Sunday, 24 September 2017

Lauterbrunnen (Swiss) and how to reach there from Zurich HBF

Same in the movie =D

Kenapa dari AMS ke ZRH saya gunakan Flight berbanding Train/Bas

Dari Amsterdam (Netherlands) - nanti akan buat entry khas pasal Amsterdam ni. Butiran flight:

Swiss International Airlines dari AMS to ZRH iaitu airport Zurich iaitu pada 15 April 2017 dengan bayaran EUR 145.34 dengan free luggage 23 kg

Terpaksa bukak balik email dan search balik email berkaitan dan diharapkan apabila entry ini ditulis saya dapat compilation untuk semua sekali :) Sebenarnya beberapa bulan sebelum saya bertolak, saya telah di 'pandu' oleh sahabat saya, Anna dari Czech Republic, Eropah. Dia ada transit tahun lepas di KUL jadi kami pun berjumpa dan saya pelawa Anna overnight di rumah saya. Anna memang seorang sahabat yang baik, sanggup tunjukkan satu demi satu, dari laptop cara nak travel ke Eropah pada saya  (maklumlah tak pernah travel sendiri ke luar negara, Anna berpengalaman travel ke seluruh dunia BERSEORANGAN dan telah lebih 30 negara dia lawati dalam hidup dia) dan dia tunjukkan peta ni.


I was asking her about a few blogs that i referred and to reach there using night train... tapi menurut Anna, it's not worth it sebab u will take about 7 hours using train dan u akan rasa badan u sakit dan penat selepas tidur dalam train. Kalau guna flight, harga hampir sama dengan train cuma mengambil masa hanya sejam.

Sebenarnya aku nak bagitahu dia yang bloggers tu boleh jimat accommodation budget untuk malam tu apabila menggunakan CNL tapi segan nak cakap, nampak macam cheapskate pulak kannn... nanti jatuh saham rakyat Malaysia. Baik aku diam kan aje

Bila kitorang compare harga dari kedua-dua website, memang betul, naik flight sebenarnya lebih murah. That's why saya putuskan untuk pergerakan dari negara ke satu negara cuma gunakan flight sahaja... Jadi dari Schipol Airport saya terbang ke Zurich Airport dan perjalanan hanya sejam sahaja. Ada roti crossaint dan hot coffee as a snack, sedap dan lembut rotinya. Dan dalam flight tu penuh dengan mat salleh, mereka menggunakan Swiss Int. Airlines ni sebagai airlines budget diorang

Apabila sampai di Zurich Airport, untuk ke Lauterbrunnen, kena pergi ke Zurich HBF iaitu macam KL Sentral cuma KL Sentral lagi cantik dan berkilat.... kikiki. Zurich merupakan bandar terbesar di Switzerland manakala ibu negara Switzerland ialah Bern. Zurich HBF adalah train station yg terbesar di Switzerland.

Tapi sebenarnya, pergerakan aku hari tu macam ni:

Zurich Airport --> Zurich HBF --> Munich (Germany) iaitu menggunakan bas dari Zurich HBF --> Zurich HBF --> Lauterbrunnen

Maknanya, dah Swiss, saya gerak terus ke Germany terlebih dahulu. Sekembalinya dari Germany dengan gunakan bas dari sentral yang sama, barulah saya gerak ke Lauterbrunnen, Switzerland. Cuba tengok peta di atas, Zurich (Swiss) dan Munich (Germany) sebenarnya berdekatan antara satu sama lain, iaitu 4 jam sahaja gunakan bas.

Untuk memudahkan pergerakan, luggage paling besar saya simpan di Zurich Airport. Hanya akan ambil semula apabila nak gerak balik. Jadi sebelum simpan di locker Zurich Airport saya siap-siap ambil baju untuk kegunaan sepanjang di Germany & Swiss pindahkan dalam luggage kecil yang nak diseret ke hulu ke hilir tu. Susah lah sikit sebenarnya bila travel seorang... luggage ke bawak ke mana-mana sahaja even ke dalam tandas. Takde sapa nak tolong jaga.

