Sunday 24 September 2017

Lauterbrunnen (Swiss) and how to reach there from Zurich HBF

Same in the movie =D

Kenapa dari AMS ke ZRH saya gunakan Flight berbanding Train/Bas

Dari Amsterdam (Netherlands) - nanti akan buat entry khas pasal Amsterdam ni. Butiran flight:

Swiss International Airlines dari AMS to ZRH iaitu airport Zurich iaitu pada 15 April 2017 dengan bayaran EUR 145.34 dengan free luggage 23 kg

Terpaksa bukak balik email dan search balik email berkaitan dan diharapkan apabila entry ini ditulis saya dapat compilation untuk semua sekali :) Sebenarnya beberapa bulan sebelum saya bertolak, saya telah di 'pandu' oleh sahabat saya, Anna dari Czech Republic, Eropah. Dia ada transit tahun lepas di KUL jadi kami pun berjumpa dan saya pelawa Anna overnight di rumah saya. Anna memang seorang sahabat yang baik, sanggup tunjukkan satu demi satu, dari laptop cara nak travel ke Eropah pada saya  (maklumlah tak pernah travel sendiri ke luar negara, Anna berpengalaman travel ke seluruh dunia BERSEORANGAN dan telah lebih 30 negara dia lawati dalam hidup dia) dan dia tunjukkan peta ni.


I was asking her about a few blogs that i referred and to reach there using night train... tapi menurut Anna, it's not worth it sebab u will take about 7 hours using train dan u akan rasa badan u sakit dan penat selepas tidur dalam train. Kalau guna flight, harga hampir sama dengan train cuma mengambil masa hanya sejam.

Sebenarnya aku nak bagitahu dia yang bloggers tu boleh jimat accommodation budget untuk malam tu apabila menggunakan CNL tapi segan nak cakap, nampak macam cheapskate pulak kannn... nanti jatuh saham rakyat Malaysia. Baik aku diam kan aje

Bila kitorang compare harga dari kedua-dua website, memang betul, naik flight sebenarnya lebih murah. That's why saya putuskan untuk pergerakan dari negara ke satu negara cuma gunakan flight sahaja... Jadi dari Schipol Airport saya terbang ke Zurich Airport dan perjalanan hanya sejam sahaja. Ada roti crossaint dan hot coffee as a snack, sedap dan lembut rotinya. Dan dalam flight tu penuh dengan mat salleh, mereka menggunakan Swiss Int. Airlines ni sebagai airlines budget diorang

Apabila sampai di Zurich Airport, untuk ke Lauterbrunnen, kena pergi ke Zurich HBF iaitu macam KL Sentral cuma KL Sentral lagi cantik dan berkilat.... kikiki. Zurich merupakan bandar terbesar di Switzerland manakala ibu negara Switzerland ialah Bern. Zurich HBF adalah train station yg terbesar di Switzerland.

Tapi sebenarnya, pergerakan aku hari tu macam ni:

Zurich Airport --> Zurich HBF --> Munich (Germany) iaitu menggunakan bas dari Zurich HBF --> Zurich HBF --> Lauterbrunnen

Maknanya, dah Swiss, saya gerak terus ke Germany terlebih dahulu. Sekembalinya dari Germany dengan gunakan bas dari sentral yang sama, barulah saya gerak ke Lauterbrunnen, Switzerland. Cuba tengok peta di atas, Zurich (Swiss) dan Munich (Germany) sebenarnya berdekatan antara satu sama lain, iaitu 4 jam sahaja gunakan bas.

Untuk memudahkan pergerakan, luggage paling besar saya simpan di Zurich Airport. Hanya akan ambil semula apabila nak gerak balik. Jadi sebelum simpan di locker Zurich Airport saya siap-siap ambil baju untuk kegunaan sepanjang di Germany & Swiss pindahkan dalam luggage kecil yang nak diseret ke hulu ke hilir tu. Susah lah sikit sebenarnya bila travel seorang... luggage ke bawak ke mana-mana sahaja even ke dalam tandas. Takde sapa nak tolong jaga.

Then saya beli tiket Swiss Pass untuk pergerakan saya selama 3 hari di Swiss iaitu CHF 180 untuk seorang. Tak tahu camane boleh dapat murah... would be better if you buy online, tapi i beli di kaunter sahaja. Refer sini Swiss Pass

Then, tanya siap-siapa pada kaunter nak ke Platform berapa untuk berlepas. Sini bukan tunggu-tunggu train macam KL Sentral ye... sini Eropah, ko kena tip top sebab train tiba dan berlepas semua on time. Kalau nak ke tandas, jangan bimbang dalam train ada... guna tandas siap-siap pada semua tempat yang korang utilise tau. Kalau guna toilet awam, selalunya berbayar. Sediakan aje duit syiling, itu yang leceh.

