Friday, 6 September 2013

MATTA Fair di PWTC sekarang

First time pergi MATTA Fair ni atau kata lainnya ekspo pelancongan negara. Bajet ciput macam aku ni dapat tengok je lah sambil usha-usha harga pakej yang terendah bersesuaian dengan bajet tak seberapa ku... Ada jugak tempat yang berangan nak pergi, bila dengan promo urusetia tu, diorang cakap kalau nak booking kena cepat dalam masa 3 hari ni SEBELUM harga pakej naik harga disebabkan peningkatan harga bahan api... iyelahkan ko ingat nak naikkan flight tu tak pakai bahan api ke? Kos-kos lain lagi especially services diorang ke hulu ke hilir tu... naik kenderaan kan... jadi memang munasabah kalau Travel Package naik harga lepas ni

Suasana kat kaunter masuk

Bayar RM4 pastu dapat gelang ni boleh pakai sampai malam. 

 
Warna warni masyarakat Malaysia


 Ground Tour ada... ada Free & Easy, ada full package

Tiket flight sahaja tanpa pakej pun ada.. kalau usha kat sebelah jual majalah travel pun ada!


Utk yang Muslim better usha Muslim Tour sebab boleh slot in waktu solat dan makan pun ada option Halal. Kalau tak provide makan sekalipun at least diorang akan carikan restoran halal untuk berhenti atau provide siap-siap makanan Halal daripada Malaysia. Ini sebagaimana yang diceritakan oleh urusetia tu kepada Masreena


Dengan POTO Travel (Muslim Travel Agent)

Itu yang urusetia tu cakap. Tapi kalau kita benar-benar concern dengan waktu solat dan makanan Halal, better u pergi dengan travel agency yang Muslim berbanding yang bukan Muslim. Tapi based on pengalaman Masreena yang pernah travel ke negara bukan Islam (China) dengan agensi bukan Islam, memang tak terjamin sebab bila sampai sana masuk jugak kedai makan Cine sebab 90% pelancong bukan Melayu, even ejen bawak bekalan Brahim sekalipun tapi diorang akan servekan dalam pinggan restoran... paper plate boleh pulak tertinggal... dan bukan ke makanan dalam tin tu dipanaskan dalam oven?... Iaitu oven yang sama diorang panaskan babi kan.. haa sapa nak jawab? Sama jugak kalau pergi kedai kek... memanglah Tart Telur tapi Tart Telur tu dibakar dalam oven yang sama dengan Pork Bun! haha... kembang tekak bayangkan... Jadi untuk praktikaliti dan tidak menyusahkan ahli bukan Islam dalam trip tu, lebih baik siap-siap ambik pakej travel dengan jemaah Muslim - senang dan tenang

Jadi untuk mengelakkan perkara tersebut berulang, jangan mudah percaya dengan janji manis ejen ni... Better kita ambik Muslim Tour terus, kalau takde option contohnya company trip, bolehlah kita pilih destinasi yang mudah dapat makanan Islam. 

Kawan-kawan sama kursus sibuk nak posing


 Ada performance sekali kalau nak tunggu

MATTA fair ini adalah No.1 Travel Fair dalam Malaysia. Dibuka pada jam 10 pagi hingga 9 malam selama 3 hari, bermula 6 hingga 8 September 2013 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara. Pilihan tepat untuk pergi melancong terutama bersama keluarga sebab pakej yang ditawarkan agak murah... dengarnya bermula 50% maksima 70%... tapi bila aku pergi usha tengok Europe pakej, USA pakej takde pulak yang offernya sampai macam tu... mungkin destinasi tertentu je kot.

Posing ramai-ramai sekali.