Then saya beli tiket Swiss Pass untuk pergerakan saya selama 3 hari di Swiss iaitu CHF 180 untuk seorang. Tak tahu camane boleh dapat murah... would be better if you buy online, tapi i beli di kaunter sahaja. Refer sini Swiss Pass

Then, tanya siap-siapa pada kaunter nak ke Platform berapa untuk berlepas. Sini bukan tunggu-tunggu train macam KL Sentral ye... sini Eropah, ko kena tip top sebab train tiba dan berlepas semua on time. Kalau nak ke tandas, jangan bimbang dalam train ada... guna tandas siap-siap pada semua tempat yang korang utilise tau. Kalau guna toilet awam, selalunya berbayar. Sediakan aje duit syiling, itu yang leceh.

During my way in the train from Zurich HBF - Interlaken OST - Lauterbrunnen

Don't ask me why the river is green!!!! 

View from the train


How beautiful of view, in my heart I pray for other peoples to get chance to reach Switzerland, to see how stunning this country, insya Allah I try to guide u by my entry, ok. The best I can do 
Cantikkk


Dalam sejam saya menjamu mata menikmati pemandangan, akhirnya tiba juga ke Lauterbrunnen. Dah turun dari train, kena pula cari bas ke hostel. Kalau nak mudah, korang boleh cari hostel yang berdekatan dengan train station Lauterbrunnen tu... contohnya Valley Hostel. Memang convinient. Tapi i stay di hostel lain yang mana agak jauh dan kena dapatkan bas.

Ini direction dari Hostelworld.com ke Schutzenbach Backpackers & Camping, Lauterbrunnen, Switzerland 

Take a train to Interlaken Ost from there change trains to Lauterbrunnen. Upon arrival you can see a yellow PTT bus (direction Stechelberg) just opposite the station. Tell the driver Schutzenbach and he will stop right by our entrance.

IMPORTANT INFO!! OUR LOCAL BUS IS FREE OF CHARGE DURING THE WINTER SEASON!! YAY

Masa time saya tiba tu free je. Driver pun macam endah tak endah je, hehe... sabar lah ye, diorang orang Swiss ni hidup dah selesa, jadi diorang semua takde stressful nak kejar duit pun. Aman-aman je driver tu minum kopi di cafe sebelah sementara nak tunggu penumpang bas tiba, hehe.

Naik bas tak sampai 5 minit pun. Dah sampai betul-betul depan pintu Schutzenbach Backpackers & Camping, Lauterbrunnen, Switzerland

Hostel ni sebenarnya khas untuk camping trip, daripada cara susunan katil & amenities seperti dapur bangunan lain, basuh baju tingkat bawah, shower kena bayar ye masukkan coin dan mandilah kamu semua dalam masa 2 minit. Kalau tak sempat bila syampu, silalah tambah lagi coin. Saya buat, masukkan coin untuk setengah minit untuk basahkan badan dan syampu. Then habis, masa untuk saya ratakan sabun. Nak bilas baru masukkan balik coin... LOL. Jimat... kah!

Saya pilih hostel camping ni sebab ia agak ke dalam, jadi memudahkan saya untuk walk around menelusuri kawasan kampung tu... memang berbaloi berbanding sekiranya saya duduk berdekatan train station Lauterbrunnen tu tadi.

Tadaaa!! Berbaloi kan? Masa ni baru je sampai tapi hari belum malam lagi, better jangan buang masa. Keluar la explore. Bukan selalu dapat sampai Switzerland.. silalah jangan lepaskan peluang keemasan ini

Stunning 
Masa i tiba pukul 6 p.m., loceng church berbunyi... I didn't meant anything racist or religious, tapi rasa damai je dengar bunyi loceng bergema di samping pemandangan indah macam ni... memang mampu melenyapkan segala tekanan :)



OK inilah rupa bilik yang saya duduki tu... macam dalam loteng. Nice =)

Menulis entry ni pun dah buat aku rasa bahagia dah bila teringat balik rupa bilik yang aku duduk... betullah kajian menunjukkan, menulis memang menenangkan jiwa & mengurangkan stress sebenarnya... alhamdulillah gembira apa yang telah saya miliki hari ini iaitu pengalaman berharga :)

Seems like in attic floor, right. 



The view from my room. 
So beautiful :)

Ini panduan harga bilik hostel kalau berminat untuk booking atau perbandingan harga dengan hotel lain:

This one from my email for my stay 3 days 2 nights. So u can plan your budget or make this one as your reference point 
Harus diingatkan, harga bilik semuanya bergantung pada SEASON. The price of mine is quite cheaper might be because of Spring season... masa saya datang ni cuaca masih lagi sejuk and have a little bit snow during night time and early in the morning. Plan your iterinary and budget wisely, ok. Baiklah, see you in the next entry and would be cover the activities and experience in Swiss.

