Sunday, 29 March 2020

Sektor Penerbangan Diancam Muflis

Gambar ini saya ambil semasa transit di Dublin Airport

WASHINGTON - Syarikat penerbangan utama di dunia mengumumkan pengurangan perkhidmatan selepas ancaman koronavirus (Covid-19) memburukkan lagi permintaan dalam industri itu.

Susulan itu, syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS) turut memohon bantuan kewangan bernilai kira-kira AS$50 bilion (RM215 bilion).

Menyifatkan kejatuhan permintaan pada krisis kali ini sebagai tidak pernah berlaku dan jauh lebih buruk daripada tragedi 11 September, kumpulan perdagangan Airlines for America (A4A) telah mengemukakan senarai bantuan termasuk pelepasan cukai.

"Ia bukan masalah hari ini, bukan masalah esok. Ia memerlukan tindakan segera," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif A4A, Nicholas Calio.

A4A berkata, industri tersebut berada di landasan yang tepat untuk menghadapi kerugian dalam kecairan sebanyak AS$23 bilion (RM99 bilion) pada hujung tahun ini di bawah senario optimis dan kerugian AS$53 bilion (RM228 bilion) di bawah senario pesimis.

"Sehingga pagi semalam, senario suram itu masih tidak berubah," menurut A4A.

Pegawai Rumah Putih turut menggariskan penerbangan sebagai kebimbangan utama dan memberi sokongan padu kepada rancangan Persekutuan untuk mengukuhkan industri berkenaan.

Terdahulu Pusat Penerbangan CAPA berkata, kebanyakan syarikat penerbangan di dunia akan muflis menjelang akhir Mei kecuali mendapat campur tangan daripada kerajaan.

"Tindakan kerajaan dan industri yang diselaraskan sangat diperlukan sekarang. Rizab tunai semakin berkurangan kerana pesawat digantung dan penerbangan beroperasi kurang daripada separuh penuh.

Skala krisis itu diburukkan lagi apabila syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Eropah, Ryanair (RYAAY) semalam memaklumkan ia akan menggantung sebahagian besar pesawatnya selama tujuh hingga 10 hari akan datang. - Agensi



WASHINGTON - The world's leading carriers announced a decline in services after the coronary-virus (Covid-19) threat exacerbated demand in the industry. Subsequently, US airlines have sought financial assistance of approximately US $ 50 billion (RM215 billion). Describing the fall in demand for this crisis as unprecedented and far worse than the September 11 tragedy, the trading group Airlines for America (A4A) has submitted a list of aid including tax relief. "It's not a problem today, it's not a problem tomorrow. It needs immediate action," said A4A President and Chief Executive Officer Nicholas Calio. A4A said the industry was on track to face a loss of US $ 23 billion in liquidity at the end of this year under optimistic scenarios and a loss of US $ 53 billion (RM228 billion) under the pessimistic scenario. "As of yesterday morning, the gloomy scenario remained unchanged," according to A4A. White House officials also cited aviation as a major concern and provided strong support to the Federal plan to strengthen the industry. Earlier, the CAPA Aviation Center said most airlines in the world would go bankrupt by the end of May unless it received government intervention. "Co-ordinated government and industry actions are urgently needed today. Cash reserves are declining as aircraft are suspended and flights are less than half full. The scale of the crisis worsened as Europe's largest airline Ryanair (RYAAY) announced yesterday it would suspend most of its aircraft for the next seven to 10 days. - Agency

Thursday, 20 June 2019

My very first day I've been in London :)

Apa yang menarik di London?

Masa saya tiba di Dublin Airport sebagai gate pertama memasuki United Kingdon, pegawai imigresen bertanya apa tujuan saya datang ke UK. Saya cuma jawab, "I am visiting my friend to London.."

"For how long?"

"until 11th June.."