Kalau ikutkan inilah first time saya pergi MATTA Fair ni. Itupun, sebab ada kursus di PWTC ni. Kebetulan hari terakhir kursus (Jumaat) adalah hari pertama MATTA Fair, jadi dah alang-alang tu rugi lah kalau tak jengok ke dalam.. bayar RM4 je bukannya mahal berbanding dengan exposure yang kita dapat =)

Saturday, 31 August 2013

Sukan Tandem Flight Paramotoring Buat Pertama Kali =D

Baiklah entry ni lambat dipublishkan ikut tarikh yg sepatutnya. Apa pun Masreena masih ingin mengucapkan Selamat Hari Patriotisme ke 56 kepada semua rakyat Malaysia. Syukur Alhamdulillah, negara tumpah darahnya kita ini masih aman dan damai hingga ke hari ini… walaupun living cost semakin lama semakin meningkat (stress ko inflasi asyik naik je manjang tak turun-turun)

Jadi apakah aktiviti tuan dan puan pada hari ni? Saya ada open house tengahari dan sebelum tu.. hehe… 

See the thumbnail? Saya naik paraglide!

Kalau masih ingat lagi entry lepas di Putrajaya Hot Balloon saya bila tengok pasukan paragliding beraksi di Putrajaya… tiba-tiba timbul keinginan saya untuk mencuba sukan luncur udara ini. Malu nak mengaku... tapi nak bagitahu juga ni. Flying on the sky is my childhood dream and… until now! Dream tu bukan 'impian' je ye, memang dreaming pun… dan aku tak pasti kenapa dah besar panjang pun masih lagi selalu mimpi terbang ala-ala burung di udara… yang kelakar tu mimpi nak lari dari warden asrama then tiba-tiba terbang lepaskan diri.. ada jugak mimpi kena hambat dengan ayah pastu tiba-tiba boleh terbang…. Haha! tu laa maybe sebab masa budak-budak dulu suka sangat tengok My Little Ponny dan Captain Planet… tu yang masuk mimpii tuuu

Akhirnya selepas berumur 27 tahun, Masreena langsung tak expect, mimpi zaman kanak-kanak tu akhirnya tertunai… semuanya berlaku secara tak sengaja je. Urusan pendaftaran jadi begitu pantas. Sampai je kawasan lapang, cina-cina tu sibuk cari arah tiupan angin (headwind) untuk kembangkan belon tu…. 

Bila dah kembang je baru boleh terbang paraglide tu



Pakai seat belt, safety helmet, kaki letak atas palang, dan.. baca bismillah! *maaf pic tak edit. Tiba-tiba aku rasa bentuk dia sama macam naik sky runner hari tuu (pic kecil).

 
Hmm macam ada sedikit persamaan reka bentuk cuma ada Payung kat belakang dan designnya di ringkaskan supaya lebih ringan - komen penulis yang feeling aerospace engineer

Then, are you ready? 

Mula-mula dalam 3 meter tandem paraglide tu jalan macam motor.. then masa dia mula-mula terangkat, ha kau! Mahu tak berderau! Giler takut! Perasaan dia, lebih kurang sama macam naik helicopter itu hari, tapi paraglide ni lebih berderau 2x ganda sebab ko naik ‘motor’ yang terbuka je! Haha

Tapi sekejap je takut tu.. bila dah sampai langit, wahhh bestnyaaa.. terasa seperti burung yang berterbangan… hebat!  =)

Menikmati pemandangan indah di atas udara… Paraglide boleh control sendiri nak ke kiri, nak ke kanan, kalau nak naik tinggi lagi kena press minyak.




Upload sikit videonya…

20 minit lah jugak dok terbang kat atas tu… kalau pasangan bercinta memang syok la.. tapi make sure lelaki tu certified untuk terbangkan parachute ni… takkan yang perempuan kot? dan make sure berat masing-masing tak lebih 80 kg ye! Kalau exceed takut tak stable pulak

Hihi.... tengok belakang tu ada certified person

euww gayat!