Good night from Swiss :)
Tamat hari pertama di Swiss.


Friday, 22 September 2017

How Stunning Switzerland =D

Assalamualaikum....

Terima kasih kerana setia menanti... dah terlalu lama trip saya ke Swiss (Switzerland) terbiar tak update sebegitu lama.. akhirnya malam ni insya allah intro je dulu.

Stunning Swiss =)

Soalan: Swiss tak mahal ke?

Memang mahal, pertama sebab pertukaran wang asing di mana nilai mata wang negara Asia sememangnya rendah berbanding negara-negara Eropah. Itulah sebabnya mat salleh dengan begitu mudah boleh melawat negara-negara di Asia kerana duit mereka besar (dan disukai oleh orang yang terlibat dalam sektor pelancongan). Semasa trip saya tempohari matawang Euro sudah mencecah RM 4.80 untuk 1 Euro dan CHF 5.50 untuk Swiss. Semasa entry ni ditulis, 1 Euro telahpun mencecah RM 5 tau!

Kedua, living cost di Swiss memang lebih mahal berbanding di negara-negara Eropah lain yang saya lawati pada masa yang sama iaitu Germany & Netherlands. Contohnya, harga coffee di Starbucks 4 Euro tapi di Swiss CHF 5.50. Tetiba jadi lebih miskin bila masuk Swiss T_T

Tapi kewangan bukanlah penghalang untuk travel ke tempat yang diidamkan. Macam ni lah, kalau orang yang jenis tak berpuas hati dengan orang lain, dia akan sentiasa cari peluang untuk condemn kehidupan orang lain untuk memuaskan hati sendiri & just comfort theirself. That's why nowadays a lot of keyboard warriors even in blogs, IG, FB etc. So, I wanna ask them a question, what they already carried out for their stage of live? Kalau banyak masa condemn orang lain, itu bermakna awak terlalu banyak masa lapang. Get a life please.

How are you baby? Right after I arrived my stay place, i just walk around and found this beautiful creeks 

The view from my room. 
Macam dalam lukisan kan?
 Soalan: Aktiviti di Swiss?

Semasa saya sampai, masih lagi Spring as yang kita tahu, Spring berlaku selepas winter (musim sejuk) jadi saki baki sejuk tu masih ada lagi. Kebanyakan orang akan travel ke Eropah sewaktu summer (musim panas) supaya aktiviti yang dirancang boleh dilakukan dengan jayanya.

Di Swiss, perkara yang terkenal adalah seperti berikut:

1. Ski dengan pemandangan yang cantik
2. Puncak tertinggi Eropah (Jungfrau)
3. Pisau Swiss, jam tangan berjenama seperti Tag Heueur, Omega
4. Lelaki-lelaki Swiss akan menjalani latihan national service setiap 3-5 tahun sekali kerana Swiss tiada tentera sendiri.
5. Swiss negara bebas dan menjadi tumpuan untuk aktiviti money laundring.

Selain daripada tu ada juga coklat.. tapi tak menepati citarasa i la. I prefer coklat dari Belgium. LOL

Kalau ada soalan, please ask me in the comment. Thanks and will update u later.

Next entry would be:

Jungfrau 





Tuesday, 12 September 2017

AERE - fesyen moden kontemporari

Raja Nadia Sabrina @ Founder of AERE

Teringat first time kenal jenama AERE. Masa tu tengah join satu fashion workshop di Quill City Mall. Antara salah satu jenama yang participate pada hari tersebut adalah AERE yang mana boleh dibeli online, Fashion Valet

Fyi saya bukanlah pembeli baju online. Boleh dikira dengan jari setahun tu bukak Zalora, Fashion Valet & Poplook. Saya lebih prefer beli di mall berbanding online. Tapi masa tu saya tercari-cari fesyen yg sesuai dengan saya kerana kebanyakannya tak sesuai belaka dengan bentuk badan saya.....

Workshop yang memperkenalkan saya dengan jenama AERE, merupakan sesi presentation pengasas jenama tersebut, Raja Nadia Sabrina yang pada masa tu popular dengan blog beliau. Tertarik dengan apa yang dia present, sayang apa yang saya rakam masa tu dalam handphone lama, semua fail dah hilang *sobs fesyen yang dia bawak tu sangat impressive... semua peserta terpegun.