Then aman-aman je aku berjalan, pegawai tu langsung tak mintak alamat Steve pun. Masa di Amsterdam siap suruh tunjukkan itirenari & hotel booking sepanjang aku di Europe tahun 2017. Gementar ok. Tapi sekarang dah biasa dah travel seorang diri, aku anggap ini semua preventive control procedure semata-mata. Nothing much to worry about

Arrival Day in London via Gatwick Airport

Baiklah, sebenarnya plan asal nak turun di London 2 hari, pastu ke negara-negara lain di Europe. Sebaik sahaja Steve dapat tahu aku nak ke London, terus dia offer iols duduk London seminggu. So aku pun ubah plan since aku belum pernah ke London, ini pertama kali then i am just open my mind to experience something new. Bayangkan memang rely on Steve je, aku tak buat persediaan, packing pun last minute! Sebabnya aku dah hilang mood -_-

Hilang mood sebab banyak sangat problem di KL bulan puasa tu. Masa tu aku tengah busy cari kerja (majikan nak staff bagus tapi nak bayar rendah, tak dapek weii), parent lagi (request tu ini, patutnya diorang la yg buat, aku bukan orang kaya ok) busy carik tenant lagi (nak cari bilik murah tapi nak condo cantik, mana nak dapat?), belajar tarian (kena practice selalu, kena hafal), pastu processing court accuse to people lagi! Aku expect masuk mahkamah civil sebaik sahaja Raya seminggu. Banyak hal sebenarnya perlu diselesaikan. So aku anggap trip ke London ni satu get away utk lari sebentar dari daily life. Last-last 2 hari sebelum baru nak pack & alter baju. huhu

Hand Carry yg paling penting kena prepare 2 benda: PASSPORT & Itirenari Flight Tiket 
-selain mekap, purse, toliletteries, towel kecil & panties nak tukar masa transit.

Gatwick Airport to London Bridge train station cuma BP12 tanpa Oyster Card (macam touch n go). Masa nak balik aku guna Oyster Card cuma BP8 
Steve bagitahu aku airport yang mudah adalah Gatwick & London City berbanding Luton dan Heathrow sebab tak banyak penukaran tren. Teruk kau dgn 2 luggage nak tukar-tukar ni... Inipun aku bawak luggage cabin size (saiz 21) 2 unit supaya senang nak kontrol berbanding bawak 1 luggage besar gedabak (dapat idea ni masa nampak sorang stewardess bawak 2 luggage lebih convenient bergerak, pulang ke tanah air terus aku jual luggage besar aku tu) .

Perjalanan train pendek je cuma setengah jam, Steve tunggu di London Bridge, sebelum gerak aku sempat communicate dgn Steve guna wifi airport je, huhu.

Sampai-sampai aku happy tengok Steve! Hug! Dah hampir 6 bulan kitorang tak jumpa since Steve balik London semula. Nak datang KL semula asyik tak jadi sebab jaga bapak tiri sakit...

Steve terangkan apa perbezaan London Bridge dan Tower Bridge, dari London Bridge boleh berjalan sepanjang Thames River tu hinggalah ke Tower Bridge.


Saya di hadapan Tower Bridge dan sepanjang Thames River
Sebelum tu kitorang masuk ke satu bar ni minum dulu sebelum berjalan kaki ke Tower Bridge. Kitorang nak ke rumah sewa Steve di Limehouse yang terletak 10 minit memandu dari Tower Bridge tu sendiri. Dekat je

Masa ni aku dah consider musafir so takla puasa Isnin tu. Islam ada keringanan yg kita panggil rukhsoh puasa. Ni dah belajar masa sekolah dulu. So tak perlulah nak judge orang kalau ilmu belum cukup di dada. Ilmu basic kena belajar secara lengkap overall, huhu. Suasana dalam bar di Hays Galleria ni relaks je, cukup sekadar melepaskan penat & nervous... actually i am happy to meet Steve again :D


Indah bukan :)
Sebenarnya Tower Bridge ni pembahagi antara Old town & New Town

Ini pulak sepanjang Thames River. Dari LOndon Bridge kena ikut Hays Galleria :)


Masa ni tak terlalu sibuk Tower Bridge, nampak perbezaan dengan Sydney. Orang-orang di Sydney Ya Tuhan, macam robot aku tengok.

