Friday 6 May 2022

Pengurusan Tunai dan Bank Sebelum ke Oversea


 Salam sejahtera,

Berikut adalah persediaan (kewangan) yang perlu anda lakukan sebelum travel ke oversea (sehingga tarikh entry ini ditulis):

1. Kad ATM / Kad Kredit

-bergantung sistem bank yang anda gunakan, sistem Bank Rakyat dan Standard Chartered anda boleh CALL credit card centre, berikan tarikh berapa lama anda berada di luar negara. Tarikh yang saya berikan adalah melebihi dari tempoh yang saya rancang (bersedia menghadapi sebarang kemungkinan contohnya, lockdown atau jatuh sakit)

-kad Maybank boleh setting oversea usage di aps atau M2U sahaja. Ketika di kaunter saya bertanya pada Pegawai Bank cara transfer funds tanpa OTP, dia advice untuk favorite kan semua komitmen bulanan otherwise awak kena guna sim kad Malaysia di oversea (mungkin anda akan dicharge roaming by Celcom)

-download apps Secure2U untuk approvekan apa-apa transaksi semasa oversea asalkan ada internet.

-saya juga favoritekan business partner saya dan Edham bantu saya bayar installment baharu semasa saya di Switzerland (kami dah berurusniaga bertahun-tahun and trust has been developed)

2. Cash

-saya beli sedikit matawang yang bakal digunakan di transit airport (Dubai) dan seribu matawang di negara yang hendak dituju (Switzerland)

*malangnya saya travel semasa pandemik dan money changer Kuala Lumpur takde matawang Switzerland tu... maka, saya terpaksa beli Euro dan tukar semula selepas itu. Anda boleh beli British Pound atau US Dollar*

3. Sim Kad dan OTP

-sebaik sahaja keluar dari Malaysia saya terus keluarkan sim kad Malaysia (Celcom) dari iphone bimbang kena roaming dan biarkan kosong sahaja sebab boleh bergantung pada wifi di Dubai Airport (Dubai Airport memiliki wifi yang boleh diharapkan, kalau Istanbul Airport usually the wifi doesn't work). 

Namun begitu, semua transaksi saya mendapat approval melalui apps Secure2U bukannya SMS OTP. Jadi, make sure semua kita download siap-siap semua apps tersebut lebih awal.

-apps Uber Switzerland pun boleh download awal.

Nah.. itu sahaja kot pasal financial :)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...