Getting closer and appreciate the nature more. Subhanallah =D



Masa amik gambar ni make sure tali kamera sangkut pada lengan ye kawan-kawan.. kalau boleh ikat lagi baik

Selepas puas menikmati pemandangan udara (sebenarnya terbang tu yang seronok bangat.. ewah childish sangat).. akhirnya landing lah kami.. masa landing tak takut apa sangat sebab roda yang akan touch down bukannya kaki.

Akhirnya tamatlah sudah… tiba-tiba rasa addicted dan excited nak belajar! Menurut Chew selalunya kebanyakkan aktivis akan beli sendiri paraglide dan boleh dibawa bercuti ke kawasan yang lapang seperti di pulau-pulau atau pantai. Ataupun join kelab-kelab. Then ada jugak mereka nak ajar saya terbang, tapi, takutlah sebab single parachute tu kena pikul machine tu di belakang… agak berat, perlukan kekuatan fizikal jugak tu
Tengok tu bila aku try pikul sampai senget benget dah badan and tudung sumer

Tengok mamat tu nak terbang sorang-sorang dia..

Ada jugak orang tanya, tak takut jatuh ke? Jawapan Masreena, sebagai seorang yang pentingkan keselamatan, saya yakin dengan ciri-ciri keselamatan aktiviti paraglide ni sebab function dia bukan macam payung terjun, function dia menggunakan machine dan kalau berlaku kecemasan sekalipun masih tidak berbahaya sebab fly using the glider, KEMBANGKAN BELON BARU TERBANG bukan macam payung terjun, terjun dulu baru kembangkan payung . Jadi, mestilah belon dah kembang dulu siap-siap, lagi lah kurang risiko kan? Belon kembang akan memperlahankan impak gravity. Jadi sebagai salah satu sukan udara dalam kelas profesional, paraglide lebih terjamin dari segi keselamatan.

Lagi satu, Masreena prefer naik (tandem) paraglide with certified controller daripada single paraglide. lagipun mendarat or naik yang touch down dulu adalah roda bukannya kaki.. jadi penggunaan tenaga fizikal dapat diminimakan. Lagipun naik berdua ada orang yang control movement gilder di belakang sebagai peneman.. so taklah meroyan sorang-sorang atas langit kikikiki (pasni bolehlah suruh boifren masing-masing amik lessen)

Baiklah kita jumpa lagi next week insya Allah… dengan aktiviti yang tidak kurang menariknya… tungguuuu

Saturday, 10 August 2013

Keindahan Jambatan Seri Wawasan

Sesiapa yang biasa dengan Putrajaya mungkin dah tahu kot pasal Jambatan Seri Wawasan ni kadang2 orang panggil Jambatan Pulau Pinang tapi macam tak relevan kot, sebab dalam Putrajaya ada banyak jambatan kabel yang menyerupai Jambatan Pulau Pinang tu.

Untuk sesiapa yang belum tahu Jambatan Seri Wawasan adalah antara 4 jambatan mega di Putrajaya, yang mana kedudukannya menghubungkan Presint 2 dengan Presint 8. MOF adalah mercu tanda Presint 2 selain Menara PJH dan Menara Seri Wilayah manakala Presint 8 adalah kawasan perumahan yang mana komersil unit dalam proses pembangunan.

Sebenarnya gambar ni lama dah terperam (28th March 2013) iaitu diambil masa Putrajaya Hot Balloon Fiesta cuma takde masa nak edit... dengan komputer pulak rosak, sekarang baru ok sikit guna notebook. Ada banyak lagi gambar-gambar terperam dah siap edit Masreena publishkan. Jom nikmati gambar warna warni Jambatan Seri Wawasan di waktu malam.

Merah.

Daripada merah beansur-ansur tukar ke Kuning. Jadinya keoren-orenan

Oren dah.


Kuning!

Hijau


Biru.. kemudian bertukar ungu

 Biru baru nak jadi ungu

Ungu

Semakin cerah

Ungu baru nak jadi merah

Biru

Last sekali serupa pelangi pun ada


Cantik kan? =) Semoga terhibur


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...