Tuesday, 29 June 2010

KESAL: Jahil Agama tapi Buat Fatwa Sendiri!

Sedih betul dengan pemahaman islam umat akhir zaman. Kalau remaja lagi boleh juga terima sebab still proses belajar, ini.. dah tua. Umur dah nak masuk 30.


Baru-baru ni i terdengar sepasang sahabat bersembang topik related kilang arak berjenama yang terletak di Shah Alam.


L: Ramai jugak orang Melayu yang kerja kilang arak tu ye. Takde tempat lain ke diorang nak kerja?

P: Ala bang.. diorang keje tu untuk cari rezeki halal. Dah diorang takde pilihan nak kerja kat mana

L: Banyak lagi kilang lain yang diorang boleh kerja, cari jugak kilang arak..

P: Habis, dah situ offer lagi tinggi. Yang penting niat. Aku ada terbaca la bang.. kes macam ni dibolehkan..


Astagfirullahalazim.. Rezeki halal dia kata? setahu i tolak troli air arak pun haram inikan pulak kerja di kilang buat air setan. Macamlah kalau tak kerja kat kilang arak ko kena hukum mati. Still banyak option lain lagi.



Yang tak tahan tu, siap mention konon2 ada terbaca kat somewhere.. konon la. Tah betul ke tidak dia terbaca, padahal nak cover kebodohan fatwa sendiri. Dan kalau betul terbaca pun, ntah statement dari sapa2 tah. Ingat yang terbit dlm magazine or paper tu semua betul ke?


Kalau setakat belajar agama sekerat sekerat, lepas tu ko nak buat fatwa sendiri.. sah sah la ko jahil.



Tapi pelik la.


Semua orang tahu arak tu haram. kerja buat arak pun haram. kerja serve arak pun haram. invest kilang arak pun haram. bersubahat pun haram. Camane minah tu boleh tercicir cakap kerja kilang arak nak cari rezeki halal?


Kawan-kawan boleh bagitahu saya apa yang korang belajar masa sekolah? sebab saya dulu tak ambil pendidikan islam so tak tahu silibus camane. saya dulu ambil syariah dan quran sunnah. Mustahil isu besar ini dibuang dari silibus pendidikan islam. Saya yakin dgn keupayaan KPM menggubal silibus dengan tip top sekali.


Even rakyat bukan muslim sendiri tahu dan hormat dengan sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia ini. Camane minah ni boleh tercicir dari 'arus perdana'?


Ataupun saya yang tak tahu.. bahawa pemuda pemudi Islam generasi baru kini memiliki pemahaman hampir sama dengan minah tadi? Nauzubillah. Harapnya tidak.



Tetapi andai ada kebenaran, benarlah umat Islam kita kini, tertinggal. Atau sakit. Pihak berkuasa perlu bertindak untuk tarbiyah balik umat Islam kita. Please do something. Sebelum terlambat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...