During my way in the train from Zurich HBF - Interlaken OST - Lauterbrunnen

Don't ask me why the river is green!!!! 

View from the train


How beautiful of view, in my heart I pray for other peoples to get chance to reach Switzerland, to see how stunning this country, insya Allah I try to guide u by my entry, ok. The best I can do 
Cantikkk


Dalam sejam saya menjamu mata menikmati pemandangan, akhirnya tiba juga ke Lauterbrunnen. Dah turun dari train, kena pula cari bas ke hostel. Kalau nak mudah, korang boleh cari hostel yang berdekatan dengan train station Lauterbrunnen tu... contohnya Valley Hostel. Memang convinient. Tapi i stay di hostel lain yang mana agak jauh dan kena dapatkan bas.

Ini direction dari Hostelworld.com ke Schutzenbach Backpackers & Camping, Lauterbrunnen, Switzerland 

Take a train to Interlaken Ost from there change trains to Lauterbrunnen. Upon arrival you can see a yellow PTT bus (direction Stechelberg) just opposite the station. Tell the driver Schutzenbach and he will stop right by our entrance.

IMPORTANT INFO!! OUR LOCAL BUS IS FREE OF CHARGE DURING THE WINTER SEASON!! YAY

Masa time saya tiba tu free je. Driver pun macam endah tak endah je, hehe... sabar lah ye, diorang orang Swiss ni hidup dah selesa, jadi diorang semua takde stressful nak kejar duit pun. Aman-aman je driver tu minum kopi di cafe sebelah sementara nak tunggu penumpang bas tiba, hehe.

Naik bas tak sampai 5 minit pun. Dah sampai betul-betul depan pintu Schutzenbach Backpackers & Camping, Lauterbrunnen, Switzerland

Hostel ni sebenarnya khas untuk camping trip, daripada cara susunan katil & amenities seperti dapur bangunan lain, basuh baju tingkat bawah, shower kena bayar ye masukkan coin dan mandilah kamu semua dalam masa 2 minit. Kalau tak sempat bila syampu, silalah tambah lagi coin. Saya buat, masukkan coin untuk setengah minit untuk basahkan badan dan syampu. Then habis, masa untuk saya ratakan sabun. Nak bilas baru masukkan balik coin... LOL. Jimat... kah!

Saya pilih hostel camping ni sebab ia agak ke dalam, jadi memudahkan saya untuk walk around menelusuri kawasan kampung tu... memang berbaloi berbanding sekiranya saya duduk berdekatan train station Lauterbrunnen tu tadi.

Tadaaa!! Berbaloi kan? Masa ni baru je sampai tapi hari belum malam lagi, better jangan buang masa. Keluar la explore. Bukan selalu dapat sampai Switzerland.. silalah jangan lepaskan peluang keemasan ini

Stunning 
Masa i tiba pukul 6 p.m., loceng church berbunyi... I didn't meant anything racist or religious, tapi rasa damai je dengar bunyi loceng bergema di samping pemandangan indah macam ni... memang mampu melenyapkan segala tekanan :)



OK inilah rupa bilik yang saya duduki tu... macam dalam loteng. Nice =)

Menulis entry ni pun dah buat aku rasa bahagia dah bila teringat balik rupa bilik yang aku duduk... betullah kajian menunjukkan, menulis memang menenangkan jiwa & mengurangkan stress sebenarnya... alhamdulillah gembira apa yang telah saya miliki hari ini iaitu pengalaman berharga :)

Seems like in attic floor, right. 



The view from my room. 
So beautiful :)

Ini panduan harga bilik hostel kalau berminat untuk booking atau perbandingan harga dengan hotel lain:

This one from my email for my stay 3 days 2 nights. So u can plan your budget or make this one as your reference point 
Harus diingatkan, harga bilik semuanya bergantung pada SEASON. The price of mine is quite cheaper might be because of Spring season... masa saya datang ni cuaca masih lagi sejuk and have a little bit snow during night time and early in the morning. Plan your iterinary and budget wisely, ok. Baiklah, see you in the next entry and would be cover the activities and experience in Swiss.

Good night from Swiss :)
Tamat hari pertama di Swiss.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...