Kitorang masa ni di workshop Blu Inc, 30 April 2016. 

First, terpegun dengan Raja Nadia Sabrina yang rendah diri & lemah lembut... objektif dia masa tu, memandangkan dah nak raya, dia introduce baju-baju raya yang baru launching yang mana, design AERE purposedly dibuat timeless & size nya sedikit longgar/loose sebab dia tahu kita bakal gemuk raya ni *lawakk sehh

Dan yang kedua, baju-baju dia direka 2 in 1 iaitu multifunctioned dress. Itu yang membuat kami semua tertarik. Contohnya, jump suit AERE boleh diceraikan (tahu kan jump suit ni satu suit bersambung dari atas sampai bawah) supaya boleh dipakai sebagai baju sahaja.

Selain itu, hidden zip pada skirt boleh dibuka, menjadikannya from A skirt to Mermaid skirt or flower skirt

Lagi, kalau baju jenis button, contohnya kemeja double breast, bukak button tu maka akan bertukar menjadi jaket.
Image result for aere double breast
Hebat kan? 

Start daripada tu, saya beranikan diri beli baju AERE untuk dipakai and surprisingly, high waist pant AERE sangat matching dengan bentuk badan saya!

First moment wearing AERE! Penampilan saya betul-betul berbeza & baru saya sedar high waist pant sebenarnya better untuk bentuk badan seperti saya... bukannya jeans
Pastu mulalah saya beli lagi AERE.... dan lagi... memang addicted lah kiranya, haha! Contohnya jump suit biru yang saya pakai ni, namanya dah takde rekod sebab saya beli di Shoes Shoes Shoes Great Eastern Mall *thank you so much salesgirl & salesboy yang layan i dengan sabar pada masa tu*
2017 - AERE Detachable Jump Suit in full suit

2016 - The jump suit that has been separated... masa ni belum berkeyakinan nak pakai full suit sebab masih gemuk *_*
 Amacam... kreatif kan Raja Nadia Sabrina ni? Semua peserta workshop masa tu terdiam bila RNS terangkan satu persatu roughly semua collection yang dia ada... dan design-design dia sofistikated sangat masa tu. Sesuai dengan status & background dia.

Habis je event kami approach RNS untuk tanya berapa harga baju-baju dia. Katanya seratus lebih.. 2 ratus lebih,.. wow! It's affordable untuk multi way kan! 

Since baju-baju dia multi functioned, aku borong banyak selepas workshop tu... sebab aku dah start travel masa tu dan memerlukan 1 baju yang boleh dipakai banyak kali padahal baju yang sama je, hahahah 

Ringan sikit luggage kan! Dan tak nampak baju ulang pakai

2016 - AERE Double Breast Multi Way Top yang saya bukak tengahnya untuk dijadikan jaket
Yang ni saya pakai penuh. Orang tak perasan pun ini baju yang sama sebenarnya 
          Pastu ada jugak imej korporate (itulah yag saya suka) sebab ia menyerlahkan sisi profesional saya. Ini full suit jacket yang saya beli, seperti yang saya ulang sebelum ni, saya prefer yang boleh diulang pakai dalam bentuk berbeza (jimat! 1 harga 2 fungsi hehe)
        
Full suit
Yang ni saya pakai jaket sahaja :)

Selain dari tu saya suka bawak baju-baju AERE semasa travel. Sebab baju dia nampak classy & ada lining. Baju jenama lain, ada yang takde lining. So tak memenuhi standard kalau keluar negara (knowing orang-orang Barat pakai baju proper siap ada lining)



Ni skirt AERE yang berzip, kalau zip naikkan separuh boleh jadi mermaid. Kalau naikkan sampai atas boleh jadi skirt kembang. Saya bukak sikit masa berjalan biar selesa sikit berjalan :)
              Nice kan jenama AERE? That's why lah saya share di website ini supaya korang dapat inspirasi dari pengalaman saya. Semenjak saya kenal jenama ni saya dah jarang membeli-belah jenama lain. Sebab AERE selalunya sizing dia tepat & bila pakai pun nampak terletak je, tak perlu return back ke atau hantar alter. 

Saya harap design AERE akan kekal menarik sampai bila-bila...  untuk memenuhi keperluan travel & penjimatan saya :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...