaada diorang percaya atau tak & kenapa! Aku dah try memang menjadik!

Antara komen peminat yang bergaduh di IG Avril

Hampir setiap kali ada gambar penuh wajah Avril, komen yang dibaca pastinya pertengkaran antara peminat-peminat dalam tu ada yang tidak bersetuju dengan cosnpiracy tersebut. 3 minggu gak la masa aku dihabiskan menonton video-video Avril... sedih punya pasal T_T

Jadi untuk menawar hati aku yang terluka tu... aku cubalah CSI dan baca di internet untuk dapatkan maklumat tu betul ke tak. Menurut konspirasi tersebut, AVRIL LAVIGNE COMMIT SUICIDE JUST RIGHT AFTER SHE RELEASED HER SECOND ALBUM. Kalau macam tu, boleh agak tahun bila Avril dikatakan membunuh diri tu.

Jom tengok Wikipedia. Kita siasat ikut cara reverse engineering.

Dah dapat!
Jom Aku listkan

First Album: Let Go  released at 2002
-lagu contoh seperti Let Go, Skater Boy, Mobile

Second Album: Under My Skin released at 2004
- lagu hit Nobody's Home, My Happy Ending, Don't Tell Me

Third Album: The Best Damn Thing released at 2007
- Hit song like Girlfriend, When Your'e Gone, Keep Holding On

Fourth Album: Goodbye Lullaby released at 2011

Fitfh Album: Avril Lavigne at 2013

Sampai ke list album ketiga tu aku adalah whatttt??? Maknanya zaman aku dah kenal lagu Avril di corong-corong radio masa di UPM (2007) dulu tu dia adalah Melissa Vendella sebenarnya?? Yang terkinja-kinja nyanyi lagu Girlfriend yang meletop kami tengok di TV tu...  sebenarnya adalah Melissa Vendella??

So masa ni lah... aku dah mula percaya konspirasi ni. Nampak tak??

Rasa macam mimpi sekejap... pastu, aku mula tengok balik video-video klip album pertama dan bandingkan dengan album kedua (sebab Avril dikhabarkan meninggal sebelum sempat album kedua dilancarkan) jadi maknanya nyanyian live lagu-lagu dari album pertama dan kedua, aku tengok dan bandingkan... telek segala jenis rambut mata suara gaya Avril dan semualah! haha... gigih betul! demi sebuah kebenaran, why not?

Skater Boy from First Album

When You're Gone from third album, I can't belived how come she actually Melissa Vendella (different person)

Avril Lavigne in Japan 2014 

Tapi pastu cepat-cepat aku tepis atas sebab yang kuat:

1 - Setiap kali ada tour concert ke negara lain di dunia, contohnya Eropah atau Japan, mesti akan melepasi tapisan imigresen malahan jika ada permohonan visa, takkanlah takde mana-mana sumber dalaman yang boleh sahkan bahawa pemegang passport tu bernama Melissa Vendella yang berwajah seiras Avril kan?? Betul tak? Mestilah setiap kali ada konsert artis antarabangsa semua orang akan teruja, takkanlah berpuluh-puluh staff imigresen atau kedutaan takde sorang pun tak excited dengan Avril? Jadi itu satu petunjuk...kalau betul itu Melissa Vendella dah lama ada dilaporkan di media ataupun komen-komen di Youtube / Instagram... government officer is just a human

2 - Takkanlah semasa kematian Avril yang lepas takde acara pengebumian dan sudah pastilah akan dapat dihidu oleh paparazzi kan? knowing their paparazzi camane

3 - Camane pulak dengan ahli keluarga Avril Lavigne? Malahan Melissa pun? Aku masih percaya kewujudan Melissa sebagai double stand Avril tu, berdasarkan bukti-bukti video terutamanya ketinggian Avril, ada aku pernah terjumpa video/pic Avril berdiri dengan lelaki yang sama, tapi tiba-tiba Avril lagi pendek berbanding sebelumnya. Aku percaya Avril mungkin masih hidup seperti biasa cuma kadang kala dia pernah menggunakan double stand (Melissa) untuk gantikan dia kalau tak sihat atau untuk sesi fotografi je.

What say you? Still don't have any confirmation yet either denial from Avril's family or any documented evidence! :'(

Aku siap cakap dengan adik aku. Since aku 'kenal' Avril since lagu girlfriend yang mana dia adalah Melissa sebenarnya, andainya konspirasi ni betul maka aku redha.. sebab aku tahu kewujudan Melissa hakikatnya. Bukan Avril.

Cuma peminat-peminat Avril dari lagu Skater Boy yang hurt feeling, kerana insan yang diminati telah 'bertukar' dan bukan lagi yang asal.

Jumpa lagi dengan penemuan baru (soon)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...