First time pergi MATTA Fair ni atau kata lainnya ekspo pelancongan negara. Bajet ciput macam aku ni dapat tengok je lah sambil usha-usha harga pakej yang terendah bersesuaian dengan bajet tak seberapa ku... Ada jugak tempat yang berangan nak pergi, bila dengan promo urusetia tu, diorang cakap kalau nak booking kena cepat dalam masa 3 hari ni SEBELUM harga pakej naik harga disebabkan peningkatan harga bahan api... iyelahkan ko ingat nak naikkan flight tu tak pakai bahan api ke? Kos-kos lain lagi especially services diorang ke hulu ke hilir tu... naik kenderaan kan... jadi memang munasabah kalau Travel Package naik harga lepas ni
MATTA fair ini adalah No.1 Travel Fair dalam Malaysia. Dibuka pada jam 10 pagi hingga 9 malam selama 3 hari, bermula 6 hingga 8 September 2013 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara. Pilihan tepat untuk pergi melancong terutama bersama keluarga sebab pakej yang ditawarkan agak murah... dengarnya bermula 50% maksima 70%... tapi bila aku pergi usha tengok Europe pakej, USA pakej takde pulak yang offernya sampai macam tu... mungkin destinasi tertentu je kot.
Kalau ikutkan inilah first time saya pergi MATTA Fair ni. Itupun, sebab ada kursus di PWTC ni. Kebetulan hari terakhir kursus (Jumaat) adalah hari pertama MATTA Fair, jadi dah alang-alang tu rugi lah kalau tak jengok ke dalam.. bayar RM4 je bukannya mahal berbanding dengan exposure yang kita dapat =)
Suasana kat kaunter masuk
Bayar RM4 pastu dapat gelang ni boleh pakai sampai malam.
Warna warni masyarakat Malaysia
Ground Tour ada... ada Free & Easy, ada full package
Tiket flight sahaja tanpa pakej pun ada.. kalau usha kat sebelah jual majalah travel pun ada!
Utk yang Muslim better usha Muslim Tour sebab boleh slot in waktu solat dan makan pun ada option Halal. Kalau tak provide makan sekalipun at least diorang akan carikan restoran halal untuk berhenti atau provide siap-siap makanan Halal daripada Malaysia. Ini sebagaimana yang diceritakan oleh urusetia tu kepada Masreena
Dengan POTO Travel (Muslim Travel Agent)
Itu yang urusetia tu cakap. Tapi kalau kita benar-benar concern dengan waktu solat dan makanan Halal, better u pergi dengan travel agency yang Muslim berbanding yang bukan Muslim. Tapi based on pengalaman Masreena yang pernah travel ke negara bukan Islam (China) dengan agensi bukan Islam, memang tak terjamin sebab bila sampai sana masuk jugak kedai makan Cine sebab 90% pelancong bukan Melayu, even ejen bawak bekalan Brahim sekalipun tapi diorang akan servekan dalam pinggan restoran... paper plate boleh pulak tertinggal... dan bukan ke makanan dalam tin tu dipanaskan dalam oven?... Iaitu oven yang sama diorang panaskan babi kan.. haa sapa nak jawab? Sama jugak kalau pergi kedai kek... memanglah Tart Telur tapi Tart Telur tu dibakar dalam oven yang sama dengan Pork Bun! haha... kembang tekak bayangkan... Jadi untuk praktikaliti dan tidak menyusahkan ahli bukan Islam dalam trip tu, lebih baik siap-siap ambik pakej travel dengan jemaah Muslim - senang dan tenang
Jadi untuk mengelakkan perkara tersebut berulang, jangan mudah percaya dengan janji manis ejen ni... Better kita ambik Muslim Tour terus, kalau takde option contohnya company trip, bolehlah kita pilih destinasi yang mudah dapat makanan Islam.
Kawan-kawan sama kursus sibuk nak posing
Ada performance sekali kalau nak tunggu
Posing ramai-ramai sekali.
No comments:
Post a Comment