Kitorang amik teksi ke Limehouse. Teksi nampak kecik tapi luas di dalam sebab dah diubahsuai 

Teksi ni canggih sebab sistem bayarannya lengkap online boleh, cash boleh janji kau bayar sudah, haha... dan ada speaker yg boleh setting untuk mute passenger so penumpang ada privacy 
Rumah sewa Steve dalam £1200 utk 2 bilik di Limehouse. Steve pilih apartment ni sebab selang 2-3 blok je dengan rumah mak dia, so boleh lari-lari nak tengok queen & balik semula pada empress. ehh   

Bilik aku yg asalnya stor telah dikemas oleh Steve dan siap belikan katil tilam lagi khas untuk aku duduk seminggu kat sini... susah-susah je... tqvm, lelaki lain belum tentu boleh treat aku sebaik ni :)

Malam tu kitorang dinner di restoran Arab tak jauh dari rumah. 

Unik kan interior design dia? Tengok kayu tu aku teringat kat Mounika, kawan travel kitorang masa di Swiss. Dia pernah snap gambar kayu ni la dgn DSLR dia. 

Sebahagian dari apa yang kitorang order malam tu. Salad eggbant, hummus with pita bread & pizza. Aku tak berani nak makan banyak sebab nanti tak muat baju kebaya utk raya, huhu..

Then malam tu balik untuk pengembaraan besoknya. Chewahh.. Masa ni aku langsung tak sedar bahawa besoknya tu dh raya di London, aku masih lagi anggap  ada1 hari lagi untuk berpuasa di London. Puasa terakhir aku adalah departure day dari KLIA Ahad tu sebab aku bukak puasa di angkasa pukul 9 malam, huhu... sebab ngam-ngam departure time 7.45 pm dari KLIA so dapat kurma & air dulu waktu azan sebelum masuk flight. Itupun kalau flight tak delay ye puan-puan.... kalau flight lambat berlepas dari waktu sepatutnya, maka dinner jadi lambat mungkin pukul 10. Aku nasihatkan makan dulu sebelum boarding time (jangan harapkan makanan dalam flight, nanti lambat takut gastrik pula). Tapi since puasa, aku tak dapat la nak makan dulu. huhu.. kelaparan sampai 9 malam 

Saturday, 9 June 2018

Berbuka Puasa bersama AERE di Jibby East

Me in my favourite AERE piece

Hi all.. saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Salam ramadhan al Mubarak dan Salam Aidilfitri pada raya yang bakal menjelang. Saya nak ceritakan sedikit iftar saya oleh jemputan jenama fesyen yg terkenal, AERE dan pengasasnya tak lain dan tak bukan Raja Nadia Sabrina

Untuk yang tak mengenali dia, Raja Nadia Sabrina adalah sepupu Rizal Ashram (bekas suami Nora Danish & Fasha Sandha).

Masa mula-mula dapat jemputan tu, agak terkejut tapi gembira kerana terpilih oleh team Aere untuk menghadiri iftar bersama mereka. Ni kad jemputan mereka yang dihantar melalui email :)


Camane saya dapat jemputan ni? Sebab saya adalah antara 30 orang Top Spender jenama Aere ni untuk tahun 2017. Itulah sebabnya saya dapat invitation ni. 

Maka bermulalah sesi goggle gogglean tempat acara tu nanti. KL East Gallery? KL East? Rupa-rupanya jauh giler ye... kena ikut MRR2... alamak, highway yang paling tak disukai sebab terkenal dengan jemnya

Bila sampai saya disambut oleh team Aere termasuk lah Raja Nadia Sabrina sekali. Happy dapat tengok muka dia! Ini bukanlah first time saya jumpa dia in person, tapi rasanya dah kali yang ke 3. Sebelum ni di event Aere yang lain

Ok tempat duduk I. Rasa special kejap :) Thank you Aere Team for served me

The set up 
Cantik kan restoran ni? :)
Raja Nadia Sabrina & team Aere

Bila sampai diorang bagi speech sikit mengalu-alukan kedatangan jemputan. Jemputan selain 30 Top Spender AERE, kebanyakannya adalah kawan-kawan sekolah Raja Nadia Sabrina & ahli keluarga dia.. huhu... tahu ni sebab saya duduk semeja dengan diorang... kebanyakan mereka datang dengan family.. hanya Top Spender sahaja yang dijemput individu

Pilihan menu untuk hari tu. Main course yang ditawarkan adalah Jibby East Platter, Crispy Buttermilk Chicken Burger & Seafood Aglio E Olio. Kalau ikutkan ada banyak lagi main course yang lain. Boleh tengok menu yang ada. Apa nak pilih antara 3 ni

Guess what? Of kos lah spagetthi kan!

OK sedap sesangat dan pedas! Memang menepati taste i sesangat!

Sebelum makan selfie dulu

Skirt & baju Aere yang saya pilih untuk dipakai pada hari itu... skirt siap hantar pergi alter sebab dah terlalu labuh (i lost some weight for this Ramadhan) kalau nak attend event memanglah kena bersiap-siap ye. You need some effort for attending an event :)
A beautiful heart woman... itulah dia Raja Nadia Sabrina
Lepas mingle around duduk balik... order dessert pulak... ada pavlova, ada chocolate cake, tapi saya pilih Chocolate & Caramel Cheese  Cake digandingkan dengan Caffe Latte. Saja nak try. Kalau sedap nak bawak family datang makan kat sini 

Marvelous!
Event habis dalam pukul 9 jugak, saya stay dalam 9.30 sebab nak habiskan kek dan berbual sekejap dnegan team AERE, nak tanya pasal sizing & launching diorang yang terbaru...  balik rumah kam dibekalkan cenderahati daripada AERE. 

Ada tudung AERE yang terbaru dalam ni... dan lain-lain goodies sampingan. Tq AERE
Overall rasa happy sebab dapat join event dengan favorite fashion i. To be honest, semenjak kenal jenama AERE pada tahun 2016 (AERE diasaskan pada 2014) saya tak berapa membeli pakaian dari jenama lain... saya prefer AERE... sebab design dia terletak di badan saya.. saya percaya kalau awak pernah pakai fesyen AERE awak akan setuju. Dan, proper design jugak siap dengan lining & ada spare button dibekalkan. AERE bukan fesyen cikai-cikai jual skirt sehelai... baju sehelai sepertimana website fesyen yang lain... dalam siap ada lining ok, either skirt or pants or jacket semua ada (yang t-shirt or kemeja tu maybe tak perlu). Entry berkenaan boleh rujuk sini camane first time saya kenal jenama AERE. Fyi AERE boleh didapati di web FashionValet.

Oh ya, untuk yang berminat nak mencuba menu-menu di Jibby East & menikmati suasana cosy atau buat apa-apa event, bolehlah hadir ke premis mereka. Harga dalam RM 30 je sepinggan, tak jauh berbeza kan dengan restoran yang lain? Tapi sedap nya berganda!

Bagaimana untuk ke Jibby East? 
Tak guna waze pun takpe sebab nak cari senang sangat. Dari Kuala Lumpur atau Selangor, korang ikut MRR2 straight je dan keluar exit TAMAN MELATI (SELEPAS BOMBA) terus cross flyover ke kanan. Itulah KL East Gallery. Ada banyak parking dan percuma don't worry :D



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...